Kanser ada pelbagai jenis seperti kanser buah pinggang, kanser hati, kanser, kanser otak, kanser usus, kanser paru-paru. Kita selalu dengar adalah kanser payudara yang dijangkiti oleh para wanita. Kanser payudara pada tahap awal masih boleh dirawat lagi kerana ia tidak serius.

Tetapi jika tahap kanser sudah mencecah tahap 4, individu tersebut perlu membuat pembedahan untuk membuangnya. Jadi, wanita perlu membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya 3 kali setahun jika tidak mampu pergi setiap bulan. Tahukah anda lelaki juga ada kanser yang hanya kaum lelaki sahaj yang boleh menghidapinya?

Kanser tersebut adalah kanser testis. Ia berlaku pada buah zakar lelaki. Lelaki juga perlu memeriksa buah zakar mereka untuk mengetahui jika ada masalah. Bagaimana caranya?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kanser testis bagi kaum lelaki. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

kanser testis

Imej via maskulin

Kanser Testis

Kanser testis ini kanser orang muda, kerana lazimnya berlaku pada lelaki berumur antara 15 – 45 tahun. Penghidap kanser mempunyai harapan yang cerah untuk pulih, sekiranya kanser dikesan dan dirawat awal.

Jadi macam mana nak periksa?

1. Periksa diri sendiri di rumah. Pastikan berada di tempat tertutup, seperti di bilik air. Jangan periksa di tempat yang orang boleh intip.

2. Seeloknya periksa ketika mandi air suam. Kalau mandi air sejuk, nanti kerandut buah zakar mengecut dan jadi sukar nak periksa.

3. Periksa buah zakar dengan jari. Buah zakar berbentuk sfera lonjong, dan di belakang dan atasnya terdapat salur(tiub) yang dinamakan epididimis.

4. Permukaan buah zakar seharusnya licin kecuali di bahagian yang terdapat epididimis. Bandingkan antara buah zakar kanan dan kiri.

5. Buah zakar kanan dan kiri kadangkala tak sama besar, atau tak sama tinggi kedudukannya. Namun perbezaannya seharusnya tak begitu ketara.

6. Jika ada benjolan, bengkak, sakit, kulit menggerutu, atau perbezaan terlalu ketara antara buah zakar kanan dan kiri, maka jumpalah doktor.

*Jika wanita ada kanser payudara, lelaki pula ada kanser testis. Kaum lelaki perlu membuat pemeriksaan doktor juga seperti para wanita untuk mengetahui jika berlaku sebarang masalah. Sama-sama suami dan isteri pergi membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengelak diri daripada terkena penyakit yang tidak diingini.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.