Kenali punca-punca dan tanda-tanda kanser limfoma.

Melihat kepada gaya hidup masa kini, tidak hairanlah mengapa semakin ramai rakyat dikesan dengan penyakit kanser.

Sejak tahun 1996 hingga 2018, bilangan kematian yang disebabkan kanser meningkat sebanyak 50 peratus.Pada tahun 2016 , sebanyak 13.9 peratus kematian dicatatkan disebabkan oleh kanser berbanding 8.9 peratus pada tahun 1996.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewartakan bahawa kanser merupakan penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas penyakit jantung dan sekatan saluran pernafasan.

Mendengar perkataan kanser sahaja sudah membuatkan kita  tidak tentu arah, apatah lagi apabila ada diantara kenalan kita yang menderita akibat kanser.

Perbincangan kita pada kali ini adalah mengenai KANSER LIMFOMA atau juga dikenali sebagai kanser kelenjar limfa.

Imej : Nona

Adakah Itu Kanser Limfoma?

Sebelum ini kanser limfoma tidak begitu mendapat perhatian dari masyarakat Malaysia.

Namun apabila penyanyi terkenal Elyana dan pendakwah bebas iaitu Ustaz  Hanafiah Abdul Malek mengeluarkan kenyataan mengenai kanser yang telah dihidapi mereka, ramai yang tertanya-tanya apa itu kanser limfoma.

Secara definisi perubatan, kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel tidak normal secara tidak terkawal di dalam tubuh badan.

Kanser akan menjadi lebih membimbangkan apabila  sistem pertahanan badan gagal berfungsi dengan baik bagi melawan kuman atau bakteria jahat di dalam badan.

Kanser limfoma  merupakan kanser darah yang disebabkan oleh bilangan sel darah putih lymphocytes tidak normal akibat aktiviti penggandaan oleh sel darah putih itu sendiri.

Penggandaan sel darah putih lymphocytes yang tidak normal akan menganggu sistem imunisasi badan sekaligus  mengurangkan daya tahan badan terhadap gangguan penyakit.

Di dalam sistem imunisasi badan manusia, sel darah putih memainkan peranan penting dan bendalir yang dikenali sebagai limfa berfungsi untuk mengangkut sel  darah putih ke seluruh tubuh badan.

Namun apabila nodus limfa membengkak , sel darah putih lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor dan menyebabkan kanser limfoma.

Kanser limfoma terbahagi kepada dua jenis iaitu;

  • Kanser Limfoma Hodgkin dan Kanser Limfoma Bukan Hodgkin.
  • Kanser Limfoma Hodgkin bersifat lebih agresif berbanding kanser limfoma bukan Hodgkin.

Kanser Limfoma dan kesedaran kita.

Menurut Datuk Dr. Chan Kian Meng Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, statistik menunjukkan satu  daripada lima rakyat Malaysia menghidap kanser limfoma.

Jumlah ini dijangka akan terus meningkat andai rakyat Malaysia mempunyai sikap tidak acuh kepada  status kesihatan masing-masing.

Menurut kajian Jabatan Hematologi Kebangsaan ,  mereka yang berumur 15 hingga 30 tahun berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit kanser  Limfoma Hodgkin .

Manakala kanser Limfoma Bukan Hodgkin biasanya menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

Tanda-tanda Serangan Kanser Limfoma ;

Seperti  diawal artikel, kita tahu bahawa kanser limfoma adalah penyakit yang berkaitan kelenjar darah.

Simptom paling ketara yang kita boleh lihat adalah bengkak di sekitar leher,  ketiak dan celah peha.  Bengkak ini sebabkan oleh jangkitan kuman disekitar nodus limfa tersebut.

Kemudian, pesakit akan mula hilang selera makan sekaligus menyebabkan penurunan berat badan yang drastik.

Berpeluh secara berlebihan pada malam hari juga merupakan salah satu simptom yang ditunjukkan oleh pesakit Kanser Limfoma.

Sekiranya  bengkak tidak beransur pulih dan badan mula rasa letih serta mengalami  demam berpanjangan sebaiknya perlu berjumpa doktor dengan segera.

Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal di sekitar leher, ketiak dan pangkal paha untuk mencari nod limpa.

Kemudian, pesakit yang disyaki menghidapi kanser limfoma akan diminta untuk menjalani ujian darah bagi mengesan kewujudan sel kanser.  Dan pesakit juga akan diarahkan untuk menjalani ujian X-Ray atau tomografi berkomputer untuk mengesan kedudukan kanser tersebut.

Kanser Limfoma ini merupakan antara penyakit yang boleh dirawat sekiranya kita mengambil langkah rawatan pada peringkat awal.

Antara Punca Kanser Limfoma

Jangkitan virus dan bakteria seperti HIV, hepatitis B dan hepatitis C.

Penyakit sistem imun yang lemah

Sistem imun yang lemah akan menyebabkan sel darah putih lymphocytes merebak dan berjangkit dengan mudah.

Genetik atau keturunan

Sekiranya terdapat ahli keluarga yang menghidapi kanser limfoma , kemungkinan untuk mendapat kanser limfoma juga tinggi.

Pendedahan kepada racun seperti; racun serangga dan racun rumpai

Pengambilan ubat-ubatan

Pengambilan ubat-ubatan secara tidak terkawal akan menyebabkan sistem imunisasi badan terganggu dan mendorong kepada sel darah putih bertindak diluar kawalan.

Gaya hidup yang tidak sihat

Merokok , minum minuman beralkohol dan pengambilan makanan tidak berzat akan mendorong kepada jangkitan kuman yang boleh menyebabkan kanser limfoma.

6 Fakta Penting Mengenai Kanser Limfoma

Imej : kanser darah

Rawatan Kanser Limfoma

Sebelum rawatan dimulakan, pesakit perlu menjalani prosedur untuk mengetahui tahap kanser yang dihidapi.

Antara prosedur yang perlu dijalani adalah pembedahan kecil untuk mendapatkan sel nodus limfa. Sel nodus limfa ini akan dihantar ke makmal untuk dibuat ujian.

Prosedur yang terakhir adalah  mengambil darah dan tulang sum-sum. Darah dikeluarkan dari tulang sum-sum menggunakan jarum dan darah tersebut akan dihantar ke makmal untuk tujuan mengesan peringkat kanser limfoma yang dihidapi.

Sekiranya pesakit memang positif menghidapi kanser limfoma, pesakit perlu menjalani kemoterapi.

Rawatan kemoterapi bertujuan untuk memusnahkan sel kanser. Ubat akan dimasukkan ke dalam badan pesakit melalui ‘drip’ dan ubat kemo dibiarkan mengalir ke seluruh badan untuk memusnahkan sel kanser tersebut.

Melalui rawatan terapi sinaran, sinaran akan dipancarkan ke bahagian kanser  bertujuan untuk mengecutkan tumor yang ada.

Rawatan seterusnya adalah pemindahan sum-sum tulang. Sebelum kemoterapi dijalankan, pesakit perlu menjalani prosedur mengambil sum-sum tulang  dan selepas rawatan kemoterapi dijalankan, sum-sum tulang akan dimasukkan semula untuk penghasilan sel darah merah dan darah putih yang sihat.

Terapi biologi dijalankan untuk mengaktifkan semula sistem imunisasi badan pesakit dengan bantuan bahan kimia.  Apabila sistem imunisasi diaktifkan semula, sel tubuh akan melawan sel-sel kanser di dalam badan.

Pencegahan Kanser Limfoma

Tahukah anda , kita boleh menjauhi penyakit kanser dengan beberapa kaedah antaranya adalah mengamalkan gaya hidup sihat.

Amalan gaya hidup sihat termasuklah pengambilan makanan seimbang, senaman dan pengurusan tekanan yang baik.Kurangkan pengambilan makanan proses sebaliknya pilih makanan semulajadi dan segar sahaja.

Senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain tubuh badan menjadi sihat apabila bersenam, minda kita juga akan lebih sihat . Senaman yang paling mudah adalah ‘morning walk’ selama 45 minit setiap pagi.

Stress merupakan musuh utama kepada kanser. Dapatkan bantuan pakar bagi menangani stress atau buat sesuatu yang membuatkan anda gembira.

Ambil tahu mengenai KANSER LIMFOMA untuk membantu mereka yang memerlukan.

 

Sumber Rujukan

Jemput juga baca tulisan lain kami mengenai kanser. Antara artikel kanser yang ditulis adalah kanser perut, kanser rahim dan kanser darah.

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.