Roti canai dimakan dengan kuah dal atau sambal, itulah makanan yang sememangnya terkenal di Malaysia. Tepung roti canai telah diuli menggunakan minyak sapi.  Kemudian, ia digoreng menggunakan minyak sawit yang tinggi kandungan lemak tepu.

Jadi, jumlah kalori di dalam roti canai ini sememangnya sangat tinggi. Sekeping roti canai biasanya mempunyai 300 kalori. Itu baru sekeping roti canai, tak termasuk lagi dengan kuah dhal, kuah kari ataupun sambal.

Jika dikira berdasarkan hidangan dua keping roti canai kosong dan juga kuah dhal, jumlah kalorinya mencecah 900 kalori sahaja pada waktu sarapan. Kalau makan roti canai ini setiap hari, pasti ianya mendatangkan pelbagai masalah kepada tubuh badan kita. Jadi, jom kita lihat kalori sekeping roti canai.

kalori roti canai

Imej via [tasteatlas]

Kalori Roti Canai: 300

  • Karbohidrat : 50 gram
  • Lemak : 10 gram
  • Protein : 9.4%

Jumlah kalori diatas tertakluk kepada sekeping roti canai. Jika ia dihidangkan dengan kuah dhal dan juga dicampurkan dengan telur, jumlah kalori yang terkandung dalam roti canai tersebut akan menjadi lebih tinggi.

kalori roti canai

Imej via [friedchillies]

Cara Membakar 300 kalori

  • Berlari : 35 minit
  • Berbasikal : 46 minit
  • Berenang : 25 minit
  • Berjalan kaki : 84 minit

Cara Diet Dengan Roti Canai

Sekiranya anda ingin diet tetapi mahu makan roti canai, anda harus mengubah kesemua resepinya. Mungkin anda boleh gunakan tepung yang tinggi serat dan marjerin sebagai gantian kepada minyak memasaknya dan menambahkan sayur-sayuran. Pasti nilai kalorinya akan turun sehingga 280 kalori.

Jom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori nasi lemak.

Rujukan

  1. Roti canai tinggi serat lebih sihat. https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2019/01/520744/roti-canai-tinggi-serat-lebih-sihat
  2. Kalori roti canai. https://kalorimakanan.com/kalori-roti-canai
  3. ROTI CANAI; SARAPAN YANG TINGGI KALORI DAN MENGGEMUKKAN?. https://arifafifi.wordpress.com/2015/12/26/roti-canai-sarapan-yang-tinggi-kalori-dan-menggemukkan/

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.