Maggi goreng merupakan makanan segera yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Walaupun kebanyakkan orang menggangap ianya makanan orang bujang atau makanan hujung bulan,namun siapa sahaja gemar menikmatinya. Murah dan sedap adalah faktor utama ramai daripada kita gemar memakan maggi goreng.

Selain itu, maggi goreng juga mudah dan cepat disediakan serta mengenyangkan. Baik disediakan sendiri atau makan di kedai mamak. Malaysia berada di kedudukan ke-13 dunia untuk jumlah mi segera terbanyak yang dimakan dalam setahun. Namun adakah maggi goreng baik untuk kesihatan dan diet tubuh badan? Jom kita lihat apakah kandungan bagi sepinggan maggi goreng.

Kandungan bagi sepinggan Maggi Goreng:

kalori maggi goreng

Imej via [gedungresepi2u]

  • Kalori: 312
  • Karbohidrat: 25 g
  • Protein: 6 g
  • Lemak: 23 g
  •  Lemak tepu: 3 g

Cara Membakar 312 Kalori:

  • Bersenam: 104 min
  • Joging: 42 min
  • Membersihkan rumah: 78 min

Keburukan Maggi Goreng:

kalori maggi goreng

Imej via [tripadvisor]

  • Berisiko untuk menggangu metabolisma badan jika dimakan secara kerap
  • Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan obesiti
  • Tekanan darah tinggi
  • Melemahkan fungsi ketahanan badan

Peringatan di sini, kalori maggi goreng tidaklah terlalu membahayakan buat tubuh badan. Namun diingatkan, agar tidak menjadikannya sebagai makanan rutin. Pengambilan kalori maggi goreng perlu dikawal tetapi sekali sekala tidak ada masalah untuk dimakan. Air liur siapa tidak meleleh melihat maggi goreng bersama telur mata sedang berasap! Memang sedap sangat.

Jom baca juga kalori telur rebus, kalori mee goreng dan kalori mee goreng.

Rujukan: 

  1. Maggi Goreng Mamak.  https://www.inlivo.com/nutrition/asian-foods/asian-noodles/maggi–goreng-mamak
  2. Mi segera vs nasi, mana lebih rendah kalori? ini faktanya. https://www.rasa.my/mi-segera-vs-nasi-mana-lebih-rendah-kalori-ini-faktanya/
  3. Kesan makan maggi terhadap kesihatan.  http://kesanmakanmaggiterhadapkesihatan.blogspot.com/2015/09/kesan-makan-maggi-terhadap-kesihatan.html

 

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.