Sebaik sahaja anda disahkan mengandung, pastinya anda akan mula menjaga pemakanan dan memastikan anda cuma mengambil makanan yang terbaik sahaja untuk anda dan bayi dalam kandungan. Di antara makanan yang sering menjadi pilihan ibu mengandung ialah kekacang memandangkan kekacang mudah untuk didapati dan boleh dijadikan sebagai snack.

Terdapat pelbagai jenis kacang di pasarang. Apakah khasiat kacang untuk ibu mengandung? Kacang manakah yang terbaik untuk ibu dan dan bayi dalam kandungan? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan info tentang kacang untuk ibu hamil.

kacang untuk ibu hamil
Sumber: Popmama

Kacang gajus

Kacang gajus sememangnya enak dimakan begitu sahaja, sama ada diperasakan dengan garam atau dengan madu. Kacang gajus biasanya dijadikan sebagai snack oleh ibu mengandung, terutamanya mereka yang masih berada dalam fasa morning sickness dan dilanda loya dan muntah-muntah setiap masa. Di antara vitamin dan mineral yang terdapat dalam kacang gajus ialah:

  • Protein
  • Tembaga
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Zat besi
  • Fosforus
  • Potasium
  • Zink
  • Sodium dalam kuantiti yang kecil
  • Vitamin C
  • Vitamin B-
  • Vitamin E
  • Vitamin K
  • Tiamin
  • Riboflavin
  • Niasin
  • Folat
  • Asid oleik yang membekalkan sejumlah lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu tanpa kandungan kolesterol jika diambil secara sederhana oleh ibu mengandung.

Kacang gajus sangat baik untuk dimakan sepanjang tempoh kehamilan kerana ia membantu pembentukan dan perkembangan bayi yang sempurna selain memberikan khasiat berikut kepada si ibu:

1. Menjaga kesihatan otot dan saraf

Kacang gajus kaya dengan magnesium yang sangat penting dalam pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain bagi bayi di dalam kandungan anda. Selain itu ia juga membantu menjaga kesihatan otot dan saraf anda.

Selain itu, magnesium tadi juga membantu tubuh badan anda mengekalkan tekanan darah yang normal, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat sepanjang anda mengandung.

2. Mengurangkan risiko diabetes jenis 2 semasa mengandung

Kajian menunjukkan bahawa kacang gajus mengandungi jumlah gula yang sangat rendah dan tidak mengandungi sebarang kolesterol jahat. Oleh itu kacang gajus adalah selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang banyak sepanjang tempoh kehamilan.

Apa yang lagi menarik, kacang gajus dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2 semasa mengandung.

3. Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi

Kacang gajus membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi dalam kandungan anda. Kandungan fosforus juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel menjadikan tulang dan gigi anda sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Ini kerana ibu mengandung cenderung untuk mengalami masalah gigi yang reput dan mudah gugur, serta kereputan tulang kerana semua nutrien diserap oleh bayi dalam kandungan.

kacang untuk ibu hamil
Sumber: Eimanihalmart

4. Meningkatkan sistem imun

Kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imuniti badan dalam menentang jangkitan kuman dan bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Sistem imuniti yang kuat adalah sangat penting bagi memastikan badan anda mampu menampung kehamilan sehingga tiba saat melahirkan.

Kacang badam

Kacang badam merupakan kacang kedua yang menjadi pilihan ibu mengandung selepas kacang gajus. Jika anda perhatikan, harga kacang badam bukannya murah. Ianya dijual dengan harga yang agak mahal untuk setiap gram. Apakah khasiat kacang badam untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan? Apakah khasiat yang ada dalam kacang badam?

Di antara vitamin dan mineral utama yang terdapat dalam kacang badam ialah:

  • Protein
  • Lemak tak tepu
  • Karbohidrat
  • Gula
  • Niasin
  • Vitamin B
  • Kalsium
  • Fosforus

Di antara kebaikan mengamalkan kacang badam sepanjang tempoh kehamilan ialah:

1. Merangsang pertumbuhan otak bayi

Kajian membuktikan bahawa protein yang terdapat dalam kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Ibu yang mengamalkan makan kacang badam sepanjang tenpoh mengandung menunjukkan pertumbuhan otak bayi yang lebih aktif, cepat, dan sempurna berbanding ibu yang tidak memakan kacang badam.

2. Mengurangkan paras kolestrol sepanjang tempoh kehamilan

Bacaan kolesterol semasa mengandung adalah sesuatu yang paling merisaukan para ibu. Kolesterol yang tinggi boleh menjejaskan kandungan dan juga kesihatan anda. Pengambilan kacang gajus semasa mengandung membantu mengurangkan paras kolesterol anda. Oleh itu, jangan lupa untuk jadikan kacang badam sebagai kudap-kudapan.

kacang untuk ibu hamil
Sumber: Pressedjuicery

3. Merendahkan risiko tekanan darah tinggi

Masalah tekanan darah tinggi semasa mengandung bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Bacaan darah yang terlalu tinggi semasa mengandung boleh menyebabkan anda terkena pre-eklampsia dan memaksa anda untuk bersalin awal. Malah ia boleh menyebabkan anda kehilangan bayi yang dikandung.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda memastikan tekana darah anda berada dalam kadar yang normal. Salah satu ikhtiar yang boleh anda lakukan ialah dengan mengamalkan makan kacang badam semasa mengandung.

4. Mengurangkan risiko sakit jantung semasa mengandung

Tahukah anda bahawa ibu mengandung mempunyai risiko untuk mendapat sakit jantung dan serangan jantung yang boleh membahayakan nyawa. Kajian mendapati bahawa kacang badam mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan jantung mesa mengandung. Oleh itu, apa lagi, jom makan kacang badam.

5. Mengurangkan risiko kencing manis semasa mengandung

Khasiat kacang badam yang terakhir ialah ia membantu mengurangkan risiko anda untuk mendapat kencing manis semasa mengandung. Seperti tekanan darah tinggi, masalah kencing manis semasa mengandung juga boleh menjejaskan kesihatan anda dan juga bayi dalam kandungan.

Itulah dia info tentang kacang untuk ibu hamil. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang petua mengawal darah tinggi ketika hamil dan suplemen untuk ibu hamil

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.