Jururawat adalah pekerja yang banyak menguruskan hal hospital seperti memberi ubat kepada pesakit, memeriksa keadaan pesakit dan membantu pesakit. Jururawat adalah salah satu orang penting di hospital kerana tugas mereka dalam menjaga pesakit selepas dirawat oleh doktor. Tugas-tugas mereka juga, tiada sesiapa yang boleh buat.

Doktor pula tidak boleh memeriksa pesakit 24/7 kerana mereka juga perlu memeriksa pesakit lain. Pesakit bukan sahaja seorang atau dua orang tetapi lebih daripada 30 pesakit. Oleh sebab itu, jururawat memainkan peranan penting di hospital untuk membantu dokor memantau pesakit.

Jururawat juga ada pakaian seragam tersendiri dan setiap pakaian seragam mereka mempunyai tugas-tugasnya. Berapa banyak jenis seragam jururawat dan tugas mereka?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 jenis seragam jururawat atau bidan di hospital. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

seragam jururawat

Imej via Facebook

6 Jenis pakaian seragam jururawat atau bidan di hospital

Jalur Ungu

Jururawat Masyarakat(bidan terlatih) — memberi perkhidmatan kesihatan kepada para ibu mengandung, menyambut kelahiran, perkhidmatan kesihatan anak, lawatan ke rumah dan perancang keluarga.

"

Jalur Biru

Jururawat Terlatih(Misi) — memberi ubat, memantau tanda vital pesakit, membantu penjaga menguruskan aktiviti harian pesakit, dan melakukan prosedur klinikal. Jururawat lelaki pula berjalur biru di bahu dan berseluar hitam.

Jalur Kuning/Jingga

Jururawat Pergigian — memberi ceramah penjagaan gigi di sekolah, serta memeriksa dan mengatur rawatan pesakit. Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA) yang berjalur jingga pula membantu doktor pergigian dalam perawatan.

Baju Biru Muda

Ketua Jururawat(Sister) — menguruskan jururawat dalam mentadbir urus sesebuah klinik dan wad.

Baju Biru Gelap

Ketua Penyelia Jururawat(Matron) — memastikan jururawat sentiasa mengikut prosedur dan tatacara yang digariskan oleh pihak hospital.

Warna Lain

Jururawat di fasiliti kesihatan swasta mempunyai warna seragam yang pelbagai.

*Bukan semua jururawat mempunyai tugas yang sama. Jururawat juga mempunyai pangkat begitu juga dengan bidan terlatih di hospital. Peranan jururawat penting bagi sesebuah hospital dan memerlukan jururawat yang banyak bagi menguruskan pesakit. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.