Mencari jenis rempah ratus yang sesuai untuk masakan anda? Setiap rempah ratus mempunyai fungsi yang berbeza bergantung kepada jenis rasa, kesesuaian dan masakan. 

Jom kami senaraikan 15 jenis rempah ratus dan fungsinya di dapur bermula dari rempah ratus yang paling biasa digunakan sehinggalah kepada yang tidak pernah anda dengari.

Salah satu daripada jenis rempah ratus ini akan membantu masakan anda ke peringkat seterusnya dan anda juga boleh menggabungkan beberapa daripadanya untuk membentuk perisa yang lebih kompleks.

1.  Oregano

jenis rempah ratus

Imej via [gulfnews]

Oregano adalah sejenis rempah ratus yang sihat dan amat berkhasiat. Oregano mungkin kelihatan tidak sedap, tetapi ia mengandungi banyak nutrien. Antara kandungan zatnya adalah vitamin A, C, E, dan K, serta sedikit serat, folat, vitamin B6, besi, kalsium, magnesium dan kalium. 

Herba ini juga kaya dengan antioksidan dan telah dikaji bagi sifat anti-mikrob dan anti-radang. Oregano dan minyak oregano juga dikaitkan dengan anti-kanser.

Satu sudu teh oregano mengandungi bukan hanya enam mikrogram vitamin K, tetapi mengandungi jumlah antioksidan yang sama seperti tiga cawan bayam. 

2.  Jintan

jenis rempah ratus

Imej via [jawapos]

Sering digambarkan sebagai jenis rempah ratus yang menjadikan rasa makanan Mexico sedap, jintan sebenarnya boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia bergantung kepada apa yang anda campurkan ke dalam masakan anda.

Berdasarkan kajian yang dibuat, individu yang mempunyai berat badan berlebihan diberi kapsul jintan selama lapan minggu mengalami perubahan berat badan yang ketara.

Jenis rempah ratus ini juga telah dikaji untuk merawat penyakit seperti kencing manis dan kanser. Ciri-ciri perubatannya berasal dari fenol dan flavanol yang terdapat di dalam jintan tersebut.

3.  Halia

jenis rempah ratus

Imej via [tvsarawak]

Halia merupakan jenis rempah ratus yang mempunyai pelbagai komponen dalam mencegah penyakit. Halia telah digunakan sejak zaman purba dan merupakan ubat bagi masalah loya, kembung dan ketidakselesaan badan. Ia turut digunakan untuk merawat mual pagi dan mual oleh proses kemoterapi. 

Halia juga telah dikaji sebagai ejen pengurusan berat badan yang berpotensi meningkatkan rasa kenyang. Orang yang mengamalkan satu sudu teh halia setiap hari selama 11 hari mengalami penurunan sebanyak 25 peratus dalam kesakitan otot yang berkaitan dengan senaman berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.

4.  Kayu Manis

jenis rempah ratus

Imej via [hellosehat]

Jenis rempah ratus yang sihat iaitu kayu manis telah digunakan sebagai ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit seperti masalah pencernaan, diabetes dan banyak lagi.

Penyelidikan baru-baru ini telah menunjukkan keupayaan kayu manis untuk membantu mengurangkan gula dalam darah dan tahap kolesterol.  Anda boleh taburkan serbuk kayu manis ke atas oat, roti bakar atau yogurt untuk memberikan aroma dan rasa yang memukau pada hidangan anda.

5.  Serbuk Kari

jenis rempah ratus

Imej via [salaam.buzzkini]

Peranan jenis rempah ratus ini  amat penting dalam masakan di seluruh dunia. Ia mengandungi anti-radang yang 50 kali lebih kuat daripada vitamin C atau E mengikut kajian.

Malahan, kajian juga mengatakan serbuk kari dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser payudara dan ia juga dapat melindungi daripada terkena kanser perut atau usus.

6.  Paprika

jenis rempah ratus

Imej via [slamituindah]

Paprika adalah sebahagian daripada keluarga lada termasuklah lada hijau, lada merah dan beberapa jenis lainnya. Paprika dikatakan amat baik untuk aktiviti antioksidan.

Selain itu, satu sudu teh paprika bersamaan dengan 37 peratus pengambilan harian vitamin A yang disyorkan dan ia juga mengandungi beberapa zat besi.

7.  Lada hitam

jenis rempah ratus

Imej via [ralali]

Lada hitam adalah jenis rempah ratus yang baik untuk merangsang enzim pencernaan pankreas, yang meningkatkan penyerapan makanan. Lada hitam juga didapati mempunyai ciri-ciri anti-tumor dan anti-mutagenik. Gunakan lada hitam untuk menambah kesedapan masakan seperti sup, salad, daging, hidangan bijirin dan banyak lagi.

8.  Kunyit

jenis rempah ratus

Imej via [bukanaku]

Kunyit telah digunakan selama beribu-ribu tahun untuk merawat pelbagai keadaan seperti arthritis, sakit sendi, diabetes, masalah pencernaan, dan kanser.

Kunyit mengandungi komponen aktif yang dipanggil curcumin yang boleh menghentikan kanser daripada merebak. Jenis rempah ratus ini juga membantu mencegah diabetes jenis 2 dan melawan kembali terhadap keradangan berbahaya di dalam tubuh. 

9.  Buah Pala

jenis rempah ratus

Imej via [akurat]

Buah Pala adalah jenis rempah ratus yang harum dan berfungsi dengan baik di dalam pencuci mulut dan hidangan yang enak. Ia berasal dari benih tumbuhan Myristica dan rasanya seperti kayu manis.

Buah Pala merupakan ramuan yang popular dalam makanan India, Malaysia dan Indonesia. Buah Pala boleh memberikan kelegaan untuk pelbagai keadaan, dari senak sehinggalah kepada masalah nafas berbau.

10.  Asam Jawa

jenis rempah ratus

Imej via [rudinabrand]

Asam Jawa adalah buah masam yang berasal dari Afrika. Asam Jawa digunakan dalam banyak masakan Afrika tetapi ia juga merupakan ramuan yang popular dalam masakan Amerika Latin dan Asia. Asam jawa adalah julap semula jadi dan ia diketahui memberikan kelegaan demam. Sesetengah orang meminum jus asam jawa untuk mengurangkan sakit tekak.

11. Kardamom

jenis rempah ratus

Imej via [suppenhandel]

Kardamom tidak begitu popular seperti kebanyakan jenis rempah ratus yang lain. Rasanya yang manis, sangat sesuai untuk pelbagai hidangan pencuci mulut dan gula-gula. Kardamom sebenarnya adalah rempah ratus yang sangat mahal, mungkin sebab itulah ia tidak sepopular yang lain. 

Kardamom dipercayai mempunyai ciri-ciri anti kanser. Ia juga digunakan untuk memberikan kelegaan daripada penyakit asma dan mencegah jangkitan mikro organisma yang berbahaya.

12.  Cengkih

jenis rempah ratus

Imej via [tribunnews]

Jenis rempah ratus yang sangat popular dalam masyarakat kita adalah bunga cengkih. Cengkih mempunyai rasa yang unik. Ia berfungsi dengan baik dalam masakan Asia, India dan Mediterranean, seperti kari dan stew.

Cengkih digunakan untuk meringankan kesan pelbagai penyakit dan kesihatan. Jenis rempah ratus ini dapat memberi kelegaan sakit mulut dan sakit kepala. Rempah ini juga dipercayai mempunyai manfaat penting dari segi mengekalkan ketumpatan tulang.

13.  Cayenne

jenis rempah ratus

Imej via [adcuba]

Cayenne dikenali dengan rasa pedasnya yang tersendiri. Cayenne membantu pembakaran lemak dan kalori. Kajian mendapati bahawa cayenne bercampur dengan makanan akan membantu mencegah lemak dan garam. 

Jenis rempah ratus ini tentu saja sesuai untuk digunakan dalam pelbagai jenis hidangan yang lazat. Ia adalah tambahan yang luar biasa untuk hidangan masakan serta pencuci mulut.

14.  Benih Fennel

jenis rempah ratus

Imej via [hiloved]

Benih Fennel juga digunakan dalam banyak hidangan yang lazat, dan merupakan bahan biasa yang terdapat dalam sosej. Untuk pengetahuan anda, jenis rempah ratus ini juga sering digunakan dalam masakan india.

15.  Serbuk cili

jenis rempah ratus

Imej via [infopeluangusaharumahan]

Serbuk cili tidak perlu diperkenalkan lagi kepada semua orang. Ia merupakan penambah rasa sedap dalam hidangan masakan. Serbuk cili juga amat bagus untuk membakar kalori dalam tubuh badan anda.

Itulah dia 15 jenis rempah ratus dan fungsinya di dapur boleh anda gunakan. Pasti tak sabar nak masak kalau sudah lengkap semua rempah ratus ini kan? Jom baca juga Ayam goreng berempah, Ikan bakar berempah, Teh berempah (Indian Masala) dan Ayam bakar berempah.  

Rujukan

  1.  Types and Definition of Herbs and Spices used in Hotel Kitchen.  https://setupmyhotel.com/train-my-hotel-staff/chef-training/656-types-of-herbs-and-spices.html
  2. 12 Healthy Spices and Herbs You Need in Your Kitchen.  https://www.shape.com/healthy-eating/cooking-ideas/10-healthy-herbs-and-spices-you-need-your-kitchen
  3. List of Common Spices and Their Uses.  https://homeandkitchencorner.com/list-of-common-spices-and-their-uses/

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.