Setiap anak ada kelebihannya yang tersendiri. Ada yang bijak mengira, ada yang pandai melukis, ada yang aktif bersukan dan bermacam-macam lagi. Sesetengah ibu bapa rasa bingung kenapa anaknya kurang dalam pembelajaran sedangkan anak orang lain pandai dan bagus dalam pembelajaran. Ada juga anak yang tidak suka belajar tapi mereka suka bermain alat muzik atau bersukan.\

Kemudian, ibu bapa mula membanding-bandingkan anak dengan abang, kakak, adik atau anak orang lain mengenai kenapa anak mereka tidak boleh boleh menjadi seperti adik beradik lain atau anak orang lain. Jika ibu bapa selalu membanding-bandingkan anak, takut ia akan memberi kesan kepada mereka dari segi mental. Anak itu akan mula stres kerana terlalu paksa diri untuk memenuhi kehendak ibu bapa.

Lihat dengan teliti, apakah kelebihan yang ada pada diri anak, jika mereka suka bermain alat muzik, sokong mereka dengan sepenuh hati dan jangan menghalang mereka. Jika mereka aktif bersukan, belikan kasut suka atau baju sukan untuk mereka sebagai tanda kita sokong mereka. Potensi anak bukan sahaja ada satu atau dua. Ada beberapa jenis potensi yang kita dapat lihat dalam diri anak.

Apakah potensi tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 8 jenis potensi yang ada pada diri anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

Jenis potensi yang ada pada diri anak

jenis potensi pada anak

Imej via peppernaturalhealth.com

Ada 8 jenis potensi dan kecerdasan yang mungkin ada dalam diri anak kita :

"

1. Nature Smart

2. Music Smart

3. People Smart

4. Word Smart

5. Self Smart

6. Picture Smart

7. Logical/Mathematical Smart

8. Body Smart

*Lihat anak kita, adakah mereka ada salah satu potensi di atas . Jika ada cuba asah potensi tersebut dengan menyokong mereka. Ingat, setiap anak ada potensinya tersendiri dan jangan terlalu memaksa mereka untuk buat sesuatu yang diluar kemampuan mereka. Sebaliknya, tanya mereka apa yang mereka suka dan mahukan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.