Islam mengajar kita untuk mendidik anak kita mengaji sejak kecil lagi. Kenalkan mereka dengan surah-surah dan ayat-ayat al-quran yang indah. Surah-surah ini mempunyai maksud dan akan membantu kita ketika kita berasa susah dan resah.

Pada permulaan, anak-anak akan dikenalkan dengan huruh jawi iaitu Alif, Ba, Ta dan seterusnya seperti gambar di bawah :

mainan ajar anak mengaji
Imej via pendidik2u

Bagi memudahkan anak untuk pandai mengaji, kita perlu biasakan mereka untuk mendengar surah-surah yang mudah. Cara ini dapat membiasakan diri anak-anak dan mereka akan cepat belajar. Tetapi bukan mudah untuk menarik minat anak-anak untuk selalu dengar surah.

Jadi, bagaimanakah cara untuk mengajar anak untuk cepat mengaji?

Mari kami kongsikan info sebenar 3 jenis mainan untuk anak mudah mengaji daro kecil. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.

Jenis-jenis mainan untuk anak boleh belajar mengaji

1. Juz Amma

mainan ajar anak mengaji
Imej via ibudoakan

Seawal kelahirannya Ibu memperdengarkan surah- surah yang ada di dalam vcd Juz Amma ini. Tidak dinafikan yang Iman anak yang kuat menangis semasa dalam pantang, namun surah- surah lazim ini mampu meredakan keadaan yang tetang semasa pantang. Biasalah emosi dalam pantang memang semuanya tekanan.

2. Softbook

mainan ajar anak mengaji
Imej via ibudoakan

Kita mesti menunggu waktu untuk membelikan anak buku kan. Tidak sabar mahu kongsikan ilmu- ilmu daripada buku, namun buku yang ada di kedai tidak mesra bayi. Jadi Ibu memberikan anak softbook ini semenjak umurnya 5 bulan lagi. Boleh gigit, masukkan dalam mulut dan tidak datangkan kecederaan pada bayi.

Dulu sangat susah cari softbook ini, kalau ada pun yang berjenama mickey atau disney. Harga tentulah berganda mahalnya. Softbook ini harga pun murah dan yang penting bercirikan islamik. Iman sangat suka sampai bawa tidur sekali.

3. Apple learning Quran

mainan ajar anak mengaji
Imej via ibudoakan

Cantikkan epal ni? Lagi cantik apabila di on dan bergema  lagu- lagu nasyid serta doa- doa pendek yang mesra telinga bayi. Walaupun kadang- kadang epal ini dilempar sekeliling rumah, namun ianya tahan lasak dan mempunyai lampu warna warni yang boleh menarik minat anak. Sekarang epal ini diwariskan pula pada adiknya Ikhwan.

*Zaman sekarang adalah zaman teknologi di mana, semua perkara boleh dilakukan dengan mudah menggunakan alat yang dicipta. Alat untuk anak kita belajar mengenali huruf jawi juga ada untuk memudahkan pembelajaran anak.

Kelas mengaji juga semakin banyak, jadi tiada lagi alasan tiada masa untuk ajar anak mengaji. Ia adalah perkara wajib dalam islam untuk anak mengenali surah dan ayat-ayat al-quran. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .