Kuali adalah salah satu daripada peralatan yang wajib ada di setiap dapur. Pendek kata, setiap dapur di dunia pasti mempunyai kuali walau pun cuma sebiji. Bagi rumah yang mempunyai cuma sebiji kuali, pastinya kuali tersebut digunakan untuk semua jenis masakan. Ianya adalah normal dan bukanlah sesuatu yang pelik.

Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya terdapat pelbagai jenis kuali dan setiap satu daripadanya mempunyai kegunaan yang tersendiri.

Hal ini, bukan sahaja orang lelaki tak tahu. Malah di kalangan orang perempuan sekali pun ramai yang belum tahu. Itulah sebabnya satu kuali digunakan untuk semua jenis masakan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan jenis kuali orang perempuan perlu tahu dan suami pun kena ambil berat. Sama-sama tahu, barulah bahagia rumah tangga.

jenis kuali

Sumber: Rasa

Jenis-jenis kuali berdasarkan bentuk dan kegunaan

Terdapat dua jenis kuali yang selali digunakan di dapur sama ada dapur rumah atau dapur komersial. Kedua-dua jenis kuali ini boleh dibezakan dengan melihat rupa parasnya kerana kedua-duanya adalah berbeza.

Kuali leper

Seperti namanya, kuali leper adalah leper di mana ianya adalah cetek. Anda tidak boleh memasukkan minyak yang banyak ke dalam kuali leper malah semasa memasak, anda tidak dapat memasukkan makanan dengan kuantiti yang banyak ke dalamnya. Kuali leper digunakan untuk menggoreng makanan tanpa menggunakan minyak yang banyak. Di antara makanan yang sesuai dimasak dalam kuali leper ialah seperti:

  • Menggoreng kilas sayur-sayuran
  • Mengirai roti jala
  • Menggoreng hotdog
  • Menggoreng udang
  • Menggoreng sotong

Kuali dalam

Seperti namanya, kuali dalam mempunyai bentuk yang lebih dalam berbanding kuali leper. Ianya lebih tinggi berbanding kuali leper dan sesuai digunakan untuk deep fry atau menggoreng dengan minyak yang banyak. Malah kuali ini sesuai digunakan untuk memasak makanan berkuah atau makanan dalam kuantiti yang banyak. Di antara jenis makanan yang sesuai dimasak dalam kuali dalam ialah seperti berikut:

"
  • Menggoreng ikan atau ayam
  • Menggoreng mee, bihun, atau nasi
  • Menggulai

Oleh itu, pastikan di rumah anda terdapat sekurang-kurangnya sebiji kuali leper dan sebiji kuali dalam agar mudah untuk anda memasak. Jika ahli keluarga anda tidak ramai, beli kuali bersaiz kecil atau sederhana. Tidak perlu membeli kualai bersaiz besar memandangkan anda cuma memasak dalam kuantiti yang sedikit. Namun kalau anda selalu menjemput tetamu datang ke rumah atau suka memasak untuk menjamu kenalan, tak salah kalau anda ingin membeli kualai bersaiz besar.

Jenis kuali berdasarkan material

Jika tadi kami kongsikan jenis kuali berdasarkan bentuk dan kegunaannya, kali ini kami akan kongsikan pula jenis kuali berdasarkan material pembuatannya. Untuk pengetahuan anda, pada hari ini terdapat pelbagai jenis kuali yang dijual di pasaran. Pastinya anda jadi rambang mata dan tak tahu yang mana satu nak dipilih. Jom kami kongsikan jenis kuali berdasarkan material dan cara penjagaannya.

Kuali anti lekat atau non stick pan

Ini adalah jenis kuali yang paling popular di kalangan para wanita memandangkan ianya mempunyai fungsi anti lekat iaitu makanan tidak akan mudah hangus dan tidak akan lekat pada permukaan kuali. Kalau selama ini anda menggoreng ikan dengan kuali biasa dan selalu mengalami masalah ikan melekat pada kuali dan nampak tidak cantik semasa dihidang, dengan penggunaan kuali anti lekat perkara ini tak akan berlaku.

Namun begitu kuali anti lekat perlu dijaga dengan betul-betul untuk mengelakkan daripada tercalar. Cuci dengan apan lembut dan elakkan daripada menggunakan penggosok periuk. Ianya perlu diganti dengan yang baru jika sudah tercalar bagi mengelakkan bahan kimia merbahaya daripada masuk ke dalam makanan semasa anda memasak.

jenis kuali

Sumber: Majalahperdana

Kuali besi atau cast iron

Kuali besi biasanya digunakan di kedai makan dan restoran. Istimewanya kuali jenis besi ialah ianya akan menjadi sangat panas dan memberikan rasa terbakar yang biasanya kita takkan dapat jika memasak sendiri di rumah. Perhatikan dapur di kedai makan, biasanya mereka memasak dengan api yang besar bukan? Ini kerana mereka menggunakan kuali besi yang tidak muah hangus. Rasanya pun lebih sedap.

Kuali aluminium

Ini adalah jenis kuali biasa yang banyak dijual di kedai. Kuali aluminium menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana harganya yang murah. Penjagaannya juga sangat mudah. Tiada masalah untuk anda menggaras dengan penggosok periuk jika ada makanan yang melekat.

Kuali kaca

Ini adalah jenis kuali yang agak mahal harganya. Namun apa yang menarik, anda boleh terus hidangkan makanan yang dimasak ke atas meja tanpa perlu disalin ke dalam bekas lain. Meja anda akan kelihatan mewah dan cantik. Namun kuali kaca perlu dijaga dengan betul supaya tidak pecah.

Kuali batu granite

Jenis kuali yang terakhir ialah kuali batu granite. Ia adalah jenis kuali terkini yang sangat hangat di pasaran. Harganya tidak murah namun penjagaannya tidak serumit menjaga kuali anti lekat. Kalau anda mempunyai bajet, kuali jenis ini adalah yang terbaik untuk anda beli.

jenis kuali

Sumber: Procook

Itulah dia perkongsian tentang senarai jenis kuali orang perempuan perlu tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga keluarga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips ubah suai dapur dan cara simpan telur yang betul di dapur.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.