Zaman moden dan hipster ini, sudah ramai dalam kalangan masyarakat yang tak tahu jenis ikan yang berada di pasar. Bila ditanya ikan kembung, tenggiri ataupun ikan bawal pasti ramai yang tidak mengenali, baik wanita ataupun lelaki.  Khas buat anda yang tidak mengenali jenis ikan yang berada di pasar, di sini jom kami senaraikan beberapa jenis ikan sungai dan laut dalam di pasar.

1.  Ikan Bawal

jenis ikan

Imej via [freemalaysiatoday]

Ikan bawal tergolong dalam jenis ikan kumpulan ataupun keluarga Bramidae. Pada masa ini ia terdapat di lautan dalam. Selain itu, mereka banyak ditemui di lautan Atlantik, Indian dan Pasifik. Malah, mereka juga sering ditemui di laut Norway, Mediterranean dan lautan Jepun.

Biasanya ikan bawal ini sering dijadikan masakan ‘sweet and sour’. Jadi di pasar, biasanya kita akan banyak melihat ikan bawal ini. Jenis ikan ini terdapat tiga kumpulan iaitu, ikan bawal putih, bawal emas dan bawal hitam.

2.  Ikan Tenggiri

jenis ikan

Imej via [webcom]

Sedapnya bila bercakap tentang ikan tenggiri! Tenggiri merupakan jenis ikan penting yang digunakan di seluruh dunia sebagai sumber makanan. Sebagai jenis ikan yang berminyak, ia diperkaya dengan omega-3 asid lemak.

Daging ikan tenggiri ini mudah rosak dengan cepat, terutama di kawasan tropika dan boleh menyebabkan keracunan makanan.  Jadi, ianya perlu dimakan pada hari penangkapan, melainkan didinginkan dengan betul atau melalui proses pengawetan.

Di Perancis, ikan tenggiri diawet menggunakan garam yang membolehkannya tahan lama dan dijual secara meluas di seluruh negara. Di Jepun pula, ia sangat popular untuk membuat sejenis sushi yang dikenali sebagai saba-zushi.

"

Terdapat banyak kadar merkuri yang terdapat dalam ikan ini. Tahap ini berbeza dengan ketara untuk spesies yang berbeza dan juga untuk spesies yang sama di lokasi yang berbeza. Perlu diingatkan bahawa kanak-kanak dan wanita hamil harus mengelakkan memakannya kerana kadar methylmercury yang tinggi terdapat dalam ikan ini.

3.  Ikan Selayang (Sardin)

jenis ikan

Imej via [starlicious]

Ikan Selayang atau Sardin adalah ikan yang sama. Jenis ikan ini merupakan jenis ikan kecil yang berminyak dalam keluarga Clupeidae. Istilah ‘sardin’ pertama kali digunakan dalam bahasa Inggeris pada awal abad ke-15 dan mungkin berasal dari pulau Mediterania Sardinia, di mana sardin pernah memenuhi kawasan tersebut.

4.  Ikan Selar

jenis ikan

Imej via [nekmatbiz]

Jenis ikan selar ini berwarna kekuningan dan sedikit berbelang di bahagian badannya. Jenis ikan ini mempunyai rupa seakan-akan ikan kembung. Ia mendiami kawasan pantai seperti teluk dan terumbu karang. 

Ikan selar memakan ikan kecil dan krustasea. Untuk pengetahuan anda, ikan ini mengeluarkan hingga 161,000 telur setiap ekor diantara bulan Mac dan Oktober. Ia merupakan sumber makanan yang berharga di beberapa kawasan dan rasanya amat sedap sekali.

5.  Ikan Patin

jenis ikan

Imej via [netralnews]

Ikan Patin adalah jenis ikan air tawar yang mendiami daerah-daerah sungai dan lombong-lombong. Ikan ini diternak secara besar-besaran untuk dimakan dan berasal dari Sungai Mekong. Bentuk fizikal utamanya adalah tidak bersisik, mempunyai misai dan lembut.

Panjangnya boleh mencapai 1 meter panjang dan beratnya boleh mencecah 20 kilogram. Ikan patin  pernah mencetuskan kontroversi kerana harganya boleh mencecah RM180.00 sekilogram di sekitar negeri Pahang.  Jenis ikan ini juga terkenal dengan keenakan dan kelembutannya isinya.

Jenis ikan patin yang diternak di Malaysia biasanya dikenali sebagai Patin Kolam atau Patin Sangkar.  Pasti ramai yang tahu bahawa masakan yang paling sedap dengan ikan ini adalah Gulai Tempoyak Ikan Patin.

6.  Ikan Haruan

jenis ikan

Imej via [akurat]

Siapa tak kenal ikan haruan? Ikan haruan adalah jenis ikan yang kepalanya seperti belut atau ular. Biasanya ikan ini dimakan oleh para wanita yang dalam pantang.

Jenis ikan ini berasal daripada bahagian Afrika dan Asia. Ikan pemangsa ini mempunyai sirip dorsal panjang dan mulutnya yang besar. Ikan haruan amat sedap dimakan jika dibuat sup, digoreng atau dimasak dengan sambal.

7.  Ikan Kerapu

jenis ikan

Imej via [groupsempornamari]

Badan ikan kerapu yang berbintik amat mudah dikenali oleh sesiapa sahaja. Ia merupakan jenis ikan yang berada di lautan dalam. Harganya boleh dikatakan agak mahal juga namun rasanya amat sedap.

Ikan kerapu biasanya mempunyai badan yang tegap dan mulut besar.  Bentuknya agak besar dan panjang melebihi satu meter dan berat sehingga 100 kilogram.  Mereka biasanya memakan ikan, kurita, dan krustasea. 

Sesetengah spesies lebih suka menyerang mangsa mereka. Biasanya ikan ini menggunakan mulut mereka untuk menggali pasir untuk membentuk tempat perlindungan.

8.  Ikan Siakap

jenis ikan

Imej via [jd.id]

Ikan siakap merupakan ikan yang paling popular dipesan di restoran makanan laut ataupun masakan panas. Jenis ikan ini biasanya amat sedap dibuat masak tiga rasa ataupun stim limau. Isi ikan ini amat pejal dan manis.

Ikan siakap mempunyai badan yang panjang berskala kecil, mulut besar dan ekornya yang lurus atau bulat.  Ikan ini memakan krustasea, moluska, dan invertebrata yang lain.

9.  Ikan Kerisi

jenis ikan

Imej via [carousell]

Jenis ikan ini mempunyai rasa yang sedap dan warnanya kemerah-merahan. Ikan kerisi bersaiz sangat sederhana. Ikan ini amat sedap dibuat masak halia atau masam manis. Jika goreng begitu sahaja pun amat sedap!

Ia merupakan ikan air masin.  Penangkapannya memerlukan lesen agar ia tidak terancam oleh tangkapan yang berlebihan atau melampau. 

10.  Ikan Keli

jenis ikan

Imej via [pasarman]

Ikan keli biasanya mempunyai kepentingan komersial yang besar. Jenis ikan keli yang bersaiz besar biasanya dijadikan santapan seperti goreng kunyit, kari dan sebagainya. Bentuknya yang panjang dan berwarna hitam serta memiliki misai seperti kucing sehingga dipanggil ‘catfish’.

11.  Ikan Pari

jenis ikan

Imej via [malaysiangrocer]

Sebut sahaja ikan pari pasti ramai yang mengenali fizikalnya yang berbentuk leper serta mempunyai ekor yang panjang. Jenis ikan ini hidup di air tawar dan lautan. Ikan pari biasanya amat sedap dimakan dengan bakar bersama air asam. Ia adalah antara jenis ikan yang berada di pasar dan mendapat permintaan ramai.

Itulah dia jenis ikan sungai dan laut dalam yang terdapat di pasar. Jom baca juga Resepi Ikan Viral, Khasiat Delima, Khasiat Daun Pudina dan Petua Kecantikan dari Dapur.

Rujukan 

  1. Getting to Know : Supermarket fish.  https://www.cookscountry.com/how_tos/9370-getting-to-know-supermarket-fish
  2. Kenali Pelbagai Jenis Ikan di Pantai Timur Sabah.  https://salamisimon1.blogspot.com/2018/08/kenali-pelbagai-jenis-ikan-di-pantai.html
  3. Panduan mengenali ikan yang selalu dijual di pasar (bahagian 1).  https://iluminasi.com/bm/panduan-mengenali-jenis-jenis-ikan-di-pasar.html

 

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.