Jom belajar kenali jenis darah anda.

Darah manusia adalah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Kumpulan darah manusia pula dikelaskan kepada empat kumpulan yang berbeza. Keempat-empat kumpulan tersebut adalah A, B, AB dan O yang juga dikelaskan mengikut Sistem ABO.

Darah

Imej via rootofscience

Jenis darah (atau kumpulan darah) ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen terwaris pada permukaan sel darah merah (SDM). Antigen-antigen ini berbentuk protein, karbohidrat, glikoprotein, atau glikolipid, bergantung pada sistem kumpulan darah.

Sesetengah antigen ini juga didapati pada permukaan jenis sel lain pada pelbagai jenis tisu. Dari satu alel (atau gen-gen yang terkait rapat), sebilangan antigen permukaan sel darah merah ini bersama-sama membentuk sebuah sistem kumpulan darah.

Jenis darah adalah terwaris dan mewakili sumbangan dari kedua-dua ibu bapa. Sejumlah 30 sistem kumpulan darah manusia kini diiktiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (International Blood Transfusion Society, ISBT)

Sistem Kumpulan Darah

Selain daripada Sistem ABO, terdapat hampir 32 jenis sistem lain yang digunapakai bagi mengklasifikasikan kumpulan darah. Namun yang paling popular adalah yang menggunakan Sistem ABO yang diasaskan oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. Kemudian sistem ini dimurnikan lagi dengan Sistem Rhesus yang diusahakan secara bersama dengan Alexander S Wiener pada tahun 1937.

Jenis Darah

Imej via wikiwand

1) Sistem Kumpulan Darah ABO

Sistem ABO ialah sistem kumpulan darah terpenting dalam bidang pemindahan darah manusia. Dalam sistem ABO ada tiga jenis allele iaitu A, B dan O. Oleh kerana dalam setiap individu ada dua allele (satu dari bapa, satu dari ibu), kombinasi yang ada ialah AA, BB, AB, Ao, Bo dan oo.

Allele A dan allele B adalah allele yang dominan (berpengaruh) manakala allele O adalah allele yang resesif (tidak berpengaruh). Oleh kerana allele O tidak kuat, ia selalunya di tulis dengan huruf kecil.

Jenis darah setiap individu adalah seperti yang dinyatakan pada rajah di bawah.

ABO

Contohnya, sekiranya darah anda jenis A, ini bererti ada dua kemungkinan, iaitu genotype darah anda ialah AA atau Ao. Anda boleh menentukan secara pasti sama ada anda AA atau Ao dengan melakukan ujian DNA.

2) Sistem Kumpulan Darah Rh

Sistem Rh ialah sistem kumpulan darah kedua terpenting dalam bidang pemindahan darah manusia. Antigen Rh yang terpenting ialah antigen D kerana inilah di antara lima antigen Rh utama yang paling mampu merangsang tindak balas sistem imun.

Dalam sistem Rh, ada dua kemungkinan jenis darah seseorang iaitu berdarah Rhesus positif atau Rhesus negatif sahaja. Ada dua jenis allele iaitu Rh+ dan Rh- dan ia tidak bergantung kepada jenis darah ABO seseorang itu.

Seseorang yang Rh positive mempunyai genotype:

  • Dua allele Rh+. Ia juga ditulis sebagai Rh+/Rh+, ataupun satu lagi kemungkinan
  • Satu allele Rh+ dan satu Rh-. Ia ditulis sebagai Rh+/Rh-

Seseorang yang Rh negative mempunyai genotype dari dua Rh- iaitu Rh-/Rh-

Rh

Seperti juga sistem ABO, setiap bapa akan memberikan satu allele Rh dan ibu memberikan satu allele Rh kepada anak mereka.

3) Sistem Kumpulan Darah Lain

Persatan Transfusi Darah Antarabangsa kini mengiktiraf 30 sistem kumpulan darah (termasuk sistem ABO dan Rh). Maka, selain antigen ABO dan antigen Rh, terdapat banyak lagi antigen yang dinyatakan pada membran permukaan SDM.

Misalnya, seseorang berdarah AB, D positif, dan pada masa yang sama M dan N positif (sistem MNS), K positif (sistem Kell), Lea atau Leb negatif (sistem Lewis), dan sebagainya, jadi ada positif atau negatif untuk setiap antigen sistem kumpulan darah. Kebanyakan sistem kumpulan darah dinamakan sempena nama pesakit yang antibodi masing-masing pertama kali ditemui dalam darah mereka.

Darah Anak

Genotype anak diambil dari ibu (satu allele) dan ayah (satu allele). Contohnya ibu berdarah A (ada dua kemungkinan iaitu genotype ibu AA atau Ao) dan ayah berdarah AB (genotype AB). Sila lihat rajah di bawah untuk penerangan.

1)Kemungkinan 1 – Ibu AA dan ayah AB

Kemungkinan 1

Daripada rajah di atas, sekiranya genotype ibu AA dan ayah AB, kemungkinan yang berlaku ialah:

  • 50% kemungkinan anak berdarah A dan;
  • 50% kemungkinan anak berdarah AB.

Bagaimanapun, oleh kerana ibu berdarah A, ada lagi satu kemungkinan iaitu genotype ibu ialah Ao dan bapa AB (genotype bapa sama, tidak berubah).

2)Kemungkinan 2 – Ibu Ao dan ayah AB

Kemungkinan 2

Daripada rajah di atas, sekiranya genotype ibu Ao dan bapa AB:

  • 50% kemungkinan anak berdarah A;
  • 25% kemungkinan darah AB dan;
  • 25% kemungkinan darah B.

Jika kita gabungkan kedua-dua rajah di atas – sekiranya ibu berdarah A dan ayah berdarah AB – kita boleh membuat pengiraan:

Kemungkinan Darah Anak

Kesimpulannya, sekiranya ibu berdarah A dan ayah AB, kemungkinan tertinggi anak akan berdarah A.  Anak juga tidak berkemungkinan berdarah O.

Ramai yang menganggap kumpulan darah anak mestilah kombinasi kumpulan darah ibu bapa. Sebenarnya, ia tidak semestinya begitu. Pernah terdapat satu kejadian di mana seorang bapa meminta untuk membuat ujian ‘paternity’ hanya kerana kumpulan darahnya ialah B dan anaknya ialah A.

Kerana dia berpendapat yang ianya mustahil untuk anaknya mempunyai kumpulan darah yang berbeza dengannya.

Sebenarnya ianya tidak mustahil dan genetik adalah jawapan kepada kekeliruan bapa ini.

Berikut adalah jadual ringkas kombinasi yang berkemungkinan untuk sistem ABO. Dengat hanya melihat jadual ini, anda boleh mengagak kumpulan darah anak itu. Malah, jika kumpulan darah anda A dan pasangan anda B, anak anda berkemungkinan mempunyai kumpulan darah A, B, AB atau O.

Ringkasan Darah Anak

Sama seperti sistem Rhesus, terdapat tiga faktor iaitu C, D dan E. Dan D merupakan yang paling penting. Tiada gen resesif yang sama dengan D.

Pendermaan Darah

Selepas kelahiran, manusia mula membentuk antibodi di dalam badannya. Antibodi ini melindungi badan dari bahan-bahan asing seperti kuman yang memasuki sistem badan manusia. Bahan-bahan asing seperti kuman ini dipanggil antigen.

kempen derma darah

Imej via ticket2u

Antibodi terhadap antigen darah juga berlaku. Sebagai contoh, seorang bayi yang berdarah O akan membentuk antibodi terhadap antigen darah A dan darah B sebaik sahaja dia mula makan makanan.

Ini kerana antigen ini dijumpai di dalam makanan. Oleh itu seseorang yang berdarah O tidak boleh menerima darah daripada jenis A, B dan AB. Sekiranya diberi juga, satu proses dikenali sebagai ‘haemolytic transfusion reaction’ akan berlaku, di mana darah yang diberi itu akan dimusnahkan.

Proses ini boleh membawa maut dan kerosakan anggota badan dalaman.

Derma Darah

Sebagai panduan:

  • Jenis A – Ada antibodi terhadap B. Boleh menerima A dan O.
  • Jenis B – Ada antibodi terhadap A. Boleh menerima B dan O.
  • Jenis AB – Tidak ada antibodi. Boleh menerima A, B, AB dan O. Dipanggil penerima universal kerana boleh menerima semua jenis darah lain
  • Jenis O – Ada antibodi terhadap A, B dan AB. Boleh menerima O sahaja. Dipanggil penderma universal kerana boleh menderma kepada semua jenis darah lain.

Organ penderma juga bergantung kepada jenis darah seperti di atas. Contohnya, buah pinggang penderma dari jenis darah B tidak boleh diberi kepada pesakit berdarah A. Bagaimanapun, didapati pemindahan organ hati (liver) tidak bergantung kepada sistem darah ABO ini.

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan Jenis Darah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

 

Rujukan:

  1. Google Site
  2. Pusat Derma Darah
  3. Wikipedia
  4. The Asian Parent
  5. Root Of Science

 

 

 

 

 

Penulis: Aniuna

Avatar

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .