Cendawan mudah ditemui di dalam hutan atau kebun disebabkan oleh iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Tetapi apa yang kita perlu tahu, tak semua cendawan yang tumbuh itu boleh dimakan. Sesetengah cendawan ini  beracun dan amat berbahaya untuk kita makan.

Kajian daripada banyak pihak termasuklah Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan bernilai dari segi perubatan.

Antaranya adalah cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune. Sebelum memetik cendawan, mari kita ketahui jenis cendawan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.

1.  Cendawan Taugeh / Cendawan Tali

jenis cendawan

Imej via [facebook]

Jenis cendawan ini biasanya ditemui tumbuh di permukaan tanah yang terdapat anai-anai di bawahnya. Saiz cendawan ini amat kecil iaitu sekitar 20 hingga 30 milimeter sahaja. Cendawan ini berbentuk payung berwarna putih keperang-perangan.

Pasti anda perasan bawah di bahagian bawah cendawan ini terdapat insang berwarna putih. Cendawan ini mempunyai tangkai yang panjang sekitar 60 hingga 70 milimeter panjangnya. Cendawan ini boleh dimakan dan biasanya ia dimakan secara goreng atau rebus.

2.  Cendawan Kukur

jenis cendawan

Imej via [findglocal]

Cendawan kukur ini biasanya boleh dimakan secara masak lemak ataupun digoreng. Rasanya amat sedap. Rugi jika anda tidak mencubanya.

"

Jenis cendawan ini berbentuk seakan kipas yang bersaiz 5 hingga 10 milimeter. Ia biasanya tumbuh meliar di atas kayu mati dan amat senang dijumpai. Biasanya dimana ada pokok kayu getah mati maka adalah cendawan kukur ini.

Struktur cendawan ini amat kenyal dan tidak rapuh. Bahagian atasnya mempunyai bulu yang halus berwarna putih keperang-perangan. Di bawahnya pula terdapat insang yang berwarna coklat.

3.  Cendawan Enokitake

jenis cendawan

Imej via [supplybunny]

Cendawan Enokitake adalah jenis cendawan yang boleh dimakan. Ia berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge.  Enokitake ini dikenali juga sebagai cendawan musim sejuk atau cendawan pinang emas. 

Di tempat beriklim sejuk, cendawan ini tumbuh secara bebas pada suhu udara rendah. Cendawan ini akan mula banyak pada musim gugur hingga awal musim bunga. Jenis cendawan ini juga diketahui sering tumbuh di bawah lapisan salji.

Bukan itu sahaja, ia juga tumbuh di permukaan batang kayu reput dan pohon-pohon yang berdaun lebar. Cendawan Enokitake ini sering dianggap sebagai hama bagi beberapa industri produk pertanian.

4.  Cendawan Tiram

jenis cendawan

Imej via [nona]

Cendawan tiram merupakan salah satu jenis cendawan yang boleh dimakan dan ditanam di Asia sejak dahulu kala. Kini ia ditanam secara komersil di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan yang sama dengan kulat Pleurotus eryngii. 

Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bioremediasi. Ia sering digunakan dalam masakan Cina dan Jepun. Jenis cendawan ini juga sering dijadikan sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.

5.  Cendawan Butang

jenis cendawan

Imej via [facebook]

Salah satu cendawan yang boleh dimakan dan tumbuh secara semula jadi adalah cendawan butang. Jenis cendawan ini biasanya tumbuh di kawasan padang rumput dan ladang-ladang selepas hujan dari musim bunga sehinggalah datangnya musim gugur di seluruh dunia.

Walaupun ia hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara, tetapi populasi spesies ini naik secara mendadak. Kini cendawan butang merupakan salah satu cendawan yang paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia. Ia biasanya ditabur di atas piza dan dimakan bersama salad dan sebagainya. Rasanya amat sedap dan menyelerakan.

6.  Cendawan Amanita Bisporigera

jenis cendawan

Imej via [thpanorama]

Amanita bisporigera adalah spesies cendawan beracun yang berbahaya dalam keluarga Amanitaceae. Ia biasanya dikenali sebagai cendawan ‘Eastern North American Destroying Angel’ atau cendawan malaikat pemusnah.

Cendawan ini mempunyai payung putih halus yang dapat mencapai hingga 10 centimeter dan panjangnya sehingga 14 sentimeter. Jenis cendawan ini mempunyai dua spora dalam satu induk.

7.  Cendawan Pholiotina Rugosa

jenis cendawan

Imej via [quora]

Pholiotina rugosa adalah cendawan rumput biasa yang tumbuh secara meluas dan sangat biasa dijumpai di kawasan Barat Laut Pasifik. Jenis cendawan ini juga telah dijumpai di Eropah, Asia dan Amerika Utara.

Ia mengandungi mikotoksin yang boleh membawa kepada kematian. Awas, jenis cendawan ini tidak boleh dimakan.

8.  Cendawan Sulfur Tuft

jenis cendawan

Imej via [gramho]

Cendawan sulfur tuft atau clustered woodlover adalah jenis cendawan hutan yang biasa dan sering kali dijumpai ketika hampir tidak ada cendawan lain. Cendawan ini tumbuh secara besar-besaran dalam gumpalan besar pada tunggul, akar mati atau batang pokok yang lebar.

Cendawan Sulfur tuft amat pahit dan merupakan cendawan yang beracun. Jika memakannya, ianya boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan sawan.

Toksin utama di dalam jenis cendawan ini adalah steroid yang dikenali sebagai steroid fasciculol E. Jangan sesekali makan cendawan jenis ini.

9.  Cendawan Galerina Sulciceps

jenis cendawan

Imej via [discoverlife]

Spesies cendawan yang sangat berbahaya dan tidak boleh dimakan juga adalah Galerina sulciceps. Ia hidup di wilayah tropika Indonesia dan India, namun kadang-kadang dilaporkan membiak di rumah Eropah.

Jenis cendawan ini mengandungi lebih banyak toksik daripada deathcap (Amanita phalloides). Cendawan ini terbukti mengandungi toksin alpha- (α-), beta- (β-) dan gamma- (γ-) amanitin.

Ia merupakan satu siri keracunan di Indonesia pada tahun 1930-an yang mengakibatkan 14 kematian akibat pengambilan jenis cendawan ini.

10.  Cendawan Galerina Marginata

jenis cendawan

Imej via [marylandbiodiversity]

Galerina marginata adalah jenis cendawan yang beracun dalam keluarga Hymenogastraceae dari Agaricales. Sudah tentu tidak boleh dimakan.  Cendawan ini mempunyai payung coklat hingga kuning coklat yang pudar ketika musim kering.

Insang cendawan ini berwarna kecoklatan dan memberikan cetakan spora yang berkarat. Cincin membran yang jelas kelihatan pada batang spesimen muda jenis cendawan ini akan hilang seiring bertambahnya usianya.

Pada badan cendawan yang lebih tua, penutupnya lebih rata dan insang dan batangnya lebih berwarna. Cendawan Galerina marginata tersebar luas di Hemisfera Utara, termasuk Eropah, Amerika Utara, Asia, dan juga telah dijumpai di Australia. 

Ia adalah cendawan yang tumbuh pada kayu konifer yang reput. Spesies ini yang sangat beracun dan mengandungi amatoksin mematikan yang sama seperti dengan cendawan Amanita phalloides. Memakannya boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk, muntah, cirit-birit, hipotermia, dan akhirnya mengalami kematian jika tidak dirawat dengan cepat. 

Itulah dia 10 jenis cendawan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan harus anda ketahui. Jom baca juga Resepi cendawan Shiitake, Cendawan Mekah, Resepi pai ayam cendawan dan Resepi sayur sedap.

Rujukan

1.  Jenis-jenis cendawan yang boleh dimakan.  https://era.je/interaktif/trending/jenis-cendawan-yang-boleh-dimakan

2.  Cendawan tidak boleh dimakan.  https://mushroomlover442.wordpress.com/mengenai-cendawan/cendawan-tidak-boleh-dimakan/

3.  Galerina Margarita.  https://en.wikipedia.org/wiki/Galerina_marginata

 

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.