Burung adalah haiwan yang mempunyai tulang belakang atau dipanggil ‘vertebrata’ dalam sains. Burung juga merupakan haiwan sederhana saiznya yang mempunyai bulu, sepasang sayap dan dua kaki yang sama seperti ayam. Mereka biasanya membiak melalui bertelur. 

Burung berdarah panas dan suhu badannya adalah sentiasa malar. Ia biasanya dikelaskan mengikut Kelas Aves dan kajian tentang burung ini dipanggil “Ornithology”.  Di Malaysia, terdapat lebih kurang 750 spesies burung yang menduduki hutan Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. 

Ada juga burung yang hidup di Malaysia sepanjang tahun dan ada juga yang hidup secara berpindah randah.  Jom kita lihat jenis burung yang terdapat di Malaysia ramai tak tahu.

1.  Burung Gelam

jenis burung

Imej via [photographysnapandshare]

Burung Gelam adalah satu-satunya jenis burung yang terdapat di Malaysia. Biasanya anda boleh melihatnya di kawasan sawah padi, paya dan kawasan tanah lembap. Bulu burung ini berwarna coklat serta terdapat corak pada badannya.

Fungsi coraknya adalah untuk membantu burung ini menyamar sehingga sukar dilihat di habitatnya. Saiz burung ini adalah sekitar 40 sentimeter. Ia juga dikenali dengan nama ‘Chestnut Bittern’.

2.  Burung Bangau Besar

jenis burung

Imej via [pixabay]

Pernah dengar tak lagu rakyat ‘Bangau Oh Bangau’? Lagu tersebut turut mengandungi lirik berkaitan si burung Bangau ini. Burung Bangau Besar biasa mempunyai bulu putih di seluruh badannya dan saiznya kebanyakannya mencecah 82 sentimeter. 

Warna kaki pada burung bangau ini adalah berbeza-beza tetapi biasanya kaki mereka berwarna hitam. Paruh bangau berwarna kuning tetapi akan bertukar menjadi warna hitam apabila musim mengawan dan bertelur. Burung ini biasanya bertelur dan membiak di Malaysia antara bulan April dan September.

3.  Burung Tekukur

jenis burung

Imej via [wikipedia]

Saiz burung Tekukur adalah sekitar 30 sentimeter. Jenis burung ini biasanya dijadikan burung peliharaan dan mudah dijumpai di Malaysia. Ianya mudah ditemui di kawasan ladang, kawasan tanaman, padang dan di sekitar kampung. Pasti anda sendiri pernah melihat burung ini.

4.  Burung Raja Udang

jenis burung

Imej via [mangga3bima]

Burung Raja Udang adalah jenis burung yang berwarna biru dengan paruh yang panjang sesuai untuk menangkap ikan. Mereka adalah burung yang berbunyi bising dan bunyinya mudah dikenali. Sarangnya selalu ditemui dilubang pada tebing sungai yang curam. 

Tahukah anda, saiz burung Raja Udang ini adalah 25 sentimeter? Burung ini gemar memakan ikan, berudu, ketam, udang, katak kecil dan semua binatang kecil yang lain. Ia juga dikenali dengan nama ‘White Brested Kingfisher’.

5.  Burung Helang Laut

jenis burung

Imej via [youtube]

Di Malaysia, terdapat juga helang yang mendiami kawasan pantai negara kita, ia adalah burung helang laut. Jenis burung ini biasanya memakan haiwan seperti tikus, ular dan sebagainya. Saiz mereka adalah sekitar 90 sentimeter, berwarna putih dan sayapnya berwarna hitam.

6.  Burung Pipit Padi

jenis burung

Imej via [animhosnan]

Biasanya jenis burung ini hidup dalam berkumpulan dan suka membantu antara satu sama lain. Sarang mereka diperbuat daripada rumput kering atau daun-daun kering di tempat yang berlubang. Jenis burung ini senang dijumpai di seluruh tempat.

Saiz burung pipit padi agak kecil iaitu hanya 11 sentimeter sahaja. Burung Pipit Padi biasanya memakan serangga kecil, buah padi dan juga buah-buahan kecil seperti beri.  Apa yang ramai tak tahu adalah burung ini cepat membiak!

7.  Burung Tempua

jenis burung

Imej via [jalaksuren]

Burung mempunyai kelebihan luar biasa untuk tenunan sarangnya. Sarangnya diperbuat daripada rumput dan ditenun dengan halus dan berbentuk seperti kon yang tergantung. Biasanya mereka bersarang di tempat yang sangat tinggi. 

Sarang burung jantan dan sarang burung betina amat berbeza dari segi corak, struktur, bentuk dan saiznya. Sarang burung betina hanya dibezakan dengan tempat bertelur manakala sarang burung jantan tidak mempunyai tempat bertelur. Saiz burung ini adalah sebesar 15 sentimeter dan sentiasa menjadi perumpamaan orang tua-tua zaman dahulu.

8.  Burung Murai Batu

jenis burung

Imej via [icuit]

Jenis burung ini mempunyai siulan yang amat merdu dan harganya amat mahal hingga mencecah puluhan ribu ringgit. Saiz burung murai batu ini sekitar 25 sentimeter.

Burung Murai Batu merupakan burung yang dilindungi oleh pihak perhutanan dan memerlukan lesen bagi sesiapa yang ingin memeliharanya.  Burung jantan biasanya mempunyai ekor yang lebih panjang dari burung betina. Mereka amat gemarkan memakan serangga. 

9.  Burung Layang-Layang Batu

jenis burung

Imej via [nimadesriandani]

Burung ini juga dikenali dengan nama burung Sualo Batu. Burung ini biasanya ditemui di seluruh Malaysia dan bertelur diantara bulan Mac hingga bulan Jun. Sarang burung ini diperbuat dari rumput, bulu burung dan campuran lumpur. 

Bentuk sarangnya adalah seperti mangkuk. Saiz Burung Layang-Layang Batu adalah sebesar 13 sentimeter sahaja. Ia juga sering dikenali dengan nama ‘Pacific Swallow’.

10.  Burung Merak

jenis burung

Imej via [marshaevan]

Siapa yang tak kenal dengan burung yang cantik ini, bila ekornya mengembang sahaja, ia kelihatan seperti raja segala burung! Burung ini biasanya sebesar 75 sentimeter dan amat lantang kicauannya. Ia biasanya hidup di kawasan hutan, agak sukar untuk anda temuinya.

11. Burung Hantu

jenis burung

Imej via [suduthewan]

Jenis burung ini biasanya memakan ular, tikus, serangga dan haiwan kecil. Burung Hantu merupakan haiwan nocturnal iaitu mereka hanya aktif mencari makan pada waktu malam manakala akan tidur pada waktu siang.

Mereka memiliki sayap yang besar, mata yang bulat dan berwarna coklat.  Burung hantu ini sebenarnya bersaiz sekitar 30 sentimeter dan tinggal di kawasan ladang getah, ladang sawit dan sawah padi. Dahulunya, ia sering dipelihara oleh para peladang untuk membantu mengawal haiwan perosak.

12.  Burung Merpati

jenis burung

Imej via [pinterest]

Burung ini biasanya sering dijadikan haiwan peliharaan dan sangat jinak. Ada juga yang memelihara burung ini untuk sumber dagingnya yang sedap. Burung ini bersaiz 32 sentimeter dan berwarna hitam, putih dan kelabu. Sememangnya burung ini tampak begitu cantik sekali.

13.  Burung Merbah Kapur

jenis burung

Imej via [raubnaturebird]

Nama burung merbah agak popular dan sering kita dengari.  Burung Merbah Kapur biasanya ditemui di kawasan kampung dan hutan. Ia membiak pada bulan Februari dan Jun. Makanan jenis burung ini adalah buah-buahan dan serangga. Ia kelihatan agak kecil sedikit tetapi nampak seperti lincah.

14.  Burung Murai Kampung

jenis burung

Imej via [flickr]

Burung Murai biasanya berwarna hitam dan putih. Ia sering terdapat di dalam semak dan pokok berdekatan kebun di seluruh negara. Jenis burung ini terkenal dengan suaranya yang suka berkicau sehingga dikaitkan dengan peribahasa Melayu ‘seperti mulut murai’ yang maksudnya asyik bercakap tanpa henti-henti.

15.  Burung Pucong Malam

jenis burung

Imej via [reddoortohunt]

Burung Pucong Malam merupakan jenis burung nocturnal yang memburu makanan di tasik dan sungai. Burung ini dikatakan boleh membesar sehingga 55 sentimeter saiznya.  Unik bukan? Ia juga dikenali dengan nama burung Pucong Kuak dan amat terkenal di kawasan tasik.

Itulah dia 15 jenis burung yang terdapat di Malaysia harus anda kenali. Jom baca juga koleksi resepi telur, jenis bunga dan fakta pelik tapi benar.

Rujukan

  1. 25 Jenis Burung yang berbeza dengan nama dan gambar.  https://ms.artexhausts.com/25-jenis-burung-yang-berbeza-dengan-nama-dan-gambar
  2. Jenis-Jenis Burung.  http://masnita2013.blogspot.com/2013/12/jenis-jenis-burung.html
  3. Burung-Burung Malaysia.  http://fauna_my.tripod.com/fauna_my-aves/0-burung1.html

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.