Malaysia berada di antara negara-negara biodiversiti yang paling banyak menempatkan lebih daripada 15,000 jenis bunga, tumbuh-tumbuhan dan pokok pada peringkat antarabangsa. Ada bunga yang digunakan untuk menghiasi taman ataupun hiasan dan ada juga yang dijadikan sebagai hobi tanaman.

Sementara itu, terdapat banyak jenis bunga yang lain masih belum dapat ditemui di hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun yang meliputi kawasan luas di Semenanjung dan Borneo Malaysia.  Jom kami senaraikan antara beberapa jenis bunga di Malaysia yang popular dan pastinya disukai ramai.

1.  Bunga Raya

jenis bunga

Imej via [jomlahcuti]

Bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya, boleh dilihat mekar berkembang megah pada kebanyakan kawasan dalam negara kita. Bunga yang mempunyai lima kelopak dan berbentuk terompet ini datang dalam pelbagai warna dan saiz. Jenis bunga ini sentiasa menghasilkan bunga sepanjang tahun di negara kita.

2.  Bunga Pakma / Rafflesia

jenis bunga

Imej via [alaf21]

Rafflesia atau bunga pakma berdiameter mencapai sehingga 1 meter atau 3.3 kaki. Jenis bunga ini merupakan bunga tunggal yang terbesar di dunia. Rafflesia sering mengeluarkan bau busuk bagi menarik perhatian serangga.

Bunga Rafflesia adalah jenis bunga yang bersifat karnivor. Segala serangga dan haiwan kecil yang masuk ke dalam kelopak bunga ini akan menjadi sumber makanannya. Bunga karnivor jarang berlaku di Malaysia. Rafflesia cenderung berkembang di lereng gunung di bahagian Sabah dan Sarawak. 

3.  Bunga Periuk Kera

jenis bunga

Imej via [myrokan]

Bunga periuk kera adalah sejenis bunga yang paling luar biasa di Malaysia. Fizikalnya sangat unik dan ia juga merupakan salah satu jenis bunga bersifat karnivor selepas Rafflesia di Malaysia. Uniknya, struktur tubular di atasnya dapat memerangkap serangga dan vertebrata kecil di dalamnya.  

"

Serangga dan vetebrata kecil yang terperangkap di dalamnya akan dicerna dan menjadi sumber makanan bunga ini. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan hutan Borneo dan beberapa hutan di Semenanjung Malaysia. 

4. Bunga Kertas / Bougainvillea

jenis bunga

Imej via [wikimedia]

Siapa tak kenal bunga kertas atau lebih disebut sebagai Bougainvillea? Ia adalah sejenis pokok hiasan dan bunga rasmi bagi Ipoh, Perak. Jenis bunga ini hidup dalam persekitaran iklim tropika dan sering dijumpai di seluruh dunia. Bougainvillea hidup dalam suasana persekitaran panas dan basah. 

Bougainvillea adalah kegemaran bagi pencinta bunga di Malaysia. Cara penanamannya pula amat mudah malah ia dikatakan sejenis bunga yang berbunga sepanjang tahun yang indah. Bunga ini juga mempunyai pelbagai warna yang menarik.

5.  Pinang Merah / Palma Merah

jenis bunga

Imej via [mv2]

Tergolong dalam kumpulan jenis bunga di Malaysia, pokok pinang merah ini amat terkenal di Malaysia. Tumbuhan ini berasal daripada Malaysia, Sumatera dan Thailand.  Menariknya, tumbuhan ini mempamerkan warna merah terang sehingga menyebabkan ia mendapat nama samaran ‘Lipstick Palm’ atau Palma Merah. 

Pinang Merah in berpotensi untuk mencapai ketinggian 16 meter atau bersamaan 52 kaki.  Selain merupakan tumbuhan yang menakjubkan, Pinang Merah ini juga sering menjadi hiasan di taman atau pejabat-pejabat.

6.  Bunga Firmiana Malayana / Mata Lembu

jenis bunga

Imej via [jogja]

Jenis bunga tropika oren ini berkembang di sepanjang tebing sungai di Semenanjung Malaysia. Ia dikenali sebagai bunga ‘Mata lembu’. Bunga-bunga indah ini menarik pelbagai jenis burung tropika untuk memakan buahnya, pasti ia sangat sedap dan disukai oleh burung-burung.

7.  Pokok Bunga Enau / Pokok Kabong

jenis bunga

Imej via [gulakabungpahang]

Pokok bunga enau adalah antara spesies pokok asli hidup di Malaysia. Mungkin ianya tidak berapa menarik seperti jenis bunga yang lain namun pokok ini sering menjadi pilihan bagi taman-taman. Apabila pokok ini dihiasi dengan lampu, sememangnya akan menghasilkan satu panorama yang amat indah.

8.  Bunga Pagodajenis bungaImej via [brilio]

Bunga Pagoda merupakan antara jenis bunga yang asli paling indah yang terdapat di Malaysia. Bunganya memenuhi dari batang memberikan rupa yang menarik dan warna yang berwarna-warni.

9.  Orkid

jenis bunga

Imej via [wom]

Orkid sebenarnya merupakan salah satu daripada keluarga tumbuhan berbunga terbesar dengan lebih daripada 25,000 spesies di seluruh dunia.

Jenis bunga ini yang terdapat di Malaysia adalah lebih daripada 3,000 spesies. Dari segi penggunaan domestik, orkid Malaysia lazimnya digemari dan digunakan secara meluas untuk tujuan pemberian hadiah ataupun dijadikan hobi.

10.  Alamanda Kuning

jenis bunga

Imej via [flickr]

Walaupun jenis bunga ini pada asalnya berasal dari Amerika Selatan dan Tengah, mereka telah berkembang menjadi semulajadi di seluruh kawasan tropika di dunia, termasuk Malaysia.

Mereka biasanya ditanam sebagai tanaman hiasan rumah dengan bunga yang cerah dan mekar sepanjang tahun. Masyarakat tempatan memanggil Alamanda kuning sebagai ‘Akar Kuning’ atau ‘Akar Cempaka Hutan’.

11.  Bunga Ixora / Jejarum

jenis bunga

Imej via [flickr]

Jejarum atau nama asalnya, Ixora merupakan jenis bunga mekar juga tumbuhan berbunga yang terang. Bunga ini sering tumbuh di taman kediaman atau kawasan yang mempunyai sumber matahari yang kuat. Warna bunga-bunga ini adalah merah terang, merah jambu dan oren.

12.  Begonia

jenis bunga

Imej via [thespruce]

Ditemui di kebanyakan negara tropika, Begonia menghasilkan kombinasi warna bunga merah, kuning, merah jambu, oren dan putih yang sememangnya amat cantik. Bunga-bunga di Malaysia ini juga sering ditanam untuk menghiasi kawasan-kawasan taman kerana penampilannya amat memukau.

13.  Utricularia Aurea

jenis bunga

Imej via [backyardnature]

Tumbuhan kecil dan unik ini dikenali sebagai Golden Floating Bladderwort. Warnanya kuning keemasan tumbuh berhampiran sungai, tasik dan rawa. Tumbuhan ini tidak mempunyai akar dan terapung pada daun besar di dalam sungai atau tasik.

14.  Bunga Kantan

jenis bunga

Imej via [keluarga]

Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok dari herba yang popular di Malaysia dan negara jiran. Bunga merah jambu yang menonjol ini sering digunakan dalam hiasan pengaturan.

Bunga tunasnya yang dikenali dengan nama bunga kecombrang, merupakan ramuan yang amat penting dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu. 

Di Sarawak pula, bunga ini juga tidak kurang asing dalam masakan manok pansoh. Sumatera Utara (terutama bagi suku kaum Karo), tunas bunga ini digunakan untuk masakan ikan rebus yang dikenali Arsik ikan mas.

Bagi penduduk Bali pula, mereka menggunakan bahagian batang putih bunga ini untuk memasak sos cili dipanggil “Sambal Bongkot”, dan tunas bunganya untuk membuat sos cili dipanggil “Sambal Kecicang”.

Itulah dia 14 jenis bunga di Malaysia yang sangat tradisional dan terkenal. Jom baca juga Cara Simpan Bunga Kantan, Keistimewaan Bunga Raya, Bunga Kelulut dan Petua Bunga Ros Lebat.

Rujukan

  1.  Did you know that these 5 flower are native to Malaysia?  https://bloomthis.co/blogs/facts/did-you-know-that-these-5-flowers-are-native-to-malaysia
  2. 15 Beautiful Flower and plants native to Malaysia.  https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/15-beautiful-flowers-and-plants-native-to-malaysia/
  3. 51 nama-nama bunga beserta gambar dan penjelasannya.  https://elnuha.net/nama-nama-bunga/#25_Bunga_Kertas

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.