Bakteria adalah mikroorganisma yang tak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar. Anda memerlukan mikroskop untuk melihat rupa bentuknya. Bakteria dan virus sering bertukar identiti, namun secara amnya bakteria bersaiz lebih besar daripada virus. Bakteria boleh membawa faedah kepada manusia dan ia juga boleh memudaratkan. Jom kami kongsikan jenis bakteria dan penyakit yang disebabkan olehnya.

Bakteria adalah mikroorganisma bersel tunggal dan boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Bakteria ada pada makanan, pakaian, tempat tinggal, binatang perliharaan, tumbuhan, termasuk tubuh badan anda. Bakteria boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya dan ia mempunyai kebolehan untuk berganda secara sendiri.

Sumber: Kencelabor

Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan bakteria? Jangkitan bakteria adalah jangkitan yang berlaku kepada tubuh badan anda disebabkan oleh bakteria. Bakteria yang menjadi punca penyakit dipanggil sebagai bakteria patogenik. Bakteria boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia melalui cara-cara berikut:

1. Jangkitan pada saluran pernafasan

Jangkitan pada saluran pernafasan boleh berlaku disebabkan oleh patogen seperti staphylococci, pneumococci, streptococci, pertussis stick, meningococci, mycobacteria, dan mycoplasmas. Ia berpunca dari menyedut udara yang tercemar disebabkan oleh habuk, debu, perokok, perokok pasif, asap kenderaan, dan pencemaran disebabkan oleh bahan kimia.

Jangkitan pada saluran pernafasan akan menyebabkan berlakunya penyakit pernafasan kronik yang membabitkan paru-paru seperti asma dan alahan pernafasan, penyakit pulmonari kronik , penyakit paru-paru, sindrom apnea dan hipertensi pulmonari. Jangkitan saluran pernafasan akut boleh menyebabkan kematian.

2. Jangkitan bakteria pada usus

Jangkitan bakteria pada usus biasanya berlaku disebabkan oleh tidak membasuh tangan sebelum makan, tidak membasuh makanan dengan bersih, tidak memasak makanan sehingga betul-betul masak, tidak menyimpan makanan dengan betul, dan makan makanan yang sudah expired.

Jangkitan bakteria pada usus akan menyebabkan anda mengalami gejala keracunan seperti sakit perut, cirit birit, muntah-muntah, sakit kepala atau pendarahan ketika membuang air besar. Kebanyakan jangkitan pada usus berlaku  disebabkan oleh bakteria shigella, staphylococci, vibrios kolera, bacillus typhoid, dan salmonellosis.

3. Jangkitan bakteria dalam darah atau Septicaemia

Jangkitan bakteria dalam darah atau juga dikenali sebagai septicaemia adalah satu keadaan yang sangat serius di mana jangkitan bakteria pada salah satu organ di badan, contohnya kaki yang terluka telah memasuki aliran darah. Apabila bakteria tersebut telah memasuki aliran darah, ia akan menyebabkan jangkitan bakteria menjangkiti seluruh tubuh badan.

Jangkitan yang berlaku biasanya bermula pada salah satu organ seperti luka pada bahagian kaki yang mula bernanah dan tidak dirawat dengan segera, luka akibat tertusuk paku berkarat, atau mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman pada peparu, pundi kencing, ginjal, kulit, abdomen dan sebagainya.

Apabila jangkitan ini tidak dirawat dengan segera dan dibiarkan begitu sahaja, bakterai dari organ yang dijangkiti akan memasuki aliran darah lalu menyebabkan seluruh badan anda juga dijangkiti. Jangkitan bakteria dalam darah akan menyebabkan badan menjadi semakin lemah dan tidak mampu lagi melawan serangan bakteria yang dialami.

jenis bakteria dan penyakit

Sumber: Dettol

4. Jangkitan bakteria pada kulit

Jangkitan bakteria pada kulit berlaku bakteria memasuki luka pada kulit anda lalu membiak dan membesar di dalam luka tersebut lalu menyebabkan berlakunya jangkitan. Di antara jangkitan bakteria pada kulit yang biasa berlaku ialah:

  • Bisul iaitu benjolan merah yang menyakitkan pada kulit yang boleh muncul di leher, muka, ketiak atau punggung.
  • Cellulitis iaitu jangkitan bakteria pada lapisan bahagian dalam kulit, lapisan lemak, dan tisu lembut yang berada di bawah kulit.
  • Kurap iaitu sejenis jangkitan bakteria pada kulit yang kerap menjangkiti bahagian badan yang terdedah seperti kaki, tangan dan muka yang mengakibatkan timbulnya radang merah berbentuk bulat.
  • Kutu air iaitu jangkitan bakteria pada kulit yang biasanya menyebabkan anda berasa gatal, melecet dan kulit merekah di antara jari kaki.

5. Jangkitan bakteria pada luka yang terbuka

Jangkitan bakteria pada luka yang terbuka berlaku apabila terdapat lapisan kulit yang terpisah akibat luka atau digaru dengan terlalu kita. Di antara individu yang berisiko mendapat jangkitan bakteria pada luka yang terbuka ialah:

  • Pesakit kencing manis
  • Pesakit yang mengalami masalah bengkak kaki
  • Pesakit lemah jantung
  • Pesakit yang mengalami kerosakan hati
  • Pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang
  • Pesakit yang mempunyai imuniti rendah seperti penghidap HIV, pesakit ekzema, dan kanser
  • Warga emas

Di antara bakteria yang biasa menjangkiti lapisan kulit manusia yang terluka ialah dari jenis staphylococcus dan streptococcus. Kedua-dua jenis bakteria ini sememangnya sedia ada pada kulit anda dan hanya menunggu lapisan kulit anda terbuka atau terkoyak untuk masuk ke dalamnya.

6. Jangkitan bakteria disebabkan oleh sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit

Jangkitan bakteria disebabkan oleh sentuhan langsung dengan haiwan berjangkit berlaku apabila anda menyentuh haiwan atau air kencing dan najis haiwan yang telah dijangkiti oleh bakteria. Di antara jangkitan yang paling kerap berlaku di Malaysia ialah penyakit kencing tikus.

jenis bakteria dan penyakit

Sumber: Ediagnosa

7. Jangkitan bakteria disebabkan oleh pengambilan makanan

Ini adalah jangkitan bakteria yang berlaku akibat anda mengambil makanan yang tidak bersih dan tercemar dengan bakteria akibat dihinggapi lalat. Bakteria dari makanan akan masuk ke badan anda lalu berlakunya jangkitan.

8. Jangkitan yang berlaku melalui hubungan seks

Terdapat juga jangkitan bakteria yang disebabkan oleh berhubungan seks. Jangkitan bakteria dari jenis ini boleh menyebabkan anda mendapat penyakit kelamin seperti:

  • Sifilis
  • Gonorea
  • Chlamydia
  • Cystitis
  • Pyelonephritis
  • Glomerulonephritis
  • Urethritis
  • Klamidia
  • Balanitis bakteria
  • Prostatitis

Itulah info tentang jenis bakteria dan penyakit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang petua hilangkan penyakit kulit, dan jenis penyakit kulit

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.