Alat pemadam api adalah bahagian yang paling penting dari setiap pelan keselamatan kebakaran. Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja secara sah mengesyorkan kepada semua tempat kerja untuk menyimpan alat pemadam api ini. 

Selain itu, Persatuan Perlindungan Kebakaran Negara juga mengesyorkan agar anda menyimpan alat pemadam api di rumah anda juga.

Bagaimanakah Alat Pemadam Api Berfungsi?

Terdapat tiga komponen bagi menjana api menjadi besar iaitu oksigen, haba dan bahan api. Ini biasanya dirujuk sebagai segitiga atau piramid api. Bahan api boleh menjadi jenis bahan mudah terbakar apabila terkena kepada haba yang mencukupi untuk mencapai suhu yang dapat menghasilkan api. 

Tahukah anda, oksigen pula mencipta pembakaran berterusan dan sentiasa memastikan api sentiasa terbakar. Ketiga unsur segitiga atau piramid api ini diperlukan untuk menjana kebakaran. Alat pemadam api berfungsi dengan mengeluarkan sekurang-kurangnya salah satu unsur ini untuk memadamkan api.

Terdapat 5 Kelas Jenis Alat Pemadam Api

jenis alat pemadam api

Imej via [pemadamapi]

Alat pemadam api bukanlah sesuai dengan semua kebakaran. Malah, terdapat lima jenis alat pemadam api yang telah dikelaskan mengikut kategori yang berlainan iaitu A, B, C, D, dan K. Setiap kelas ini menunjukkan jenis alat pemadam api yang boleh digunakan dengan berkesan mengikut kebakaran yang berlaku.

Gunakan panduan ini untuk menentukan jenis alat pemadam api yang perlu anda beli untuk memastikan rumah atau tempat kerja anda selamat.

"

1.  Alat Pemadam Api Kelas A

jenis alat pemadam api

Imej via [sponsorshipevent]

Jenis alat pemadam api kelas A digunakan untuk bahan bakar biasa seperti kertas, kayu, kain dan beberapa jenis plastik. Alat pemadam api ini biasanya menggunakan air atau jenis bahan kimia kering sama ada untuk menyerap haba atau menutup api.

2.  Alat Pemadam Api Kelas B

jenis alat pemadam api

Imej via [pudukstifarea]

Kebakaran yang berasal dari cecair dan gas mudah terbakar boleh dipadamkan oleh jenis alat pemadam api kelas B. Jenis alat pemadam api ini boleh digunakan untuk kebakaran yang disebabkan oleh minyak atau bahan api.

3.  Alat Pemadam Api Kelas C

jenis alat pemadam api

Imej via [sponsorshipevent]

Alat pemadam kebakaran Kelas C adalah berkesan terhadap kebakaran elektrik dari wayar, panel dan semua yang berkaitan dengan elektrik. Jenis alat pemadam api ini biasanya berfungsi dengan melepaskan bahan yang dapat menghentikan pengaliran elektrik.

4.  Alat Pemadam Api Kelas D

jenis alat pemadam api

Imej via [guardall]

Alat pemadam api kelas D digunakan pada logam mudah terbakar. Ini termasuklah magnesium, natrium, aluminium dan titanium. Sepanjang berada di rumah, anda harus kenal pasti akan bahagian mana yang sesuai digunakan bagi alat pemadam api jenis ini.

5.  Alat Pemadam Api Kelas K

jenis alat pemadam api

Imej via [foxvalleyfire]

Lazimnya digunakan di dapur restoran, jenis alat pemadam api kelas K berkesan memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh lemak memasak, gris, dan minyak. Ia menggunakan proses yang dipanggil saponifikasi dengan melepaskan agen alkali untuk membuat buih yang memerangkap wap dan memadamkan api.

Jenis Alat Pemadam Api – Panduan Di Rumah

Sudah kenal akan kelas alat pemadam api?  Mari kita ketahui pula jenis-jenis alat pemadam api dan sedikit panduan untuk anda menggunakannya di rumah.

jenis alat pemadam api

Imej via [knowingsomethingtoday]

#1  Jenis Air dan Buih

Jenis alat pemadam api air dan buih memadamkan api dengan mengambil unsur haba segitiga api atau kebakaran. Fungsi buih ini juga dapat memisahkan elemen oksigen daripada elemen lain. Ia adalah untuk kebakaran Kelas A sahaja dan tidak boleh digunakan pada kebakaran Kelas B atau C.

Ia tidak boleh digunakan untuk kelas B dan C kerana akan menyebabkan cecair mudah terbakar dalam kebakaran Kelas B atau boleh membuat bahaya kejutan pada kebakaran Kelas C.

#2  Jenis Karbon Dioksida

Alat pemadam api Karbon Dioksida memadamkan kebakaran dengan mengambil unsur oksigen segitiga kebakaran dan juga mengeluarkan haba dengan pelepasan yang sangat sejuk.

Jenis alat pemadam api karbon dioksida boleh digunakan untuk kebakaran Kelas B & C. Jenis alat pemadam api ini biasanya tidak berkesan pada kebakaran Kelas A.

jenis alat pemadam api

Imej via [endlessafe]

#3  Jenis Kimia Kering

Pemadam api jenis kimia kering memadamkan kebakaran dengan mengganggu tindak balas kimia segitiga kebakaran. Pemadam api jenis yang paling banyak digunakan pada hari ini adalah jenis alat pemadam api kimia kering serba guna yang berkesan untuk kebakaran Kelas A, B, dan C.

Ejen ini juga berfungsi dengan mewujudkan penghalang antara unsur oksigen dan elemen bahan bakar pada kebakaran Kelas A.  Alat pemadam api kimia kering biasa adalah untuk kebakaran Kelas B & C sahaja.

#4  Jenis Kimia Basah

Jenis alat pemadam api kimia basahl adalah agen baru yang memadamkan kebakaran dengan mengeluarkan haba segitiga kebakaran dan menghalang pembakaran semula. Ia bertindak dengan mewujudkan penghalang antara elemen oksigen dan bahan bakar.

Jenis alat pemadam api ini biasanya sesuai bagi kebakaran Kelas K dalam operasi memasak komersial. Ada juga yang boleh digunakan dalam kebakaran Kelas A di dapur komersial, terutamanya di dapur rumah.

#5  Jenis Ejen Pembersih

Alat pemadam api ini memadamkan kebakaran dengan mengganggu reaksi kimia atau mengeluarkan haba dari segitiga kebakaran. Jenis alat pemadam api ejen pembersih adalah berkesan pada kebakaran Kelas A, B dan C.

jenis alat pemadam api

Imej via [firecek]

#6  Jenis Serbuk kering

Pemadam api Serbuk Kering adalah sama seperti jenis kimia kering namun perbezaannya adalah jenis serbuk kering memadamkan kebakaran dengan memisahkan bahan api dari unsur oksigen.

Jenis alat pemadam api ini adalah untuk Kelas D yang berkaitan dengan kebakaran logam yang mudah terbakar. Jenis ini tidak berkesan kepada semua kebakaran yang lain.

#7  Jenis Kabus Air

Alat pemadam api jenis kabus air digunakan untuk memadamkan kebakaran dengan mengambil unsur panas segitiga kebakaran. Ia merupakan alternatif kepada alat pemadam api jenis ejen pembersih. Alat ini digunakan bagi kebakaran Kelas A dan iajuga selamat digunakan untuk kebakaran Kelas C.

Itulah dia jenis alat pemadam api serta panduan pemadam api di rumah. Jom baca juga fungsi penapis udara semulajadi, Golongan haram disentuh api neraka dan Mengandung tetapi Period.

Rujukan

  1.  Types of Fire Extinguishers.  https://www.femalifesafety.org/types-of-extinguishers.html
  2.  Different Types of Fire Extinguishers and Their Uses.  https://www.safety.com/types-of-fires-and-extinguishers/
  3. Types of fire extinguisher classes & safety tips.  https://www.nationwide.com/lc/resources/home/articles/fire-extinguisher-safety

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.