Apabila tiba hari istimewa buat isteri anda, pastinya anda tercari-cari apakah hadiah best yang boleh diberikan kepada isteri sebagai tanda penghargaan. Tak kisah sama ada hari lahir, ulang tahun perkahwinan, atau pun hari ibu.

Salah satu daripada hadiah istimewa yang boleh anda berikan ialah handbag. Jom kami kongsikan jenama handbag yang diminati oleh isteri sebagai panduan anda sebagai suami.

Louis Vuitton

Mungkin anda akan menelan air liur bila jenama ini kami pilih sebagai pilihan pertama. Siapa tak kenal dengan jenama mewah ini? Harganya boleh tahan. Namun percayalah kalau anda hadiahkan handbag jenama ini kepada isteri anda, pasti isteri anda akan meompat kegirangan dan tersenyum lebar sehari semalam. Silap haribulan, minggu depan pun belum habis senyum lagi. Begitulah betapa hebatnya penangan jenama Louis Vuitton.

Di antara pilihan handbag yang ditawarkan oleh Louis Vuitton ialah:

  • Monogram Bags. Yang ini merupakan kegemaran para wanita di seluruh dunia. Manakan tidak, dari jauh lagi orang dah tahu yang isteri anda memakai handbag jenama Louis Vuitton. Nampak gah.
  • Iconics Bags.
  • Fashion Shows.
  • Top Handles.
  • Shoulder Bags And Totes.
  • Cross Body Bags.
  • Clutches and Evening.
  • Exotic Leather Bags.

Pastinya anda teringin nak tahu berapakah anggaran harga untuk sebuah handbag jenama Louis Vuitton. Harganya adalah ribuan ringgit, malah ada yang mencecah sehingga RM10,000.00. Kalau anda mampu, apa salahnya belikan satu untuk isteri anda. Kalau anda tak mampu tak mengapa, ada banyak lagi handbag jenama lain yang disukai oleh isteri yang anda boleh pilih.

Anda nak tahu berapa harga handbag jenama Michael Kors? Berita baik untuk anda, ada handbag yang berharga RM1000.00 sahaja. Insya Allah anda mampu untuk membelinya. Nak lagi murah? Apa kata anda luangkan masa untuk membeli-belah di mana-mana outlet seperti Johor Premium Outlet atau Genting Premium Outlet. Harga di outlet adalah jauh lebih rendah berbanding harga di butik.

jenama handbag
Sumber: Yoogiscloset

Coach

Anda biasa dengan jenama ini? Kalau belum pernah, ketahuilah bahawa isteri anda pasti suka kalau anda hadiahkan handbag jenama ini. Jika anda pergi ke outlet seperti Johor Premium Outlet atau Genting Premium outlet, barisan yang beratur untuk masuk ke butik Coach adalah sangat panjang terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum.

Coach menjadi pilihan wanita di Malaysia kerana design handbagnya yang membuatkan dipemakai kelihatan muda dan feminin. Di antara handbag yang ditawarkan ialah:

  • Satchels
  • Crossbody Bags
  • Shoulder Bags
  • Carryalls
  • Totes
  • Small Bags
  • Bagpacks

Bagaimana dengan harganya? Anda boleh dapat handbag jenama Coach dengan harga permulaan RM1,250.00 dan ke atas. Namun berita gembiranya ialah di outlet selalu diberikan diskaun, terutamanya pada hujung minggu. Oleh itu, anda boleh ke mana-mana outlet yang berdekatan dan lihat kalau ada handbag Coach yang anda berkenan untuk diberikan kepada isteri.

jenama handbag
Sumber: Carousell

Michael Kors

Michael Kors adalah satu lagi jenaka handbag yang menjadi kegilaan para isteri di Malaysia, malah di seluruh dunia. Berita baik untuk anda, harganya tidak semahal Louis Vuitton atau Coach. Di antara pilihan handbag yang ditawarkan oleh Micharl Kors ialah:

  • Crossbodies
  • Totes
  • Shoulder Bags
  • Satchels
  • Mini Bags
  • Cluthches and wristlets

Untuk handbag jenama Michael Kors, pastinya monogram juga menjadi pilihan para isteri. Untuk pengetahuan anda, monogram adalah jenis handbag yang menjadi kegilaan para wanita bagi tahun 2018 dan 2019. Mungkin juga ia akan berterusan sehingga ke tahun 2020 dan seterusnya.

jenama handbag
Sumber: Carousell

Bonia

Bonia adalah handbag jenama tempatan namun mempunyai nama yang cukup gah kerana handbagnya mempunyai kualiti setanding dengan handbag jenama luar negara. Jenama Bonia telah bertapak sejak tahun 1974. Jika di media sosial terutamanya facebook, terdapat banyak group untuk para pencinta Bonia berkumpul. Di situ adalah lubuk untuk mereka menyertai kutu, dan membeli handbag Bonia preloved.

Di antara jenis handbag yang ditawarkan oleh Bonia ialah:

  • Satchels
  • Crossbody’s Bags
  • Shoulder Bags
  • Sling Bags
  • Totes
  • Bucket Bags
  • Hobos
  • Backpacks
  • Clutches

Harga bagi handbag Bonia adalah sangat berpatutan. Ada handbag yang berharga serendah RM600.00 sahaja. Oleh itu, pada kami handbag Bonia adalah pilihan yang terbaik untuk anda jadikan sebagai hadiah buat isteri tercinta.

jenama handbag
Sumber: Lazada

Carlo Rino

Jenam handbag terakhir yang ingin kami kongsikan ialah jenama Carlo Rino. Ini adalah satu lagi jenama buatan Malaysia namun ianya sangat diminati oleh isteri-isteri di Malaysia. Di antara handbag yang ditawarkan oleh Carlo Rino ialah:

  • Backpack
  • Crossbody / Sling Bag
  • Top-Handle Bag
  • Tote Bag / Shopper

Harga untuk handbag Carlo Rino adalah sangat berpatutan. Dengan harga RM200.00 ke atas anda sudah dapat membeli hadiah istimewa untuk isteri anda. Walau pun harganya tidak semahal jenama lain di atas, namun percayalah pemberian anda pastinya akan membuatkan isteri berasa sangat dihargai.

Sedikit tips untuk anda. Kalau anda memilih untuk membelikan handbag Carlo Rino sebagai hadiah buat isteri, kami cadangkan anda membeli secara online diwebsite Carlo Rino. Lagi untung kalau anda beli di sana kerana kebiasaannya ada jualan murah dengan diskaun hebat di sana. Rugi kalau anda tak grab.

jenama handbag
Sumber: Berjayatimesquarekl

Itulah dia jenama handbag yang disukai isteri yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Kalau anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang serum terbaik dan nafkah isteri

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.