Senda gurau di antara suami isteri amat digalakkan malah ia juga menjadi salah satu ciri-ciri pasangan bahagia. Namun ada satu senda yang sangat dibenci oleh suami tetapi sangat disukai oleh isteri.

suami marahbaptistnews.com

Jenaka tersebut adalah memegang suami yang ada baru sahaja selesai mengambil wudhu dengan tujuan membatalkan air sembahyangnya. Dengan niat suami akan ambil wudhu sekali lagi.

Padangan isteri:

#1 Seronok tengok suami berlari-lari menjauhkan diri daripada disentuh.

#2 Rasa terhibur kerana pada masa itulah kelihatan suami itu “tewas”.

Marahnya suami”

#1 Niat dia suci kudus untuk bertemu Allah. Menyelesaikan wudhu dengan sempurna agar solatnya diterima Allah. Mindanya separuh berada di dalam sof solat.

Oleh itu bila isteri datang dengan sengaja mahu membatalkan wudhunya, seolah-olah mengganggu solatnya. Marah dia!!!!!

#2 Mengambil wudhu sekali lagi adalah dikira membazir air dan waktunya. Apa lagi dengan secara sengaja. Marah dia !!!

Oleh itu wahai isteri…. carilah benda lain jika ingin berjenaka. Silap haribulan kena “penampar sulong”

Selamat jangan mencuba….

Penulis: Pak Utih

Pak Utih

Pak Utih merupakan pakar mengenai perbezaan lelaki dan wanita. Beliau banyak berkongsikan tips-tips mengenai perhubungan di blog beliau. Selain itu beliau juga sibuk dalam mengendali kursus tentang tips membina keluarga bahagia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.