Teringat semasa dalam kereta semasa dalam perjalanan ke satu tempat. Seorang cakap pada saya ustaz doakan saya,saya nak kahwin seorang lagi balik ni dengan nada bergurau.

keluarga bahagiakeluargabaru.com

Seorang haji di belakang menambah, saya terlalu sayang isteri saya. Dia banyak korban untuk saya. Dia tolong saya berniaga. Dia uruskan keluarga. Saya cukuplah seorang isteri jer atas dunia ni.

Semasa berada di jalan Allah saya lihat beberapa orang menangis semasa membasuh baju dan memasak. Saya terperasan dia lap air mata. Saya tanya kenapa haji, saya rindu isteri saya. Saya balik kerja tidur. Dia pun kerja tapi dia sanggup urus anak-anak sampai masuk universiti.

Hari-hari uruskan saya. Dia seronok buat semua tu. Saya masa 40hari ni lepas 5 hari sekali kena masak dan hidang semua terasa letihnya. Macam mana wanita boleh buat semua tu. Ya Allah….

Seorang sahabat saya pula kata, saya pula tak nak apa-apa dah dunia ni melainkan hanya nak isteri saya dan anak saya buat dakwah dan sentiasa fikir risau agama ni sahaja.

Seorang yang lain pula saya cintakan isteri saya. Dia pun cintakan saya. Kami dah puluh tahun berkahwin. Saya syukur dia dah didik anak-anak saya semuanya juga dalam belajar buat dakwah ini. Saya tak nak dah melainkan Allah takdirkan. Dia senyum jer.

Saya pun menyambung, jika isteri kita yang galakkan atau dia yang suruh baiklah. Tapi jika dengan kita kahwin kita hilang hati dan cinta kepadanya janganlah. Kerana dia akan besarkan anak-anak. Setiap kesedihan dan kata-kata mereka akan beri kesan pada anak-anak. Takut anak bencikan ayahnya dan tak mahu orang macam ayahnya.

Saya sendiri terlalu sayangkan isteri saya. Dia menerima saya ketika saya miskin, tiada apa-apa, saya susah. Dia pula hidup dengan pelbagai gaya hidup. Hari ini dia tinggalkan semuanya dan sepenuh hati untuk saya dan kerja dakwah ini.

Saya tidak mahu air mata dan fikirnya selain dari fikir hidupkan keluarga dengan sunnah dan Redha Allah. Gembirakan suami. Adakah setelah saya miliki semua saya nak buat dia sedih?

Ingat dulu Qadhi tanya saya sampai bila nak nikah ni? Jawab saya sampai syurga. Sampai Allah Redha atas kami. Saya tak nak susahkan dan tak nak apa-apa. Saya hanya nak isteri, anak, ibubapa dan adik beradik saya masuk syurga.

Seorang bertanya saya bagaimana jika isteri saya tidak menepati apa yang saya nak. Saya tak bahagia. Saya nak yang lebih cantik, putih, macam cina, tinggi, kurus, lemah lembut…

Jawab saya, bahagia ni di hati dari Allah. Jika sekarang tak bahagia tambah seorang lagi pun tak bahagia juga.seorang sahabat Nabi saw. Saat dunia telah datang padanya. Dia ditawarkan isteri lain.

Seorang kata isteri kamu bekas hamba habsyi dan selekeh. Cari yang lain sesuai untuk kamu. Jawabnya, saya lebih mencintai isteri yang buat saya belajar bersyukur. Yang membuat saya rendah diri. Yang buat saya kuat tahajud malam. Yang buat saya tidak sombong pada manusia. Saya bersyukur dengan hidup saya selama ini.

Bahagia ini di hati. Bila ditanya oleh Nabi saw siapa nak kahwin dengan wanita syurga ini yakni ummu aiman ra. Hamba dari ayahnya Abdullah. Dari kecil bersama Nabi saw. Zaid Harithah ra yang hebat,muda, kesayangan Nabi saw telah menerima ummu aiman ra. sebagai isteri. Lahirnya Usamah Bin Zaid ra.

Bahagia bukan bila dapat sesuatu yang kita nak atau dari pasangan. Bahagia dari hati. Syukur ialah rahsia bahagia. Tidak salah nak kahwin berapa pun jika memelihara cinta dan kasih sayang bersama isteri yang banyak berkorban untuk kita.

Kasih sayang bersama anak-anak kita. Jangan lihat siapa atau apa yang kita miliki tapi lihatlah siapa yang beri semua ini. Allah yang beri semuanya

Ya Allah terima kasih memberiku isteri yang banyak berkorban untukku. Ya Allah sayangilah isteriku penyejuk hatiku ini.

Penulis: Ebit Lew

Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew merupakan penceramah bebas dalam mengenai hubungan rumah tangga. Beliau seorang yang rajin berkongsi tips keharmonian rumah tangga di Facebooknya dan ceramahnya boleh didengari di TransformJiwa

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .