Bukan auto tapi fakta, untuk kurus kita semua perlu diet seimbang dan bukannya diet memaksa diri. Ramai yang salah faham tentang diet. Silap-silap semua makanan tak disentuh, macam mana nak dapat khasiatnya pula?

Sebenarnya, kita harus mengamalkan diet seimbang dimana pemakanan adalah faktor utama yang harus kita titik beratkan selain bersenam. Kenapa? Kita makan setiap hari, makanan adalah untuk tenaga, pertumbuhan dan kekuatan, jadi pastinya pemakanan adalah perkara pertama yang perlu kita ubah.

Penting untuk kita mengamalkan jadual diet yang berkesan. Terdapat jadual diet yang sememangnya sesuai untuk anda kurus dan sihat dalam masa sebulan. Sekurang-kurangnya ada penurunan berat badan, kesegaran yang lebih terasa dan kebaikan dalam kesihatan anda walaupun tidak bersukan.

jadual diet
Imej via [huhahuhajerr]

Tips Pemakanan Dari Jadual Diet Yang Tepat

  • Elakkan makan makanan yang berminyak dan manis.
  • Kurangkan gula dalam masakan dan minuman.
  • Jika perlu masakan berminyak, tukar minyak masak kepada minyak olive.
  • Pastikan buah dan sayur diambil setiap hari.
  • Tukar jajan atau makanan ringan kepada buah dan sayur atau makanan sunnah.
  • Pastikan makan malam dimakan sebelum pukul 8 malam untuk kesan yang lebih berkesan.
  • Kurangkan minum minuman ais atau sejuk.
  • Elakkan makan ais krim, keropok, kek, gula-gula dan sebagainya. Makan makanan berasaskan sumber tenusu, protein, sayur dan buah.
  • Amalkan minum air lemon suam (Boleh ditambah serai) dan juga green tea (tanpa ais).
  • Amalkan sayur-sayuran hijau berbanding warna lain.
  • Tinggalkan makanan yang membuatkan badan berangin.
  • Jangan tinggal sarapan pagi tetapi boleh tinggalkan makan malam.
  • Amalkan makan lauk pauk seperti orang berpantang.

Jom kami kongsikan jadual diet yang berkesan untuk anda kurus dalam masa sebulan. Jadual diet ini diamalkan oleh penulis sendiri tanpa bersukan, sememangnya ia berkesan menurunkan berat badan 10 kg selama sebulan!

jadual diet
Imej via [hafizmohd]

Jadual Diet – Isnin

Pagi

  • Air Masak (1 atau 2 gelas) wajib diminum sebelum sarapan
  • Oat dan Pisang (Gabungkan oat bersama pisang) secukupnya. Ambil dalam kuantiti untuk mengalas perut. Jangan makan sehingga terlalu kenyang dan berat perut.

Tengahari

  • Nasi kukus ayam panggang (Pasti kurangkan minyak dalam masakan)
  • Grean tea (Suam)

Petang

  • Oren (Apa sahaja buah-buahan)

Malam

  • Salad sayur-sayuran bersama isi ayam (dipanggang / rebus)
jadual diet
Imej via [thevocket]

Jadual Diet – Selasa

Pagi

  • 1 Roti Wholemeal dan Telur Goreng Mata
  • Limau suam

Tengahari

  • Nasi putih
  • Sup ayam (kurangkan minyak atau tanpa minyak)
  • Sayur brokoli + karot lada hitam
  • Jus karot o

Petang

  • Buah-buahan seperti jambu batu atau jambu air

Malam

  • Salad buah-buahan (tembikai susu, tembikai merah, anggur, betik) atau buah-buahan lain.
  • Green tea suam
jadual diet
Imej via [health]

Jadual Diet – Rabu

Pagi

  • Telur Omelet dan salad
  • Air putih (2 gelas)

Tengahari

  • Ikan tenggiri bakar
  • Nasi putih
  • Sup sayur
  • Limau suam

Petang

  • Sandwich wholemeal tuna

Malam

  • 2 Biji buah delima (Makan begitu sahaja)
  • Barli suam
jadual diet
Imej via [iekhastuff]

Jadual Diet – Khamis

Pagi

  • Susu Kurma
  • 2-3 keping Roti wholemeal kosong

Tengahari

  • Nasi putih
  • Ulam-ulaman
  • Ikan Stim / Ikan Bakar
  • Air suam

Petang

  • Buah epal, buah lai atau buah oren

Malam

  • Salad ayam dan sayur
  • Green Tea tanpa ais
jadual diet
Imej via [diarikurus]

Jadual Diet – Jumaat

Pagi

  • Air lemon suam
  • Sandwich Ayam Grill

Tengahari

  • Nasi putih
  • Sup ikan merah / Sup tauhu
  • Kerabu mangga / kerabu kaki ayam
  • Jus Epal

Petang

  • Buah anggur / beri / strawberi

Malam

  • Ayam panggang dan salad
  • Air lemon suami buatan sendiri
jadual diet
Imej via [babab]

Antara Lauk-Pauk Yang Boleh Anda Amalkan Dalam Diet Ini Adalah:

  • Ikan stim / kukus halia
  • Sup ikan
  • Sup sayur
  • Kerabu pegaga
  • Brokoli, karot rebus
  • Sayur bayam
  • Sayur sawi lada hitam
  • Ikan bakar
  • Ikan tenggiri masak asam
  • Ikan masak pindang
  • Ikan pelaling asam rebus
  • Bawang goreng dan serunding halia
  • Daging blakpaper halia
  • Sup ayam
  • Selar bakar

Kenapa Perlu Kurangkan Minyak Dan Gula?

jadual diet
Imej via [palembang]

Dengan mengurangkan minyak dan gula, ianya bererti anda ‘Eat Clean’ dan makan makanan yang rendah kalori. Untuk setiap makanan, anda harus mengambil makanan yang rendah kalori. Sebagai contoh, bihun goreng dan mee goreng, manakah yang lebih rendah kalorinya? Itulah yang perlu anda semak.

Selalunya makanan bergoreng seperti mee goreng, bihun goreng, nasi goreng, keropok lekor dan lain-lain lagi goreng-gorengan merupakan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi. Tahukah anda, 1 biji karipap bersamaan dengan 3 senduk nasi? Ia bukan bermaksud anda perlu fokus kepada kuantiti makanan tetapi kalori yang ada dalam setiap makanan.

Kurangkan Sukatan Nasi, Lebihkan Lauk Dan Sayur

jadual diet
Imej via [blog.pantangplus]

Nasi adalah karbohidrat yang berfungsi membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Jika diambil secara berlebihan, ia akan berubah menjadi lemak. Oleh itu, ambillah nasi dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebihkan sayur-sayuran dan lauk.

Lauk dan sayur-sayuran perlulah penuh dalam jadual diet anda. Nak makan begitu sahaja pun tiada masalah! Anda harus tahu seimbangkan karbohidrat, protein dan fibre untuk mendapatkan lebih banyak zat vitamin, mineral dan kalsium dalam tubuh badan. Barulah anda bakal dapat tubuh badan ideal yang anda impikan.

Bina Jadual Diet Anda Tanpa Tertekan

jadual diet
Imej via [heart]

Setelah anda mengenalpasti apa yang elok dimakan dan diminum, tetapkan menu makanan anda di dalam jadual diet. Anda boleh memilih apa sahaja lauk pauk yang kalorinya rendah.

Bagi snek petang dan makan malam pula, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Susu dan makanan sunnah seperti kurma dan madu juga baik untuk kesihatan.

Semoga jadual diet ini dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan berkesan. Jom baca juga khasiat limau purut untuk kurus, khasiat jambu batu dan khasiat daun parsley. Semoga bermanfaat!

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.