Bunyi sedikit janggal. Tetapi inilah hakikatnya. Hampir kebanyakkan perempuan suka bau badan lelaki. Lebih-lebih lagi dari bau badan suami. Semoga artikel ini menjawab beberapa soalan menarik tentang hal ini.

 

Kemampuan Deria Rasa Wanita

bau suami

Imej:datingfortodaysman

 

Wanita boleh hidu pelbagai jenis bau dan boleh mengenalpasti sumber bau dengan tepat. Ini disahkan oleh kajian sain yang mengatakan wanita memiliki 50% lebih sel olfactory ( yang berfungsi mengenal bauan) di otaknya berbanding dengan lelaki.

"

Itu sebabnya produk minyak wangi untuk perempuan lebih banyak daripada lelaki. Mereka lebih menikmati keharuman daripada lelaki. Lelaki pula tidak peka terhadap bau badannya dan malah ada lelaki yang memakai baju kerja yang sama hingga empat hari tapi masih “Ok” untuk dirinya.

Mengapa minyak wangi sangat penting bagi wanita?. Kerana ia boleh menutup bau badan atau peluh yang amat tidak selesa. Ketiak manusia yang menyeluarkan peluh yang mengandungi ‘sulfur’ menyebabkan bau hangit terutama sekali yang telah lama.

Disebabkan hidung lelaki kurang sensitif, hanya dengan secalit minyak wangi boleh menghilang bau peluh seorang wanita. Sebaliknya bagi wanita, walau sebotol lelaki bermandikan minyak wangi, dia masih boleh hidu bau busuk ketiak yang tidak dibasuh.

 

Tips Memikat Dengan Bau Badan

Oleh itu jika suami inginkan isterinya bertambah sayang, suka dikepit dan dipeluk dengan tahap gaban ialah dengan mengikuti tip di bawah ini:

1. Paling kurang sebelum tidur waktu malam, terutama sekali yang selepas bersukan atau pulang kerja lewat, mandilah dahulu sebelum naik katil. Bau sabun yang ada pada badan suami amat menghairahkan isteri.

2. Ada pandangan yang mengatakan bau peluh menyebabkan isteri terangsang. Kajian menunjukkan, peluh yang “segar” yang masih menitik meleleh itu yang isteri suka. Bukan yang telah kering (oxidised) bercampur bakteria yang menyebabkan baunya tidak menyelerakan.

3. Pakailah “deodorant” untuk ketiak setiap kali selepas mandi. Pastikan jenama itu isteri suka.

4. Jika tidak pernah membeli minyak wangi, sila dapatkan pengesahan jenis minyak wangi daripada isteri kerana sebenarnya dialah yang akan menikmati bau badan suaminya. Sebab ada jenis bau yang isteri tidak suka.

5. Isteri pula ada moodnya. Semasa dia haid, subur dan tengah miang, deria hidunya berubah. Oleh itu sila dapatkan pengesahan daripada isteri mengenai perubahan ini agar anda berdua boleh dapat maksimum kepuasan keharuman bersama.

6. Isteri pula wajib tanya suami haruman yang mana dia paling suka. Kemudian calitkan sedikit di leher di bawah telinga sebagai umpanan sang harimau.

7. Isteri mudah kenalpasti baju suaminya terutama sekali yang belum basuh. Kerana dia selalu mencium baju-baju suami yang berlonggok di atas lantai untuk pengesahan baju itu perlu dibasuh sebelum dibawa ke mesin basuh.

8. Dan baju-baju yang tidak basuh itu jugalah sebagai penganti suami waktu malam apabila suami ke oustation berminggu-minggu. Hargailah dia.

Selamat mencuba. Artikel lanjutnya ada di Majalah Anis keluaran akan datang.

Penulis: Pak Utih

Pak Utih

Pak Utih merupakan pakar mengenai perbezaan lelaki dan wanita. Beliau banyak berkongsikan tips-tips mengenai perhubungan di blog beliau. Selain itu beliau juga sibuk dalam mengendali kursus tentang tips membina keluarga bahagia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.