Fitrah manusia suka akan kecantikan, fitrah lelaki pula suka memandang sesuatu yang seksi. Disebabkan itu jugalah, perkahwinan dijadikan untuk manusia berpasangan secara halal dan menyempurnakan kehendak masing-masing.

Seperti yang telah tercatat di dalam Al-Quran, isteri adalah tempat suami memberi kasih sayang, memberi nafkah zahir dan batin serta melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

“Isteri-isteri kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki.” (Al Baqarah: 223)

Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Malang sekali, terdapat banyak kes rumah tangga yang sering terpapar di dada akhbar berkaitan masalah suami isteri seperti pasangan yang tidak sehaluan, suami curang kerana isteri tidak menarik dan lain-lain lagi. Jika difikirkan dari sudut yang logik, segala masalah tersebut dapat diatasi apatah lagi masalah yang berkaitan dengan penampilan isteri.

Isteri Seksi Dambaan Suami, Selain Dari Perkara Lain

Bagi menarik perhatian para suami, sudah semestinya kita harus memahaminya, pandai masak, pandai ambil hati dengan berbual dan lain-lain lagi, tetapi janganlah pula kita terlepas pandang akan satu hal penting ini. Suami sebenarnya mendambakan isteri yang sangat seksi.

Dalam Islam pun, aurat isteri hanya boleh dilihat oleh suami dan suami haram melihat aurat wanita lain. Jadi, hanya isteri sahaja yang suami dambakan, kenalah seksi di hadapan suami you all semua! Tak lupa juga, seksi bukan sahaja dari segi berpakaian, tetapi terdapat banyak cara untuk isteri seksi bersama suami.

Jom lihat tips jadi isteri seksi untuk suami.

#1 Seksi Dari Pakaian

Jangan malu untuk berpakaian seksi di hadapan suami jika berada berdua di rumah bersama suami. Perbanyakkan pakaian seksi anda yang menarik, pasti suami tak kelip mata memandang anda setiap masa.

Beli sahaja baju seksi secara online di Lazada, lebih mudah dan cepat, tak perlu susah-susah cari kedai baju seksi. Suami pasti suka melihat isteri seksi di hadapannya ini!

isteri seksi
Imej via [ustdukkan]

#2 Seksi Dari Penampilan Rambut

Hampir setahun diselubungi gaya rambut yang sama, tak bosan ke? Kita memang tak bosan, tapi suami? Pun no komen juga kan. Ketahuilah bahawa tips jadi isteri seksi untuk suami juga adalah dengan mengubah gaya rambut anda kepada rambut yang lebih seksi.

Jika suami sukakan rambut panjang mengurai, silakan cantikkan rambut anda lagi. Biar nampak ikal mayang, tidak kusut dan lebih jelita. Jika suami suka kelainan, tukar fesyen kepada rambut pendek yang lebih seksi.

#3 Seksi Dengan Percakapan Yang Manja Dan Menggoda

Tak perlu dibuat-buat, percakapan isteri yang manja sudah cukup buat suami tergoda. Tetapi jika tak biasa cakap manja dan menggoda, tolong buat untuk suami. Itu antara tips jadi isteri seksi untuk suami yang mudah dilakukan.

#4 Seksi Dengan Tubuh Badan Yang Mantap

Kalau pakaian sahaja seksi, tapi tubuh tak cukup menggiurkan amat menyedihkan. Bonus untuk isteri jika memiliki tubuh badan yang mantap tambah-tambah di bahagian payudara, pinggul dan pinggang. Apa lagi, usahalah untuk dapatkan tubuh badan yang anda idamkan. Cuba lakukan senaman squad setiap hari.

#5 Seksi Dengan Sentuhan Yang Tepat

Tips jadi isteri seksi untuk suami adalah seksi dengan sentuhan yang tepat dan membuatkan suami tergoda dengan sentuhan anda. Gaya sentuhan dan belaian anda adalah sesuatu yang seksi bagi suami. Paling seksi lagi jika anda dapat menyentuh titik g-spot mereka!

isteri seksi
Imej via [asianparent]

#6 Seksi Dengan Posisi Tubuh Badan

Cukuplah anda menggerak tubuh badan kepada posisi yang tertentu, suami sudah tergoda dan melihat anda sangat seksi. Menggerakkan tubuh badan kepada posisi yang seksi juga adalah tips jadi isteri seksi untuk suami yang boleh anda lakukan. Amat sukar jika tak biasa, tapi cubalah, ia mudah sahaja. Mainkan sahaja bahasa tubuh anda!

#7 Seksi Dengan Lirikan Mata

“Matanya lirik lirik selalu, wajahnya manis manis ayu”, bak kata Rahimah Rahim, begitulah seksinya lirikan mata yang perlu anda hasilkan. Lirikan mata sahaja dapat menjadikan anda isteri seksi yang dicintai suami. Siapa sangka kan? Tak pernah cuba tips isteri seksi untuk suami ini lagi? Cubalah, pasti dia terlihat anda seksi.

#8 Seksi Dengan Cumbuan Dan Keintiman

Tips jadi isteri seksi untuk suami seterusnya adalah dengan bercumbu dan berikan suami sedikit kehangatan dalam berhubungan intim. Jangan duduk sahaja tetapi jadilah aggresive untuk suami anda. Dengan sikap aggresive tersebut, suami akan melihat anda begitu seksi. Hadiahkan suami anda sentuhan pagi dan santapan malam gitu!

isteri seksi
Imej via [desprerealitate]

#9 Kenali Kelemahan Suami Dan Kawal Mereka

Kenali kelemahan suami anda adalah tips jadi isteri seksi yang ramai tak tahu. Kenapa perlu kenali kelemahan suami? Jika anda mengetahui kelemahan suami anda, sudah pasti anda akan mengambil kesempatan untuk mengawalkan dalam situasi itu bukan! Di sinilah anda boleh menjadi isteri seksi dan mengawal mereka, dalam langkah, perbuatan dan penglihatan mereka.

#10 Jangan Tinggal Losyen Dan Wangian

Untuk menjadi isteri seksi kepada suami, wangian harum dan kulit yang lembut adalah hadiah terbaik apabila anda berada di samping suami. Wangian dan losyen perlu menjadi sahabat karib anda setiap malam untuk menawan hati suami. Seksi tanpa wangian adalah tidak lengkap!

isteri seksi
Imej via [tengkubutang]

Apa lagi, amalkan tips jadi isteri seksi untuk suami ini bermula daripada hari ini. Pasti akan ada perubahan dalam rumah tangga anda. Semoga tips ini bermanfaat. Jom baca juga Kriteria calon isteri idaman, Cara naikkan seri wajah isteri dan Doa pengasih untuk suami.

Rujukan:

  1. my.theasianparent
  2. sentiasapanas
  3. cosmopolitan

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.