Kaedah fonik memang terkenal pada masa kini jika ingin mengajar kanak-kanak membaca diawal usia. Kenapa kaedah fonik amat sesuai untuk mengajar si cilik?

Menurut kajian yg dijalankan di Universiti Yale, otak membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf (gabungan bunyi) yang dilihat bagi membaca perkataan tersebut.

Kaedah fonik itu pula membawa maksud mengajar kanak-kanak membaca dengan menggabungkan bunyi-bunyi yang ada di dalam perkataan. Jadi, jelas kaedah fonik ini sesuai untuk mengajar  anak kecil membaca dan selaras dengan fungsi otak manusia itu sendiri.

Tambahan lagi, tidak mustahil bagi sesetengah kanak-kanak boleh membaca diawal usia kerana setiap manusia mempunyai kecerdasan, potensi dan kecenderungan sendiri terhadap sesuatu perkara berdasarkan teori yang dibahaskan oleh Howard Gardner tentang Multiple Intelligences (MI).

Mereka mungkin dikategorikan sebagai kanak-kanak yang ‘word smart’, kecerdasan linguistik dimana  gaya pembelajaran lebih berkesan dalam bentuk penulisan, pembacaan dan percakapan.

Imej via infograph.venngage.com

Namun, pentingnya sebagai ibu bapa, guru, pengasuh untuk mengetahui kaedah yang betul dalam memberi pendedahan literasi awal kepada si kecil agar selaras dengan perkembangan otak mereka.

Tiada PAKSAAN dalam mendidik anak membaca. Pastikan mereka telah BERSEDIA untuk memulakannya kerana tahap kesediaan kanak-kanak itu berbeza. Sesi pembelajaran juga perlu dalam suasana yang SERONOK buat mereka.

Untuk mengetahui kaedah yang betul dalam mengajar kanak-kanak membaca, kita perlulah ‘berguru’ dengan mereka yang pakar dalam bidang ini dan terlatih melalui kursus-kursus yang dianjurkan.

Mari saya kongsikan latar belakang mereka bagi memudahkan ibu bapa dan guru mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dalam mengajar anak membaca terutamanya dengan menggunakan kaedah fonik.

1. Puan Nik Eliani Nik Nawi

Merupakan penulis dan pengasas Bacalah Anakku & Readeasy Phonics hasil daripada kajian serta pengalaman berkenaan perkembangan intelek kanak-kanak.

Pengalaman lebih 20 tahun membesarkan anak-anak sendiri ditambah dengan pengalaman sebagai guru Bahasa Inggeris selama 7 tahun serta pengalaman lebih 15 tahun mengendalikan tadika sendiri telah menjadi faktor utama dalam diri beliau merangka satu kaedah yang efektif dalam mengajar anak kecil membaca.

Beliau aktif mengendalikan kursus dan bengkel pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menggunakan kaedah fonetik kepada guru-guru di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Imej via facebook

2. Puan Azlina Nawi @Mofazz Readerz (Lisensi Phonicsmart Skudai, Johor, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)

Setelah mengikuti pelbagai kursus intensif berkaitan Kaedah Mengajar Bacalah Anakku dan Readeasy,  Puan Azlina telah dlantik sebagai Certified Trainer Bacalah Anakku dan Readeasy Readnetwork pada 13 April 2018.

Seterusnya dengan bimbingan dan ilmu fonik yang dipelajari, beliau telah membantu lebih 170 orang pelajar yang mempunyai masalah membaca dan menulis sehingga kini. Semoga terus sukses!

Imej via facebook

3. Encik Fazli Ghazi @ Mofazz Readerz (Lisensi Phonicsmart Skudai, Johor, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)

Merupakan pengasas bersama Mofazz Readerz Phonicsmart Centre di Skudai, Johor. Pemegang Program Lisensing berdaftar Phonicsmart sejak 1 Mei 2016.

Dilantik sebagai Certified Trainer Bacalah Anakku dan Readeasy Readnetwork pada 13 April 2018.

Beliau bersama isteri sebagai pengasas bersama Mofazz Readerz juga telah menghadiri kursus sebagai pengusaha Bacalah Anakku Playschool di Readnetwork pada 5-8 Sept 2017.

Antara pencapaian En. Fauzi selepas menceburkan diri dalam dunia fonik ini ialah beliau telah membantu lebih 170 orang pelajar yang mempunyai masalah membaca dan menulis sehingga kini.

Sebagai seorang pendidik pula, beliau turut memainkan peranan dalam membantu guru Bahasa Melayu memulihkan murid yang tercicir bagi menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku.

Imej via facebook

4. Puan Nur Atikah Ishak @Read Republic Phonicsmart (Lisensi Phonicsmart Jerantut, Pahang, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)

Beliau telah memulakan karier sebagai Guru Tabika Kemas (2009 – Dec 2017) dan Jurulatih Utama Bahasa Inggeris Kemas Daerah Jerantut (2015-Jun 2017).

Dengan berlatar belakangkan dunia pendidikan, beliau telah menggunakan modul Bacalah Anakku dan Readeasy sejak tahun 2012 lagi. Sejak dari itu, beliau mula aktif berkongsi video-video kejayaan anak-anak kecil di tadika membaca di laman sosial.

Akhirnya, atas kesungguhan dan usaha berterusan dalam menyebarkan ilmu fonik ini, pada tahun 2017 beliau telah diberi kepercayaan oleh Pihak Readnetwork untuk menjadi Certified Trainer untuk menyebarkan ilmu fonik melalui kursus-kursus anjuran pihak syarikat di seluruh negara.

Imej via facebook

5. Puan Masturah A.Latib @Magic Phonics (Lisensi Phonicsmart Johor Bahru, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)

Siapa tidak kenal dengan Teacher Mas?, Kelatahnya dalam mendidik anak-anak kecil membaca sangat mencuit hati. Jika tidak kreatif, masakan perkongsian beliau di media sosial sering sahaja menjadi viral oleh netizen.

Beliau sangat kreatif dalam menyampaikan ilmu fonik dan sangat gigih dalam memastikan anak-anak prasekolah boleh membaca diawal usia. Semoga Teacher Mas sentiasa bersemangat dalam menyampaikan ilmu fonik dan mendidik anak bangsa!.

Imej via facebook

6. Puan Rohani Anie Wahab @ Kelas Cepat Baca Cik Ani (Lisensi Phonicsmart Cheras, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)

Merupakan pemilik, pengurus dan guru di Kelas Cepat Baca Cik Ani Easyphonics Kajang, Selangor.

Mula menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku dengan mengajar anak sendiri membaca. Hasilnya, dua orang anak beliau telah boleh membaca pada usia 3 tahun lagi.

Beliau menyebarkan lagi kebaikan dan manfaat ilmu fonik ini dengan mula mengajar anak-anak jiran dan rakan-rakan terdekat sehinggalah dapat membuka kelas membaca sendiri di rumah. Kelas sentiasa penuh hanya melalui iklan mulut ke mulut dari bekas pelajar dan ibu bapa.

Beliau berpegang dengan jelas visinya dalam menyebarkan ilmu fonik ini iaitu,

  • Membaca adalah hak setiap kanak-kanak.
  • Setiap kanak-kanak wajib boleh membaca sebelum mereka ke tahun satu.

Imej via facebook

7. Puan Nor Azleen Abd Rahim @Whiztots Cepat Baca (Lisensi Phonicsmart Pasir Gudang, Johor, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy, Bekas Guru Pemulihan Khas KPM)

Menetap di Pasir Gudang, Johor.
Pemilik dan pengurus Whiztots Cepat Membaca, Taman Kota Masai Johor.

Memulakan Whiztots Cepat Membaca secara sambilan di rumah bermula November 2016 dengan 18 orang pelajar untuk Program Intensif Bacalah Anakku Cuti Sekolah.

Kini, Whiztots beroperasi di premis perniagaan sendiri dengan lebih 70 orang pelajar dalam Program Bacalah Anakku dan Readeasy yang dikendalikan oleh 4 orang tutor.

Antara kelayakan fonik yang dimiliki beliau ialah:

  • Certified Licensee Teacher Bacalah Anakku dan Readeasy
  • Certified Personal Coach for Bacalah Anakku dan Readeasy
  • Certified Trainer Bacalah Anakku dan Readeasy

Imej via facebook

8. Puan Shima Aziz @Miema Heaven Reading Centre (Lisensi Phonicsmart Bangsar, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)

Merupakan pemilik Miema Heaven Reading Center yang terletak di Bangsar. Telah mendidik ramai kanak-kanak untuk mahir membaca dengan menggunakan kaedah fonik yang dipelajari.

Lihat sahaja gambar dan video yang dimuatnaik oleh beliau di media sosial, dimana anak-anak sangat seronok belajar membaca dengn kaedah fonik.  Kaedah belajar sambil bermain yang diamalkan telah berjaya menarik minat si kecil untuk mahir membaca. Tahniah!

Imej via facebook

9. Puan Yusfiza Mazni Ishak @Phonics Education Family Yusfiza (Lisensi Phonicsmart Putrajaya, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)

Puan Yusfiza merupakan Lisensi bagi Phonicsmart Presint 9, Putrajaya. Aktif dalam menyampaikan ilmu fonik di media sosial melalui video-video sesi pembelajaran bersama anak-anak didik beliau.

Imej via facebook

10. Puan Siti Haryani Mohd @Cahayaku Phonicsmart (Lisensi Phonicsmart Jerantut, Pahang, Guru Pemulihan Khas KPM)

Merupakan pemilik Kelas Seronoknya Membaca by Cikgu Yani di Jerantut, Pahang. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan bermula dengan menjadi  guru di SK Abai, Kinabatangan, Sabah dan kini menjadi  Guru Pemulihan Linus NKRA, SK LKTP Tekam Utara, Jerantut.

Memulakan kelas membaca secara sambilan pada awal Januari 2018 setelah melihat kejayaan anak sendiri dan murid pemulihan asli dalam membaca Bahasa Melayu pada tahun 2017.

Kini, bercadang akan membuka cawangan kelas membaca di Bandar Pusat Jengka,Pahang tidak lama lagi. Semoga dapat membantu lebih ramai anak-anak yang tidak boleh membaca.

Imej via facebook

11. Puan Nur Hafizah Rahman @GeniusKids Phonicsmart (Lisensi Phonicsmart Bukit Mertajam, P. Pinang)

Puan Nur Hafizah menjadi Lisensi Phonicsmart Malaysia pada Ogos 2017. Beliau merupakan pemilik dan pengurus Geniuskids Phonicsmart Reading Centre di Taman Penanti Indah, Bukit Mertajam.

Beliau dan rakan-rakan sangat komited dalam membantu anak-anak untuk membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

Pada Disember 2017, beliau telah diberi peluang oleh ReadNetwork menjadi Personal Coaching dalam membantu memberi pendedahan kepada ibu bapa berkenaan Fonik Gabung Bunyi.

Bukan setakat itu sahaja, beliau sangat aktif dalam berkongsi Alat Bantu Mengajar(ABM) di Facebook dan turut menjual ABM permainan Dadu dan Bingo untuk membantu cikgu-cikgu dan ibu yang ingin mengajar anak-anak di rumah sambil bermain.

Imej via facebook

12. Puan Nass Zawawi @Nasskidz Reading Centre (Lisensi Phonicsmart Pasir Putih, Kelantan)

Pemilik dan pengurus NassKidz Reading Centre, Pasir Puteh Kelantan. Mempunyai pengalaman menjadi tutor Kelas Cepat Membaca di Skudai, Johor selama 2 tahun.

Sekaligus telah melebarkan sayap dengan menubuhkan NassKidz Reading Centre bermula bulan April 2018 di premis sendiri dengan 15 orang pelajar untuk Kelas Cepat Membaca Bacalah Anakku.

Kini, NassKidz mempunyai 28 orang pelajar dan telah juga berjaya membantu pelajar kelas pemulihan untuk belajar membaca.

Imej via facebook

13. Puan Ema Anuar @PhonicSmart Edukids (Lisensi Phonicsmart Putrajaya)

Pemilik dan Pengurus PhonicSmart Edukidz Read di Presint 11, Putrajaya.  Memulakan Kelas membaca Edukidz Read pada Disember 2017 secara sambilan di rumah dengan 10 orang pelajar.

Kini, Kelas Membaca Edukidz Read telah pun beroperasi di premis perniagaan sendiri dengan pelajar seramai 25 orang untuk Program Bacalah Anakku dan ReadEasy dan dikendalikan oleh 2 orang tutor separuh masa.

Imej via facebook

14. Puan Khadijah Kamaluddin @Aulad Readers (Lisensi Phonicsmart Setia Alam)

Puan Khadijah merupakan pemilik dan pengurus Aulad Reader yang terletak di Bandar Setia Alam.

Bermula dengan menjual produk pendidikan awal kanak-kanak sejak 2013. Kini telah membuka kelas membaca sejak awal tahun 2018 dan mempunyai lebih 30 orang pelajar dan 2 tutor.

Imej via facebook

15. Puan Siti Zuraidah A Razak @NZ Gen-Phonics Reading Centre (Lisensi Padang Setai, Kedah)

Merupakan Pemilik dan Pengurus NZ Gen-Phonic Reading Centre (Kelas Cepat Membaca Taman Lagenda Padang Serai). Beliau mula mengikuti kursus Certified Tutor bagi Program Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan Read Easy pada bulan Ogos 2018.

Memulakan Kelas Cepat Membaca secara sambilan di rumah bermula 2018, dengan 10 orang pelajar dan setiap kelas dikendalikan sepenuhnya oleh beliau sebagai Reading Tutor.

Imej via facebook

16. Encik Saini Bolly (Guru Pemulihan Khas KPM), (Certified Trainer Bacalah Anakku & Read Easy)

Berasal dari Sarawak, Encik Saini merupakan seorang Guru Pemulihan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Beliau menggunakan kaedah fonik sejak tahun 2014. Kerap berkongsi aktiviti fonik bersama anak-anak murid di sekolah dan turut mengadakan bengkel intensif di sekitar Sarawak bersama guru-guru fonik yang lain.

Imej via facebook

17. Raja Erniyanti @ BStar Phonicsmart (Lisensi Phonicsmart Kempas, Johor)

Pemilik dan Pengurus BStar PhonicSmart yang sebelum ini dikenali sebagai Kelas Cepat Membaca Cikgu Yanti. Merupakan Certified Reading Tutor Bacalah Anakku & ReadEasy, BARE sejak tahun 2017 sehingga kini.

Bermula dengan mengenali buku Bacalah Anakku ketika mengajar di sebuah tadika dan mengalami sedikit ‘tekanan’ dengan prestasi murid yang lambat membaca, beliau mula mencari dan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan fonik Bacalah Anakku dan Readeasy yang dianjurkan.

Sejurus itu, tertubuhlah Bstar PhonicSmart bermula pada awal tahun 2017 secara sambilan dengan 2 orang anak-anak jiran sahaja. Pada Ogos 2017 sehingga kini BStar PhonicSmart beroperasi sepenuhnya di kediaman sendiri dengan lebih 20 orang pelajar bersama seorang tutor.

Beliau juga merupakan Certified Coach BARE dengan mengadakan sesi personal coaching buat ibubapa yang tiada peluang dan ruang untuk ke kursus intensif BARE.

Imej via facebook

18. Puan Hasnizom @Ummi Read 4 Learn (Lisensi Phonicsmart Batu Berendam, Melaka)

Merupakan pemilik dan pengurus Ummi Read4Learn Center, Melaka. Mula berkenalan dengan fonik pada hujung tahun 2016 apabila anak pertama ketika itu berumur 5 tahun mempunyai masalah untuk membaca perkataan walaupun sudah menghafal suku kata dengan kaedah mengeja.

Setelah mengikuti kursus intensif yang dianjurkan oleh ReadNetwork di Setapak, dalam masa 3 bulan, anak pertama berjaya membaca dengan lancar tanpa perlu mengeja suku kata lagi.

Secara tidak langsung, beliau terus jatuh cinta dengan kaedah fonik ini. Puan Hasnizom mula melibatkan diri dengan membuka kelas cepat membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy pada Mei 2017.

Satu keseronokan dan kepuasan buat dirinya apabila anak-anak mudah membaca dengan mengikut kaedah fonik. Dengan kaedah yang betul dan tidak mengabaikan fitrah anak yang suka bermain,  kaedah fonik yang diajar adalah menggunakan kaedah belajar sambil bermain.

Beberapa orang ibu prihatin yang telah mengambil personal coaching dengan beliau untuk mengajar anak di rumah juga telah berjaya mengajar anak mereka sendiri sehingga dapat membaca.

Hasil sepanjang setahun lebih penglibatan  dengan kelas cepat membaca kaedah fonik gabung bunyi ini, ramai anak yang mempunyai pelbagai masalah dan pelbagai latar belakang telah dapat dibantu untuk menjadi pembaca yang berdikari.

Imej via facebook

Satu analogi bagi kaedah fonik iaitu ibarat sebuah kereta automatik dimana ianya sangat membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk memandu kereta menuju ke sesuatu tempat seperti orang normal.

Apatah lagi kalau orang normal sendiri yang memandu kereta automatik, pastilah sangat memudahkan mereka yang memandu. Jadi, mengapa perlu menggunakan kereta manual lagi kalau kereta automatik lebih memudahkan.

Begitulah dengan kaedah fonik gabung bunyi, dimana sangat memudahkan semua anak-anak tidak mengira masalah dan latar belakang untuk belajar membaca dengan baik dan menjadi pembaca berdikari.

Jangan lupa follow ya!

 

 

Sumber: Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi dan Encik Othman Ahamad

Penulis: Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.