Setiap anak itu unik. Masing-masing ada kelebihan, kekuatan dan kemahiran tersendiri. Namun, sangat menyedihkan di mana ‘kepandaian’ itu hanya diukur dari segi akademik semata-mata.

Anak yang pandai membaca umur 4 tahun,

Wow!pandai.

Anak yang hafal sifir umur 7 tahun,

Wow!pandai.

Anak yang mampu menulis beribu-ribu patah perkataan,

Wow!pandai.

Kena pandai MEMBACA, MENULIS, MENGIRA baru dikatakan pandai.

Kesian anak-anak yang baru 4 tahun ini dimana masih ‘sibuk’ berlari, melompat, memanjat dan bermain ini dikatakan ‘nakal’, tidak duduk diam, tidak fokus belajar.

Hakikatnya, setiap manusia itu mempunyai kemahiran, kecenderungan dan potensi yang berbeza. Tidak semestinya mereka lambat membaca itu mereka tidak pandai.

Kenali potensi setiap anak. Cara mereka berbeza. Didik mereka selaras dengan MINAT mereka. Terdapat pelbagai cabang bidang “kepandaian” yang patut dilihat oleh ibu bapa dalam diri anak-anak.

Mari kita pelajari apa itu MULTIPLE INTELLIGENCE yang diketengahkan oleh Prof. Howard Gardner. Menurut beliau, intelligence inilah yang membezakan setiap manusia.

imej via blog.adioma.com

1. Verbal/Linguistic Intelligence (Word Smart)

Kanak-kanak yang tergolong dalam kumpulan ini cenderung dikategorikan sebagai word smart. Mereka lebih cepat bercakap dan petah dalam berkomunikasi.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak:

  • Teka silang kata
  • Bermain scrabble
  • Menulis cerpen atau artikel

Imej via thehappyhousewife.com

2. Logical/Mathematic Intelligence (Math Smart)

Kanak-kanak golongan ini mempunyai kepintaran logikal atau matematikal. Mereka mempunyai kemahiran berfikir secara logikal yang tinggi.

Mereka mudah faham corak, eksperimen, fakta, matematik dan perkara-perkara yang kompleks.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak:

  • Permainan chess atau monopoli
  • Melakukan eksperimen sains mudah
  • Permainan domino

Imej via www.plioz.com

3. Visual/Spatial Intelligence (Picture Smart)

Golongan ini mempunyai tahap imaginasi yang tinggi. Mereka mempunyai kepakaran menggunakan ruang dan visual. Orang kata ‘berseni’.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak:

  • Mengambil gambar alam sekeliling
  • Bermain playdoh
  • Aktiviti bercerita menggunakan anak patung dan melakonkan watak yang bersesuaian

Imej via fstoppers.com

4. Bodily/Kinesthetic Intelligence (Body Smart)

Haaaa.. Kanak-kanak golongan ini memang selalu dilabel LASAK, HIPERAKTIF dan TIDAK DUDUK DIAM. Memang selalu mengundang cikgu-cikgu sekolah pening kepala. 😂

Namun, sebenarnya mereka perlu diberi ruang dan mempelbagai aktiviti yang membolehkan mereka bergerak untuk membantu perkembangan secara optimum.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak:

  • Role-playing
  • Bersukan
  • Hands on activity

Imej via growingwithyourchild.com

5. Musical/Rythmic Intelligence (Music Smart)

Anak-anak kategori ini mempunyai daya pendengaran yang tinggi. Mereka juga dikatakan hebat mentafsir perhubungan antara bunyi dan perasaan.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak:

  • Mencipta lagu
  • Mengubah sajak
  • Mendengar muzik

Imej via desmoinesparent.com

6. Intrapersonal Intelligence (Self Smart)

Golongan ini mempunyai kemahiran mengawal emosi dengan baik. Selalunya anak-anak ini mempunyai perwatakan yang mudah disenangi oleh orang sekeliling dan mudah didekati.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak:

  • Menterjemahkan ekspresi diri dalm bentuk cerita atau tulisan
  • Menulis autobiografi individu yang berjaya
  • Menulis tentang refleksi diri

Imej via www.mommy-labs.com

7. Interpersonal Intelligence (People Smart)

Mereka ini dikatakan mempunyai kemahiran sosial yang baik. Peramah, pandai menjaga perasaan orang lain dan pandai bergaul.

Kanak-kanak ini selalunya mempunyai ramai kawan dan mampu mengekalkan hubungan baik dengan orang lain dalam jangka masa yang panjang.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak:

  • Aktiviti berkumpulan
  • Menemuramah orang lain
  • Berlakon

Imej via www.wisegeek.com

8. Naturalist Intelligence (Nature Smart)

Mereka dan alam berpisah tiada. Golongan ini sukakan alam semulajadi. Anda akan dapat lihat anak-anak ini gemar mengutip batu, daun kering, bunga dan sebagainya.

Kutip bukan sebarang kutip. Sebenarnya, mereka sedang memerhati, mengeksplorasi dan mempelajari tentang alam semulajadi.

Selalunya anak-anak ini juga sangat tertarik dengan perubahan fenomena alam semulajadi seperti fenomena hujan, kitaran hidup haiwan dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak:

  • Membela haiwan peliharaan
  • Bermain dengan batu,daun, bunga dan ranting
  • Aktiviti membersihkan alam sekitar

Imej via growingwithyourchild.com

9. Spiritual/Existensional Intelligence

Anak-anak jenis ini peka akan kewujudan Maha Pencipta. Mereka akan mengaitkan setiap yang dilihat di sekeliling mereka adalah tanda ciptaan Allah swt dan kekuasaanNya.

Secara tidak langsung, mereka akan mudah menyebut Subhanallah, Alhamdulillah dan tahu bila hendak mengucapkan kalimah-kalimah memuji Ilahi.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak:

  • Melihat ciptaan Allah swt pada alam sekeliling
  • Aktiviti bercerita yang mempunyai pengisian rohani

Imej via chopra.com

Kenalilah potensi setiap anak dan berikan rangsangan yang betul berdasarkan minat mereka. Anak yang berjaya tidak semestinya straight A’s tetapi berjaya dalam bidang yang mereka MINAT!

 

Sumber: Buku “3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna”daripada Puan Adlil Rajiah.

 

Penulis: Faz

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.