Jom kenali tokoh besar ini dengan membaca biografi Imam Al-Ghazali yang menarik.

Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Al-Ghazali kerana dinisbahkan kepada nama kampung tempat kelahirannya iaitu Ghazalah yg terletak dipinggir bandar Tusi di dalam wilayah Khurasan, Parsi, (Iran).

Namun, ada juga yang menyatakan bahawa panggilan tersebut dinisbahkan kepada bapanya. Ini kerana bapa Imam al-Ghazali merupakan seorang tukang tenun kain bulu yang dalam bahasa Arabnya dikatakan al-Ghazzal.

Imam al-Ghazali juga digelar sebagai Abu Hamid, yang bererti bapa kepada Hamid iaitu dinisbahkan kepada anaknya. Beliau juga digelar Hujjatul Islam iaitu suatu gelaran penghormatan yang diberikan kepadanya kerana kejituan dan kekuatan hujjahnya di dalam membela agama Islam.

alghazali

Lukisan gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja. Imej via alghazali

Abu Hamid Muhammad al-Ghazali Altusi adalah seorang tokoh ulama yang luas ilmu pengetahuannya dan merupakan seorang pemikir besar dalam sejarah falsafah Islam dan dunia. Dalam ilmu feqah, beliau bermazhab Syafie sementara dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran al-Asyaari atau Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau lahir pada tahun 450H bersamaan 1058M.

Bapanya adalah seorang miskin yang soleh. Bapanya seorang penenun pakaian daripada bulu kemudian menjualnya di pekan Tusi. Beliau sangat suka belajar ilmu agama dan mendampingi para ulama sufi. Sebelum bapanya meninggal dunia, dia telah mewasiatkan agar kedua-dua orang anaknya dipelihara oleh temannya dari kalangan orang yang baik.

"

Dia berpesan, “Sungguh saya menyesal tidak belajar khat (seni menulis Arab) dan saya ingin memperbaiki apa yang telah saya alami pada kedua anak saya ini. Maka saya mohon engkau mengajarinya, dan harta yang saya tinggalkan boleh dihabiskan untuk keduanya.”

Setelah bapanya meninggal dunia, maka temannya itu mengajarkan ilmu kepada Imam al-Ghazali dan saudaranya, hingga habislah harta peninggalan yang ditinggalkan oleh almarhumah bapa mereka.

Teman bapanya berkata, “Ketahuilah oleh kalian berdua, saya telah membelanjakan untuk kalian dari harta kalian. Saya seorang fakir dan miskin yang tidak memiliki harta. Saya menyarakan kalian berdua untuk masuk ke madrasah seolah-olah sebagai penuntut ilmu. Sehingga memperoleh makanan yang dapat membantu kalian berdua.”

Maka, Imam al-Ghazali dan saudaranya pergi ke madrasah seperti yang disarankan oleh teman bapanya. Demikianlah diceritakan oleh Imam al-Ghazali, hingga beliau berkata, “Kami menuntut ilmu bukan kerana Allah taala, akan tetapi ilmu enggan kecuali hanya kerana Allah taala.” (Dinukil daripada Thabaqat Asy Syafi’iyah 6/193-194).

Latar Belakang Pendidikan Imam Al-Ghazali

Pada tahun 1077, Imam al-Ghazali telah melanjutkan pelajarannya ke Jurjan berguru dengan Abu Nasr al-Ismaili. Di sana beliau telah berkahwin kemudian beliau pulang ke Tusi selama tiga tahun. Dalam masa ini beliau belajar tasawwuf daripada Yusuf an-Nasaj, seorang sufi terkenal.

Pada tahun 1080, Imam al-Ghazali berangkat menuju ke sekolah tinggi Nizamiyyah di Naisabur. Di sana beliau belajar daripada Abu Almaa’li Diyauddin al-Juwaini yang terkenal dengan gelaran Imam Haramain. Berbagai cabang ilmu pengetahuan telah dipelajari daripadanya samada ilmu agama seperti feqah dan ilmu kalam atau ilmu falsafah seperti mantik, jidal, hikmah dan lain lain sehingga beliau mengetahui berbagai mazhab, perbezaan pendapat masing masing dan beliau dapat menolak tiap tiap aliran yang dianggap salah.

Bahkan beliau dapat mengimbangi keilmuan gurunya itu. Di sini, beliau mula mengarang berbagai buku dalam pelbagai bidang, di antara buku karangannya yang dikagumi gurunya ialah al-Mankhul.

Setelah Imam al-Juwayni wafat pada tahun 1085, Imam Ghazali meninggalkan Naisabur menuju ke Al-Askar di Baghdad. Ia berkenalan dengan Nizam al-Mulk, wazir istana dinasti Saljuk iaitu Sultan Jalaluddin Malik Shah. Beliau diminta untuk mengajarkan hukum agama di Madrasah Nizamiyah di Baghdad. Imam Al-Ghazali mengajar disana selama empat tahun.

madrasah

Imej via bookofdaystales

Ratusan ulama pejabat pemerintahan yang menghadiri kuliah Imam al-Ghazali. Kebanyakan bahan pengajaran Imam al-Ghazali dicatat oleh Sayyid bin Faris dan Ibnu Lubban. Keduanya mencatat kira-kira 183 bahan kuliah yang diberi nama Majalisul Ghazaliyyah.

Pada tahun 1901-1904, Imam al-Ghazali telah mempelajari ilmu falsafah. Beliau menyusun buku yang terkandung kritikan terhadap falsafah, seperti kitab At-Tahafut yang membongkar kekurangan falsafah. Katanya, “Di saat saya sudah mempelajari ilmu falsafah, saya mendapat pemahaman mengenainya dan mampu menilai apa saja yang palsu di dalamnya, dan di saat itu saya menyedari bahawa ini juga belum memenuhi tujuan saya sepenuhnya dan bahawa intelektual tidak membuatkan saya mampu memahami atau menyelesaikan semua masalah.”

Polemik Kejiwaan

Kedudukan dan ketinggian jawatan beliau tidak membuatkan dia cintakan dunia. Bahkan dalam jiwanya berkecamuk serta mengalami polemik kejiwaan (perang batin) yang membuatkan beliau sering menekuni ilmu-ilmu kezuhudan. Akhirnya Imam al-Ghazali menolak jawatan tinggi dan kembali kepada ibadah, ikhlas dan perbaikan jiwa.

Di tahun 1905, beliau meninggalkan Baghdad dan memutuskan untuk mengasingkan diri ke Damaskus. Beliau menghabiskan waktunya di masjid dengan melakukan ibadah, tafakur, dan berzikir tanpa henti. Di sanalah dia menghabiskan waktu selama dua tahun secara sendirian.

musafir

Imej via santrijagad

Bermusafir adalah satu kemestian bagi ahli sufi. Melalui perjalanan, manusia akan tahu bagaimana menahan hawa nafsu untuk mencapai tujuannya. Musafir juga bertujuan mencari arah ke mana seseorang harus menghadap. Iaitu menghadap kepada realiti bertuhan (tawajuh) atau mengikuti keinginan (nafs).

Oleh sebab itu, Imam al-Ghazali mengembara ke Jerussalam, Mekah dan Madinah. Pada tahun 1106, Imam al-Ghazali kemali ke Naisabur dan mengajar di Madrasah Maimunah Nizamiyah. Kemudian, pada tahun 1108, Imam al-Ghazali meninggalkan Naisabur dan mendirikan sekolah sufi di Tusi.

Karya Sumbangan Imam Al-Ghazali

Sebelum meninggal dunia, Imam al-Ghazali telah mengarang ratusan buku dalam pelbagai bidang antaranya:

  • Ihya’ Ulum al-Din
  • Bidayah al-Hidayah
  • Mizan al-A’mal
  • Minhaj al-Abidin
  • Al-Mustasfa Min Usul al-Fiqh
  • Al-Iqtisad Fi al-I’tiqad.
  • dan lain-lain.
kitab ihya

Imej via dagangbukuislam

Karya agung Imam al-Ghazali adalah Kitab Ihya’ Ulumuddin. Ihya Ulumuddin bererti menghidupkan kembali ilmu-ilmu agama. Dalam kitab ini, Imam al-Ghazali mendamaikan tasawuf dengan praktik-praktik non-ortodoks, mendamaikan dengan Islam, dan membersihkan sufisme dari intelektualisme. Dalam kalangan agamawan, Ihya Ulumuddin merupakan kitab yang komprehensif.

Kitab tersebut terkandung unsur tasawuf dan fiqh. Selain itu, di dalam Ihya’ Ulumuddin juga terdapat aspek-aspek hukum seperti rukun dan syarat ibadah-ibadah yang sesuai dengan syariat.

Para fuqaha menilai buku ini hampir mendekati kedudukan al-Quran. Jika, semua kitab yang dikarang tentang Islam dimusnahkan sehingga tertinggal hanya kitab Ihya Ulumuddin sahaja, maka manusia telah mendapatkan ganti dari semua kitab yang hilang. Dari pernyataan seperti itu, maka Imam Ghazali mendapat gelaran Hujjatul Islam.

Imam al-Ghazali menghembuskan nafasnya yang terakhir di Tusi pada hari Isnin, 14 Jamadilakhir tahun 505H bersamaan 19 Disember 1111.

Rujukan:

  1. Muslim
  2. Mufti WP
  3. Satu Jam
  4. Yadim

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan Imam al- Ghazali yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

Penulis: Aniuna

Avatar

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.