Tahukah anda usia bayi 0-3 bulan pertama adalah waktu dimana perkembangan otak bayi adalah yang paling pesat sekali?

Adalah satu kerugian jika kita tidak merangsang sensori bayi pada ketika ini. Input yang terhasil daripada rangsangan sensori yang diterima akan membina banyak sel-sel neuron baru dan menghubungkan antara satu sama lain.

Mari kita lihat antara permainan kreatif yang boleh dilakukan dengan bayi dirumah.

1. “Saya Lihat Diri Saya”

Imej via childhood101

Cermin! Ya, berikan cermin kepada bayi anda. Biarkan dia melihat dan mengeksplorasi wajah dan anggota badannya sendiri.

Ibu dan ayah perlulah berkomunikasi dengan bayi sambil menyebut dan menunjukkan anggota badan yang terlibat. Ini dapat meningkatkan kefahaman bayi dan membina kosa kata yang baru untuk mereka.

Bayi juga boleh diajar tentang perasaan dan emosi dengan menunjukkan pelbagai riak dan mimik muka yang berbeza yang menggambarkan perasaan sedih, gembira atau marah.

2. Peekaboo

Imej via Pinterest

Peekaboo atau bahasa mudahnya bermain “cak-cak” dengan bayi anda. Permainan ini sangat mudah dengan hanya menggunakan selimut, kain atau apa sahaja yang boleh menutup muka anda atau bayi daripada pandangan.

Penggunaan kain yang berbeza tekstur juga adalah amat digalakkan bagi merangsang daya sentuh bayi.

3. Laluan Berhalangan

Bayi bermain

Imej via CanDoKiddo.com

Ibu dan ayah boleh menyusun bantal, selimut atau tilam bayi disekeliling bilik. Letakkan bayi ditengah dan biarkan dia merangkak dan memanjat pelbagai halangan yang berada dihadapannya.

Permainan ini dapat menguatkan motor kasar bayi dan merangsang daya sentuhan bayi juga. Sangat mudahkan?

4. Botol Sensori

Botol Sensori

Imej via NaturalBeachLiving

Dengan menggunakan botol mineral terpakai, masukkan manik atau guli yang pelbagai warna bagi menarik perhatian bayi apabila digoncangkan. Ibu ayah juga boleh menvariasikan permainan ini dengan memasukkan air dan dicampur pewarna makanan.

Letakkan haiwan-haiwan plastik di dalamnya ibarat hidupan air sedang berenang-renang dilautan. Menarik bukan?

5. Finger Painting

Imej via activebabiessmartkids

Salah satu cara untuk merangsang sensori visual anak adalah dengan aktiviti mewarna. Pelbagai warna yang ada di sekeliling mampu menarik perhatian bayi dan secara tidak langsung mendedahkan bayi kepada asas-asas warna.

Ibu dan ayah boleh mencampurkan sekurang-kurangnya 3 warna dalam “zipper lock” dan melekatkannya diatas lantai atau meja yang sesuai. Saya lebih gemar ia dilekatkan di atas permukaan lantai kerana secara tidak langsung bayi akan dapat manfaat “tummy time” juga.

6. Beg Sensori

Imej via Blogspot

Idea yang paling mudah untuk membuat beg sensori adalah dengan menggunakan gel rambut atau minyak bayi dan tambahkan aksesori tambahan seperti huruf, nombor dan lain-lain untuk menarik minat bayi.

Tekstur yang lembut akan merangsang daya sentuh bayi apabila menyentuh permukaan beg sensori ini.

7. “Dapur Mama”

Dapur Mama

Imej via Blogspot

Aktiviti ini sangat menarik untuk merangsang hampir keseluruhan sensori bayi anda! Sediakan pelbagai bahan mentah seperti halia, daun kunyit, bunga kantan dan serai. Kemudian, letakkan di atas hamparan kain.

Beri peluang bayi memegang dan menghidu bahan-bahan mentah tersebut untuk merangsang daya sensori mereka. Jangan lupa untuk menyebut dan memperkenalkan bahan-bahan mentah tersebut bagi meningkatkan kosa kata bahasa bayi anda.

8. Bakul Sensori

Bakul Sensori

Imej via Pinimg

Kita boleh memperkenalkan pelbagai konsep dengan hanya menggunakan tema baju untuk bakul sensori bayi seperti:

– “baju busuk dan baju wangi”
– “baju basah dan baju kering”
– “baju tebal dan baju nipis”

Aktiviti di atas dapat merangsang bayi menggunakan deria mereka untuk meneroka pelbagai tekstur fabrik yang berbeza, bau baju dan membezakan permukaan kering dan basah.

9. Potrait Keluarga

Potrait Keluarga

Imej via Pinimg

Tunjukkan foto-foto keluarga sambil memperkenalkan ahli keluarga kepada bayi anda seperti ayah, ibu, kakak dan abang. Melihat foto sambil membuka dan menutup gambar bagi merangsang daya visual mereka.

Sudah pasti mereka akan tersenyum-senyum melihat foto keluarga bersama-sama ibu dan ayah.

10. Bekas Ajaib

Bekas Ajaib

Imej via Pinimg

Letakkan bahan-bahan yang berlainan tekstur seperti pasir, tepung, air atau garam kasar di dalam bekas. Biarkan bayi anda berpeluang merasa pelbagai tekstur bahan yang berbeza.

Ibu dan ayah juga boleh menyediakan aksesori tambahan seperti cawan atau botol untuk melatih kemahiran motor kasar bayi.

Penulis: Faz

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.