Nama sebenar Ibnu Khaldun  ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad. Beliau  dilahirkan pada tahun 732 hijrah/1332 masihi di Tunisia.  Dikenali sebagai ibnu khaldun sempena nama tempat kelahirannya di kawasan khaluniyah di Tunisia.

Beliau adalah keturunan Arab Yaman. Beliau pernah menyandang beberapa jawatan yang penting dalam negara dan antaranya ialah setiausaha negara, anggota majlis ilmiah, duta granada, Ketua hakim negara mesir dan perdana menteri bijayah.

ibnu khaldun
Imej via [funci]

Beliau seorang yang tekun mencari ilmu. Beliau belajar pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sejak kecil lagi. Walaupun beliau adalah seorang yang sibuk tetapi beliau tetap terus menuntut ilmu.Beliau seorang yang bijak membahagikan masa untuk berkhidmat dan menuntut ilmu.

6 Sumbangan Ibnu Khaldun Yang Sebenar

1. Sumbangan Dalam Bidang Ilmu, Pemikiran Dan Tamadun Manusia

Imej via [Google]

Ibnu Khaldun berjaya menganalisis aspek masyarakat politik, ekonomi dan pendidikan dalam karyanya.  Beliau juga selalu memberi idea dan panduan terbaik tentang asas penggunaan sesebuah tamadun, iaitu mesti tertegak diatas kombinasi keunggulan rohani dan jasmani.

Rupa-rupanya, Ibnu Khaldun juga adalah pelapor kepada pemikiran moden sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan. Karya beliau banyak mengaitkan tentang sesuatu perkara dengan perkembangan rohani akal dan akhlak.

Karyanya telah dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh para sarjana. Kerana pemikirannya yang bijak, Ibnu Khaldun sering dijadikan wacana, tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis diperingkat pengajian tinggi.


2. Sumbangan Ibnu Khaldun Dalam Bidang Sejarah

ibnu khaldun
Imej via [gomuslim]

Ibnu Khaldun ialah  seorang ahli falsafah sejarah yang terkenal. Beliau juga merupakan pengasas ilmu falsafah sejarah. Objektif Ibnu Khaldun adalah untuk membetulkan fakta salah yang diselewengkan oleh ahli sejarah barat.

Beliau berpendapat bahawa sejarah dan peristiwa sejarah adalah sebagai satu ilmu yang berdasarkan kajian nyata, bukan khayalan atau dongengan semata-mata. Hasil karya bukunya yang terkenal di barat dalam bidang sejarah ialah Al-Muqaddimah dan Al-Ibar.

Buku Al-Muqaddimah ini membahaskan tentang  karakter peradaban manusia, peradaban badui, bangsa dan kabilah liar serta kondisi kehidupan mereka dan sebagainya.


3. Sumbangan Ibnu khaldun dalam Bidang Politik

Tahukah anda, Ibnu Khaldun juga bergiat aktif dalam politik lebih  dari 20 tahun. Beliau berpendapat bahawa islam adalah asas penting dalam memperbetulkan sesebuah Negara. Pepimpin yang memimpin negara islam ini haruslah seorang yang bijaksana dalam merancang sesuatu perkara demi masa hadapan sebuah negara.

Kegagalan kerajaan yang memerintah di negara umat Islam selepas meneruskan dasar warisan penjajah menjadi bukti yang nyata untuk beralih kepada penyelesaian Islam yang syumul. Di sinilah pentingnya umat Islam memiliki pemimpin yang memenuhi sifat kepimpinan Islam, baik dari segi aqidah yang tulen, ilmu yang tinggi dan akhlak terpuji, serta berupaya untuk menjaga keharmonian pelbagai kaum dan agama.

4. Sumbangan Ibnu Khaldun Dalam Bidang Sosiologi

Ibnu Khaldun ialah pengasas dan guru dalam bidang sosiologi. Beliau berpendapat bahawa manusia adalah makhluk sosial yang tidak mungkin boleh hidup secara sendirian dan ini membuktikan fakta ini benar.

Orang yang suka bersendirian akan mengalami kesan stres terhadap mental dan fizikal. Stres ini berlaku akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku di dalam kehidupan harian manusia. Stres boleh disebabkan beban dan  tekanan yang terlalu banyak, kebimbangan yang melampau, keletihan, konflik, panik, kemurungan yang berpanjangan dan tidak bermaya.

Selain itu,  Ibnu Khaldun menekankan aspek pendidikan akhlak dalam semua penulisannya. Karyanya dalam bidang sosiologi digunakan secara meluas di universiti di eropah dan timur.


5. Pendapat Ibnu Khaldun Berkaitan Asas Pembinaan Sesebuah Negara

ibnu khaldun
Imej via [arieslailiyah]

Beliau berpendapat bahawa pembinaan sesebuah Negara mestilah berasaskan kepada agama, ekonomi, akhlak, akhlak pemimpin dan rakyatnya. Semua ini dapat menjadikan sesebuah negara membangun.

Negara membangun ialah suatu istilah yang menggambarkan sebuah negara mempunyai satu aras keselesaan dan kebendaan yang rendah. Tiada satu takrifan pun yang mengatakan negara maju yang diiktiraf meluas, dan aras pembangunan mungkin berbeza besar di negara-negara yang dikatakan sebagai membangun. Oleh itu, sesetengah negara membangun mempunyai purata taraf hidup yang tinggi.

6. Pendapat Dan Idea Ibnu Khaldun Berkaitan Bidang Ekonomi

Imej via [tazkia]

Rezeki adalah kurniaan allah yang mesti dinikmati bersama. Rezeki dalam Islam, bukan semata-mata untuk harta, benda dan hasil usaha dari kerja tetapi rezeki  dalam Islam merangkumi semua aspek yang ada dalam kehidupan manusia iaitu waktu, kesihatan, kecerdasan, isteri, anak, ibubapa, teman, hujan, tanaman,haiwan peliharaan dan sebagainya.

Manusia adalah pemegang amanah allah dalam pengurusan harta yang wajib dibelanjakan mengikut syarak. Harta boleh dibahagikan kepada orang yang memerlukan seperti fakir, miskin, amil,mualaf, fisabillilah,ibnu sabil dan anak yatim. Semuanya dapat diberi harta kepada mereka melalui zakat.

Kemajukan sesebuah Negara bergantung kepada kemajuan ekonomi dimana suatu bangsa akan mundur dan lemah jika pencapaian ekonominya lemah. Oleh itu, majukan lah ekonomi kita dengan menggunakan sistem ekonomi yang berteraskan islam.

7. Sanjungan dan Penghormatan Diterima oleh Ibnu Khaldun Dari Masyarakat Antarabangsa Sehingga Kini

Ibnu khaldun
Imej via [ihu.edu]

Sesebuah Negara ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu ibnu khaldun chair of islamik studies di university di Amerika. Tempat ini dibuka bagi pelajar yang meminati bidang dalam sains sosial. Ini telah terbukti bahawa ajaran Ibnu Khaldun telah memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Nama beliau diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka iaitu Universiti Ibnu Khaldun, Jakarta Indonesia. Program yang disediakan di situ termasuklah Tafsir, Hadis, Fiqh, Kalam dan Sufi yang juga berdasarkan kurikulum kursus umum dan elektif.

8. Sumbangan sebagai Budayawan

ibnu sina
Imej via [soscili]

Ibnu Khaldun juga merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam bersyair.

Ibnu khaldun banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran ibnu khaldun dalam bidang pengsyairan jelas kelihatan dalam karyanya al muqaddimah apabila membahaskan tentang syair arab.

Syair yang dikenali di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama para sahabatnya adalah berbeza dengan al-ghina’ (nyanyian). Syair arab yang dimaksudkan ini adalah merujuk kepada lantunan suara dengan nada biasa seperti puisi, syair, dan sajak .

9. Bapa Ekonomi Islam

Imej via [Raudhahjiwa]

Ibnu Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya.Oleh itu, Ibnu Khaldun dikenali sebagai “Bapa Ekonomi Islam” kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori yang dikemukakannya jauh lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh pakar ekonomi Barat seperti Adam Smith dan David Ricardo.

Ibnu Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al-adl), kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, dan konsep sama rata. Berhubung dengan keadilan, Ibnu Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.

Apabila keadilan ini tidak dapat dilaksanakan dengan betul, sesebuah negara akan hancur dan musnah. Menurut beliau, ketidakadilan bukan sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan.

Itulah dia Ibnu Khaldun dan sumbangannya yang harus anda ketahui. Berbanggalah kerana Tokoh Sejarawan Islam kita sangat hebat dan memberi manfaat kepada seluruh dunia. Jemput baca juga kisah dajjal, fidyah dan tebus talak.

Rujukan

  1. Newtamadunislam
  2. Umat66
  3. Wawanlistyawan
  4. Cikgustpm
  5. raudhahjiwa

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.