Masalah loya dan muntah adalah simpton yang selalu berlaku terhadap ibu yang hamil pada awal kehamilan. Ia adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ibu hamil. Tetapi ada juga, ibu hamil yang tidak mengalami simpton seperti loya dan muntah-muntah.

Bagi ibu hamil yang bertuah, mereka dapat merasai pengalaman bagaimana rasa loya dan muntah-muntah ketika hamil. Ia satu pengalaman yang bagus untuk ibu hamil. Tetapi jika berlaku loya dan muntah-muntah yang berlebihan sehingga hilang selera makan ia adalah satu masalah besar. Ia dapat memberi kesan negatif  kepada kandungan kerana kekurangan zat.

Masalah ini dinamakan Hyperemesis Gravidarum. Apakah maksudnya?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai Hyperemesis Gravidarum. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Hyperemesis Gravidarum

hyperemesis gravidarum

Imej via businesinsider.my

Apabila hamil, dianggarkan 80% daripadanya mengalami masalah loya dan muntah. Sebilangan kecil daripada wanita hamil tidak dapat minum air atau apa-apa jenis minuman dan akan muntah sebaik sahaja cuba untuk minum.

Golongan ini akan mengalami keletihan, tidak berselera untuk makan dan lesu seluruh badan. Masalah ini dikenali sebagai hyperemesis gravidarum. Mereka yang mengalami masalah ini memerlukan rawatan doktor bagi:

"

✔️ Merawat masalah dehidrasi dengan menggunakan intra-venous drip.

✔️ Menerima ubat untuk menahan muntah.

✔️ Berehat sepenuhnya.

✔️ Penyiasatan makmal bagi memastikan tiada masalah penyakit tiroid dan sebagainya (masalah sebegini juga boleh menyebabkan masalah loya dan muntah yang teruk).

✔️ Penyiasatan ultrasound juga perlu untuk memastikan janin sihat (dalam masa yang sama memastikan jumlah janin yang dikandungi kerana kandungan kembar dikaitkan dengan masalah loya dan muntah yang teruk juga).

Hyperemesis gravidarum dikatakan berlaku akibat tahap hormon beta HCG yang meningkat di trimester pertama kehamilan. Tahap hormon ini mula menurun selepas 12 minggu. Oleh itu, ramai wanita hamil lebih selesa selepas kandungan berusia 12 minggu ke atas.

Jika tidak dirawat, masalah muntah yang berterusan boleh menyebabkan muntah darah (akibat luka di saluran esofagus), masalah kekurangan vitamin B1 dan masalah psikologi. Kajian juga mendapati hyperemesis lebih banyak berlaku di kalangan wanita yang berusia 30 tahun ke bawah.

Oleh itu, secara amnya, masalah loya dan muntah adalah gejala yang sering menyerang wanita hamil. Namun, bagi kes ini di mana loya dan muntah menyebabkan hilang terus selera makan, puan memerlukan pemeriksaan di hospital yang berdekatan. Ini bagi memastikan puan tidak tergolong dalam kumpulan wanita yang mengalami hyperemesis gravidarum.

*Jika anda seorang ibu hamil yang mengalami loya dan muntah-muntah berlebihan, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan agar masalah ini tidak berpanjangan. Lebih-lebih lagi ibu hamil yang berumur bawah 30 tahun dan tidak ada pengalaman hamil sebelum ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .