Seringkali kita mendengar istilah anak derhaka, namun bagaimana pula dengan ibu bapa derhaka? Ramai anak-anak menyimpan soalan ini di benak fikiran, nak soal tetapi takut. Takut dinilai akan ibu bapanya dan takut mengaibkan ibu bapanya.

hukum ibu bapa menyakiti hati anak
Imej via [Baituljannah]

Sekadar ilmu pengetahuan dan persediaan menjadi ibu bapa mungkin, anda juga harus ambil tahu tentang hal ini. Menjadi ibu bapa tidak mudah jika tiada ilmu, anda harus prihatin kepada anak anda dengan cara yang betul. Apakah hukum ibu bapa menyakiti hati anak?

Apabila tersalah cara, anak mungkin terasa dan menerima kesannya atas tindakan anda sebagai ibu bapa. Lebih jelas lagi, anda mungkin telah menyakiti anak anda. Begitu juga sebaliknya, seorang anda disakiti oleh ibu bapanya. Jom lihat hukum ibu bapa menyakiti hati anak.

Hukum Ibu Bapa Menyakiti Hati Anak

hukum ibu bapa menyakiti hati anak
Imej via [keluarga]

Perbuatan ibu bapa menyakiti hati anak adalah dilarang sama sekali. Kita dilarang menyakiti semua orang, apatah lagi jika darah daging kita sendiri. Tetapi menyakiti hati anak secara tidak sengaja seperti terlepas cakap, tercerita tentang anak kepada orang lain dan lain-lain lagi memerlukan ibu bapa meminta maaf daripada anak.

Dalam situasi yang pelbagai, ada ibu bapa yang hanya ingin bergurau tetapi dipandang serius oleh sang anak. Ada juga ibu bapa yang benar-benar serius atau sengaja menyakitkan hati anak. Ketahuilah itu pasti ada sebabnya. Walau apapun, hukum ibu bapa menyakiti anak adalah berdosa.

Rasulullah SAW bersabda, “seseorang dikatakan telah cukup berbuat dosa bilamana menelantarkan orang-orang yang menjadi tanggungannya. [H.R. Abu Daud dan Nasa’i].

Hukum ibu bapa menyakiti hati anak sebagaimana diterangkan di atas telah terjadi pada zaman Umar Al Khattab suatu masa dahulu.

Kisah Ibu Bapa Menyakiti Hati Anak

hukum ibu bapa menyakiti hati anak
Imej via [pxhere]

Kisah seorang bapa yang telah mendatangi Umar bin Al Khattab ketika itu dan mengadu tentang kederhakaan anaknya. Tidak lama selepas itu, Umar memanggil putranya dan menegurnya atas kelakuannya terhadap ibu bapanya.

Lalu anak itu berkata: “ Wahai Amirul Mukminin, bukankah sang anak memiliki hak atas orang tuanya?”

“ Betul,” jawab Umar.

“ Apakah hak sang anak?”

“ Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkannya Al-Qur’an,” jawab Umar.

Si anak berkata “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang Majusi; ia menamakanku Ju’lan (kumbang), dan tidak mengajariku satu huruf pun dari Al-Qur’an,”

Umar segera memandang si bapa lalu berkata, “ Engkau datang untuk mengadukan kedurhakaan anakmu, padahal engkau telah durhaka kepadanya sebelum ia mendurhakaimu. Engkau telah berbuat buruk kepadanya sebelum ia berbuat buruk kepadamu.”

Sekalipun ibu bapa menyakiti hati anak, ia tetap berdosa kepada anaknya jika kesalahan itu adalah kesalahan yang benar. Meminta maaf dan membetulkan keadaan adalah rawatannya untuk hidup bahagia bersama anak.

Asbab Menyakiti Hati Anak, Apakah Wujud Ibu Bapa Derhaka?

hukum ibu bapa menyakiti hati anak
Imej via [sijai]

Tidak boleh ditafsirkan ibu bapa tersebut derhaka hanya kerana menyakiti hati anak. Hukum ibu bapa menyakiti hati anak sememangnya salah dan berdosa tetapi ia tidak bermaksud ibu bapa tersebut derhaka.

Terdapat 3 jenis dosa ibu bapa dengan anak yang menjadikan ibu bapa tersebut digelar ibu bapa derhaka. Sudah jelas dengan hukum ibu bapa menyakiti hati anak, jom lihat 3 dosa derhaka ibu bapa terhadap anak pula.

1. Memaki Anak

hukum ibu bapa menyakiti hati anak
Imej via [Karangkraf]

Memaki anak, memanggil anak dengan nama yang tidak baik, bercakap bukan-bukan terhadap anak dari kecil sehingga dewasa dikategorikan sebagai memaki anak. Anda boleh melihat kisah si bapa dan anak yang diceritakan tadi.

Disebabkan mulut ibu yang terlalu ‘bawang’ dan penuh dengan caci maki yang dianggap biasa dan sudah terbiasa, ia sebenarnya adalah doa yang keluar dari mulut sang ibu setiap hari. Si ibu harus segera bertaubat dan tidak melakukan sesuatu yang seolah memaki anak lagi.

2. Pilih Kasih

hukum ibu bapa menyakiti hati anak
Imej via [usim]

Nu’man bin Basyir berkata, “ Ayahku menginfakkan sebagian hartanya untukku. Ibuku ’

Amrah binti Rawahah kemudian berkata, ‘Saya tidak suka engkau melakukan hal itu sehingga menemui Rasulullah.’

Ayahku kemudian berangkat menemui Rasulullah SAW. sebagai saksi atas sedekah yang diberikan kepadaku.

Rasulullah SAW kemudiannya berkata kepadanya, ‘Apakah engkau melakukan hal ini kepada seluruh anak-anakmu?’

Ia berkata, ‘Tidak.’

Rasulullah SAW berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anak-anakmu.’ Ayahku kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.” (HR. Muslim dalam Kitab Al-Hibaat, hadits nombor 3055).

Ibu bapa tidak harus memilih kasih dalam apa jua hal seperti memberikan harta dan lain-lain lagi. Ia adalah sifat ibu bapa yang amat dibenci oleh Rasulullah SAW.

3. Tidak Memberi Pendidikan Yang Baik

hukum ibu bapa menyakiti hati anak
Imej via [siraplimau]

Ibu bapa yang mempunyai anak sudah sedia terima hukum ibu bapa menyakiti anak, tetapi mereka tidak pernah terfikir adakah lengkap tanggungjawab mereka terhadap anak selama ini?

Ibu bapa yang tidak memberi pendidikan yang baik kepada anak adalah ibu bapa yang tidak berbuat baik kepada anak. Pendidikan ada pelbagai cara, menunjukkan sikap baik, belajar menjadi manusia baik, ajar mengaji, sekolah dan lain-lain lagi.

Jelaslah hukum ibu bapa menyakiti hati anak adalah tidak dibenarkan dan berdosa jika ia sengaja atau mempunyai niat yang tidak baik. Semua tindakan yang dilakukan adalah bergantung kepada niat. Pahala yang anda terima juga adalah daripada niat anda.

Jom baca juga Ujian Personaliti Anak, Hukuman bahaya pada anak dan Tempat simpanan kewangan anak.

Rujukan:

  1. Youtube
  2. liputan6
  3. hijabista

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.