Anda merancang untuk bercuti di Pulau Pinang? Jom kami kongsikan 11 homestay di Pulau Pinang yang selesa dan bersih dengan harga berpatutan.

homestay di pulau pinang

Sumber Gambar: Rojakdaily

1. Nurul Homestay Penang

Nurul Homestay Penang yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang merupakan sebuah Rumah kluster yang mempunyai 3 bilik serta 2 bilik air dan mampu menampung seramai 6 orang tetamu. Homestay ini juga serba lengkap dengan kemudahan yang disediakan seperti peralatan memasak, TV dan Astro, mesin basuh, peti ais dan lain-lain.

Kemudahan: ruang parkir, peralatan memasak, seterika, TV, peti ais, siaran Astro, mesin basuh

Alamat: 8, Lorong Pinggiran Bertam 23 , Bertam Perdana 4,13200 Kepala Batas, Penang

Harga: Dari RM170/malam

Bilangan Tetamu: 6 orang

Bilangan Bilik: 3

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

homestay di pulau pinang

Sumber Gambar: Letsgoholiday

2. Ae Homestay Penang

AE Homestay Penang terletak di Taman Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan hanya 10 minit dari USM, Jambatan Pulau Pinang, dan Queensbay Mall. Homestay ini merupakan homestay yang selesa dan juga mempunyai persekitaran yang tenang. Di samping itu, homestay ini juga berdekatan dengan kedai-kedai runcit dan kedai-kedai makan.

Kemudahan: ruang parkir, penyaman udara, pancuran air panas, seterika, peti ais, TV, peralatan memasak

Alamat: 14, Jalan Sungai Ara 2, Taman Sungai Ara, Bayan Lepas, 11900 Bayan Lepas, Penang

Harga: Dari RM320/malam

Bilangan Tetamu: 10 orang

Bilangan Bilik: 3

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

homestay di pulau pinang

Sumber Gambar: Letsgoholiday

3. DPI Homestay @ Penang

DPI Homestay @ Penang adalah rumah apartment yang terletak di Sungai Dua, Penang. Rumah penginapan ini serba lengkap dengan kemudahan dan mampu memuatkan seramai 10 orang dalam satu masa. Setiap bilik di dalam rumah ini dilengkapi dengan penyaman udara yang disediakan. Apartment ini juga berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, USM, Tesco Extra, KFC, dan hanya 5 minit ke Queensbay Mall.

Kemudahan: ruang parkir, kolam renang, penyaman udara, seterika, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak, tilam

Alamat: P-7-8 Pangsapuri Desa Permai Indah, Jalan Helang, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

Harga: Dari RM250/malam

Bilangan Tetamu: 10 orang

Bilangan Bilik: 3

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

homestay di pulau pinang

Sumber Gambar: Letsgoholiday

4. Nisreen Homestay (100m to Penang Airport)

Nisreen Homestay adalah sebuah rumah apartment yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan juga berhampiran dengan lapangan terbang serta kawasan bandar Bayan Baru. Homestay ini mempunyai kemudahan seperti lif dan sistem keselamatan 24 jam. Homestay ini juga selesa didiami bagi tetamu seramai 6 orang.

Kemudahan: ruang parkir, pancuran air panas, penyaman udara, seterika, lif, siaran astro, peralatan memasak

Alamat: 2B-4-8, Saujana Damai, Jalan Sungai Tiram 3, 11900 Bayan Lepas, Penang

Harga: Dari RM170/malam

Bilangan Tetamu: 6 orang

Bilangan Bilik: 3

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

homestay di pulau pinang

Sumber Gambar: Letsgoholiday

5. Asbah Homestay Bandar Perda Penang

Asbah Homestay Bandar Perda Penang merupakan sebuah kondominium yang terletak di tengah Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Homestay ini menawarkan perkhidmatan homestay mampu milik untuk para pengunjung dan lebih menarik ianya juga menyediakan kemudahan parkir peribadi secara percuma. Homestay ini mempunyai kedudukan yang strategik di mana ianya terletak di kawasan komersial Bandar Perda, pusat-pusat pendidikan, dan pusat-pusat rekreasi.

Kemudahan: ruang parkir, kolam renang, seterika, TV, lif, tuala, siaran Astro, peralatan memasak, mesin basuh

Alamat: Blok D-02-02, Kondominium Mutiara, Jalan Perda Barat, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Penang

Harga: Dari RM165/malam

Bilangan Tetamu: 8 orang

Bilangan Bilik: 3

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

homestay di pulau pinang

Sumber Gambar: Letsgoholiday

6. Homestay Sulha d’Penaga 2

Homestay Sulha d’Penaga 2 menawarkan rumah penginapan yang selesa untuk para pengunjung, malah hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit pemanduan ke tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Homestay ini mempunyai 4 bilik serta 3 bilik air dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti peralatan memasak, 1 set TV serta siaran astro, penyaman udara di dua bilik Deluxe dan juga mampu memuatkan seramai 8 orang tetamu.

Kemudahan: seterika, TV, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak, mesin basuh

Alamat: SB 1343, Unit 1, Jalan Penaga, Mukim 4, 13100 Penaga, Butterworth, Pulau Pinang

Harga: Dari RM230/malam

Bilangan Tetamu: 8 orang

Bilangan Bilik: 4

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

homestay di pulau pinang

Sumber Gambar: Sulhahomestay

7. Homestay Sinai

Jika anda menginginkan homestay yang mempunyai suasana kampung di Pulau Pinang, Homestay Sinai adalah pilihan yang terbaik untuk anda sekeluarga. Homestay ini adalah rumah berkembar yang terletak di Pulau Betong, Penang. Homestay ini juga serba lengkap dengan perabot dan setiap bilik mempunyai 1 katil bersaiz ‘Queen’ dilengkapi dengan penyaman udara.

Kemudahan: WiFi internet, ruang parkir, penyaman udara, peralatan BBQ, peti ais, siaran Astro, peralatan memasak, mesin basuh

Alamat: No 356, Mukim 7 Pulau Betong, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang

Harga: Dari RM180/malam

Bilangan Tetamu: 10 orang

Bilangan Bilik: 3

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

homestay di pulau pinang

Sumber Gambar: Letsgoholiday

8. Homestay Selesa Bayan Lepas

Homestay Selesa Bayan Lepas ialah sebuah rumah apartment yang terletak di Sungai Tiram, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Rumah penginapan yang selesa ini lengkap dengan perabot dan mempunyai 3 bilik tidur. Homestay ini juga boleh memuatkan 7 orang dengan selesa dan apartment ini mempunyai sistem keselamatan 24 jam. Di samping itu, ruang parkir untuk 1 buah kereta serta kad Touch n Go juga disediakan apabila anda menginap di apartment ini.

Kemudahan: WiFi internet, ruang parkir, penyaman udara, peti ais, lif, siaran Astro, peralatan memasak, mesin basuh

Alamat: Apartment Saujana Damai, Jalan Sg. Tiram 3, 11900 Bayan Lepas, Penang

Harga: Dari RM190/malam

Bilangan Tetamu: 7 orang

Bilangan Bilik: 3

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

homestay di pulau pinang

Sumber Gambar: Letsgoholiday

9. De Lopah Homestay

De Lopah Homestay menawarkan perkhidmatan homestay untuk para tetamu dan pengunjung yang terletak di Wakaf Setee Aisah, Seberang Jaya, Penang. Homestay ini dilengkapi dengan perabot dan selesa didiami bagi tetamu seramai lebih kurang 15 orang. Homestay ini juga berhampiran dengan kompleks membeli belah, hospital, klinik, stesen minyak, dan lain-lain.

Kemudahan: ruang parkir, pancuran air panas, penyaman udara, seterika, peti ais, tuala, peralatan memasak

Alamat: 18, Lorong Seete Aisah 2, Taman Wakaf Seete Aisah, Seberang Jaya, Penang

Harga: Dari RM450/malam

Bilangan Tetamu: 15 orang

Bilangan Bilik: 3

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

homestay di pulau pinang

Sumber Gambar: Letsgoholiday

10. Bertam Barakah Homestay

Berkam Barakah Homestay adalah rumah teres dua tingkat yang mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air. Homestay ini dilengkapi dengan penyaman udara di ruang tamu dan setiap bilik. Selain itu, homestay ini berdekatan dengan taman-taman rekreasi, Mydin Mall Bertam, Tesco, Bandar Bertam, Stesen Keretapi Tasik Gelugor dan banyak lagi tempat-tempat yang boleh anda lawati.

Kemudahan: ruang parkir, penyaman udara, seterika, peti ais, tilam, peralatan memasak, mesin basuh

Alamat: No. 43, Persiaran Seksyen 2/9, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Harga: Dari RM250/malam

Bilangan Tetamu: 12 orang

Bilangan Bilik: 4

homestay di pulau pinang

Sumber Gambar: Letsgoholiday

11. De Aafiyah’s Homestay Apartment

Homestay yang berada di tengah-tengah Bandaraya P.Pinang, kawasan yang sangat strategik, pemandangan yang indah, berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik 🙂 Sesuai pada keluarga yang ingin bercuti, urusan kerja dan sebagainya. Kemudahan di homestay:

-Swimming Pool 
-Gym
-Playground
-Berjalan Kaki Untuk Ke Pasaraya
-1 Private Carpark (Jika ada kereta yg kedua, parking diluar parking berpalang dan berbayar)
-24 Jam CCTV
-Pemandangan Bukit Yg Indah

homestay di pulau pinang

Sumber Gambar: Letsgoholiday

Itulah dia 11 homestay di Pulau Pinang yang ingin kami kongsikan untuk hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.

Artikel Menarik Lain

Sukakan artikel ini? Selain menulis tentang homestay di Kuala Lumpur, kami juga menulis artikel menarik yang lain. Jemput juga baca artikel homestay yang lain. Jangan lupa untuk share dan like ya.

 

Sumber: Letsgoholiday

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.