Anda merancang untuk bercuti sambil mandi laut di Port Dickson? Jom kami kongsikan 11 homestay di Port Dickson yang bersih, menarik dengan harga berpatutan.

homestay di port dickson

Sumber Gambar: Traveloka

1. Yaacob Cocobay Apartment

Yaacob Cocobay Apartment adalah sebuah penginapan dengan sebuah bilik tidur yang mampu menampung 3 orang penginap. Apartment ini turut memiliki ruang tamu yang lengkap dengan banyak tempat duduk untuk anda bersantai sambil menonton TV ataupun berhibur menggunakan kemudahan wifi yang disediakan.

Ruang dapurnya pula lengkap dengan pelbagai kemudahan penting. Yang bestnya, apartment ini turut menyediakan kemudahan mesin basuh yang pastinya dapat memudahkan anda yang berniat untuk bercuti panjang di Port Dickson ini.

Bukan itu sahaja, homestay ini turut memiliki ruang balkoni yang menyajikan pemandangan kolam renang untuk dilihat sambil menikmati minum petang. Dari RM11O untuk semua ini? Tunggu apa lagi? Jom booking!

Alamat: Cocobay Condo Resort, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71250 Port Dickson

homestay di port dickson

Sumber Gambar: Booking.com

2. PD Perdana Homestay Pool Side

memuatkan bilangan ahli keluarga dari 5 ke 7 orang dalam apartment-apartment yang ditawarkannya, PD Perdana Homestay Pool Side adalah salah satu penginapan yang boleh anda pertimbangkan jika bercuti beramai-ramai.

Penginapan-penginapan yang tersedia dihias dengan ringkas namun dalam masa yang sama lengkap dengan kemudahan yang menambahkan keselesaan penginapan.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: PD Perdana, Batu 5, Jalan Pantai, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan, 71050 Port, 71050 Port Dickson

homestay di port dickson

Sumber Gambar: Booking.com

3. Private Apartment Glory Beach Resort

Dua pilihan penginapan yang disediakan Private Apartment at Glory Beach Resort adalah apartment dengan 2 buah bilik tidur dan apartment 3 buah bilik tidur. Apartment-apartment ini dihias dengan ringkas dan dalam masa yang sama memiliki suasana homie yang menjadikan penginapan terasa cukup santai.

Kebersihan penginapan ini juga sangat terjaga, bagi anda yang cerewet tentang kebersihan itu, inilah salah satu homestay yang pasti akan memuaskan hati anda.

Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah kolam renang dan taman untuk anda bersantai menikmati udara segar. Selain itu, apartment ini turut memiliki kawasan pantai peribadinya sendiri yang membolehkan anda berseronok bersama keluarga untuk menikmati pemandangan matahari terbenam atau menaik dalam penuh privasi.

Harga: Dari RM355+ Semalaman

Alamat: Jalan Tun Sambanthan Batu 2,tanjung gemok,glory beach resort, 71000 Port Dickson

homestay di port dickson

Sumber Gambar: Glorybeachresort

4. Akar Beach Resort

Teringin untuk berumah di tepi pantai? Apa kata kalau untuk cuti kali ini, anda jadikan impian ini sebagai realiti dengan menginap di Akar Beach Resort. Lokasinya, hanyalah 1 minit berjalan kaki untuk ke kawasan pesisir pantai.Resort 3 bintang ini juga terletak di lokasi yang jauh dari keriuhan kota, menjadikan Akar Beach Resort sebuah pilihan penginapan yang tepat bagi anda yang mendambakan ketenangan yang sebenar.

Disebabkan lokasinya yang begitu dekat dengan pantai, bunyi pukulan ombak yang menyegarkan deria dapat dinikmati tanpa mengira masa. Untuk beraktiviti, jika berseronok dengan air pantai masih tidak mencukupi, anda boleh bermandi-manda di kolam renang resort yang cukup luas.

Harga: Dari RM149+ Semalaman

Alamat: Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

homestay di port dickson

Sumber Gambar: Booking.com

5. Paradise Lagoon Apartments (Ombak Escapes)

Apartment dengan pemandangan laut yang mendamaikan hati, Paradise Lagoon Apartments (Ombak Escapes) adalah sebuah penginapan dengan 2 buah bilik yang mampu menampung 5 orang penginap.

Menjejakkan kaki di dalam bilik ini, anda dapat merasakan suasana nyaman yang disebabkan oleh gabungan warna-warna lembut dalam perhiasan dalamannya. Perabot-perabot rotan yang digunakan dalam apartment ini juga melahirkan aura semula jadi yang membuatkan jiwa terasa relaks. Tidak cukup dengan itu, pemandangan indah dari tingkap dan ruang balkoninya juga menjadikan penginapan ini cukup istimewa.

Berkaitan dengan kemudahan lain, ruang dapurnya lengkap dengan kemudahan penting untuk kegunaan anda sepanjang penginapan.

Harga: Dari RM320+ Semalaman

Alamat: Block F-L3-2, Corus Paradise Resort, Batu 2, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson.

homestay di port dickson

Sumber Gambar: Paradiselagoonpartment

6. Tasik Villa International Resort

Tasik Villa International Resort adalah sebuah penginapan bertaraf 4 bintang yang cukup sempurna fasilitinya dari kolam renang, pusat kecergasan, bilik sauna hinggalah khidmat urutan. Bukan itu sahaja, sesetengah penginapan yang ditawarkan seperti Family Villa dan 2 Rooms Villa resort ini memiliki kolam renang peribadi untuk anda terjun pada bila-bila masa.

Setelah puas berendam di dalam air kolam, anda boleh bersantai di ruang balkoni villa untuk menikmati pemandangan lanskap indah di sekitar resort sambil menghirup teh panas. Inilah percutian yang sempurna.

Harga: Dari RM352+ Semalaman

Alamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa Kota Lukut, Port Dickson, 71010 Port Dickson.

homestay di port dickson

Sumber Gambar: Booking.com

7. Radja Ocean View Resort

Radja OceanView Resort yang terletak di Telok Kemang ini menawarkan penginapan dari bawah RM200 yang dihias dengan ringkas namun lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah sendiri yang temasuklah ruangan dapur dengan segala perkakasan asasnya.

Sesetengah penginapan yang ditawarkan turut lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar di luar. Kemudahan lain yang disediakan adalah taman permainan kanak-kanak.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: Batu 9, Jalan Pantai, Telok Kemang Port Dickson, 71050 Port Dickson

homestay di port dickson

Sumber Gambar: Booking.com

8. Marina Crescent Villa Port Dickson

Melangkah masuk ke kawasan villa ini, anda dapat merasakan atmosfera eksklusif yang terpancar dari bangunan berwarna putih, Marina Crescent Villa Port Dickson.

Penginapan yang disediakan adalah sebuah apartment 2 bilik yang mampu menampung 6 orang penginap. Dari apartment ini juga anda dapat menikmati pemandangan kolam renang yang agak sejuk dipandang mata.

Yang menariknya lagi, apartment ini turut memiliki ruang taman peribadi yang boleh digunakan untuk aktiviti bbq. Berenang? Bbq? Bersantai di balkoni? Apa yang anda ingin lakukan dulu sebaik tiba di villa ini?

Harga: Dari RM599+ Semalaman

Alamat: 5 1/2 Mile, Jalan Pantai, Si Rusa, Tanjung Lembah, Negeri Sembilan, 71050 Port Dickson.

homestay di port dickson

Sumber Gambar: Getaroom

9. Private Seaview Penthouse

Siapa tak suka penginapan yang menyajikan pemandangan memukau jiwa bukan? Dari Private Seaview Penthouse Bajet ini, anda dapat menikmati hamparan air laut biru di hadapan balkoni.

Kerana lokasinya yang tidak jauh dari pantai, udara yang dapat dihirup  dari apartment ini terasa cukup segar.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Block-D-2-5 Batu 2,Jalan Pantai,71000 Port Dickson.

homestay di port dickson

Sumber Gambar: Hotel.com

10. Cocobay Resort Condo

Cocobay Resort Condo adalah sebuah apartment 3 bilik yang mampu memuatkan 6 orang penginap dengan ruang yang cukup luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Pemandangan yang dihidangkan dari ruang balkoni juga dapat merelakskan minda yang telah kepenatan.

Selain itu, penginapan ini turut lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik menjadikan bajet yang dikeluarkan terasa cukup berbaloi seperti 2 buah kolam renang, pit bbq, gelanggang badminton dan tenis.

Lokasinya pula, terletak hanyalah 6 minit perjalanan untuk ke Pantai Sri Purnama. Tarikan lain seperti Upside Down House hanyalah 6 minit dari homestay. Macam-macam aktiviti yang boleh dirancang bukan?

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Alamat: Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah Batu 9, 71050 Port Dickson

homestay di port dickson

Sumber Booking.com

11. Port Dickson Myra’s Home

Terletak 15 minit berjalan kaki dari kawasan pantai, Port Dickson Myra’s Home adalah sebuah penginapan apartment yang cukup santai dan penuh dengan keselesaan. Apartment dengan 2 buah bilik tidur ini turut memiliki ruang tamu yang dihias comel dengan perabot-perabot berwarna putih.

Selain itu, ruang dapurnya juga lengkap dengan kemudahan memasak untuk memudahkan anda membuat masakan panas bila-bila sahaja terasa lapar tanpa perlu bersusah-payah mencari kedai makan.

Kemudahan lain yang disediakan apartment ini adalah kolam renang yang luas untuk anda menikmati mandian menyegarkan sambil berseronok.

Harga: Dari RM350+ Semalaman

Alamat: Block E, PD Perdana Condo Resort Port Dickson, 71050 Port Dickson

homestay di port dickson

Sumber Gambar: Booking.com

Sumber: Booking.com

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.