Dunia kini diserang dengan virus yang dikenali sebagai Coronavirus atau COVID19. Virus ini amat berbahaya kerana mudah dijangkiti dan boleh membawa maut. Jadi, Menteri di seluruh dunia telah membuat ‘lockdown’ bagi negara yang angka kes dan kematiannya yang tinggi. Malaysia adalah salah satu negara yang angka kes dan kematian yang rendah. Menteri kita telah umumkan PKP untuk mengurangkan angka kes dari semasa ke semasa.

Oleh sebab COVID19 ini belum selesai, tetapi ia tidak menghalang umat islam daripada meneruskan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Cuma bezanya seperti bulan puasa sebelum-sebelum ini adalah kita tidak dapat berbuka di luar, terawih dan tiada bazaar Ramadan. Tetapi ada hikmah di sebalik kita berpuasa di bulan Ramadan ini.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 hikmah berpuasa di bulan Ramadan di musim COVID19. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

5 Hikmah berpuasa di bulan Ramadan

hikmah berpuasa di bulan ramadhan

Imej via officeholidays.com

1. Mungkin ini kali pertama kita fokus 100% berpuasa di Bulan Ramadhan tanpa terganggu dengan persiapan Aidilfitri

2. Mungkin ini kali pertama kita boleh fokus 100% terawih bersama anak anak dan isteri

3. Mungkin ini pertama kali pahala puasa kita tidak terganggu oleh dosa mata ketika mengunjungi Bazar Ramadhan seperti tahun tahun sebelum ini

"

4. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan Uzlah dan bersunyi sunyian hati kita bersama dengan Ilahi

5. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita terhindar daripada pergaulan bebas dan waktu solat yang tidak dijagai

6. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan menyendiri untuk refleksi hati dan diri kita sendiri.

*Di musim PKP ini kita dapat meluangkan masa bersama keluarga lebih daripada sebelum ini. Ini adalah satu kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Kita patut bersyukur kepadanya. Jangan pernah putus berdoa kepadanya semoga kes COVID19 ini dapat diselesaikan dengan cepat dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.