Keadaan Anda Pada Minggu ke-4 Kehamilan

Ovum yang tersenyawa bergerak melalui tiub fallopio ke uterus, di mana ia menanam dirinya di dalam endometrium. Ini boleh mengambil masa selama 3-10 hari. Sesetengah wanita mempunyai pendarahan yang kecil atau tompokan dalam tempoh implantasi.

Anda mungkin tidak menyedari adanya perubahan dalam tubuh anda seperti buah dada yang sakit dan keletihan. Tapi pada penghujung minggu ini, anda mungkin sudah terlewat haid dan sedang tertanya-tanya kalau-kalau anda sedang hamil.

Bayi Anda Semasa Anda Hamil 4 Minggu

Hamil Minggu 4
Imej:Yourbabylibrary.com

Sebaik hamil, ovum yang tersenyawa dipanggil sebagai blastosista mula membahagikan dirinya sendiri. Pada penghujung minggu ini, ia adalah sebiji bola yang memiliki kira-kira 2—sel dan diameter 4-5mm. Di dalam bola ini, 3 lapisan terbentuk.

  • Ektoderma – Ini menjadi sistem saraf bayi anda, otak, rambut dan kulit.
  • Endoderma – Ini menjadi usus dan organ-organ dalaman yang lain.
  • Mesoderma – Ini terbentuk dan menjadi rangka, sistem pendarahan dan otot-otot.

Di luar blastosista terbahagi kepada dua bahagian:

  • Bahagian luarnya menghantar tentakel kecil yang dipanggil sebagai vilus korioni yang tertanam di dalam endometrium. Vilus korioni ini akan membentuk menjadi plasenta.
  • Bahagian dalamnya menjadi kantung amnion iaitu buih pelindung yang mengandungi bendalir di mana embrio terbina.

Kembar Seiras

Seiras atau monozigot. Kembar terhasil bila satu sperma mensenyawakan satu ovum. Pada peringkat awalnya iaitu semasa proses pembahagian sel, telur yang disenyawakan terbahagi kepada dua dan mula membentuk dua orang bayi.

Kembar seiras mempunyai gen yang sama. Oleh itu mereka mempunyai jantina yang sama.

Penulis: Editor Bidadari.My

Avatar

Mencari post-post menarik di Facebook atau artikel bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca Bidadari.My. Semoga info yang dikongsi bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .