Anda Pada Minggu Pertama Kehamilan

Hamil Minggu 1
Imej:Yourbabylibrary.com

Anda tidak hamil pada masa ini. Malah, anda sebenarnya datang haid. Kehamilan anda dikira bermula pada hari pertama tempoh ini. Ini kerana ia boleh jadi sukar, atau mustahil untuk mengetahui tarikh tepat anda hamil. Namun, ramai wanita boleh mengingati hari haid mereka bermula.

Sebelum Hamil

Jika anda berharap untuk hamil, pakar kesihatan akan mengesyorkan anda:

  • Ambil asid folik paling kurang selama 3 bulan sebelum hamil dan 3 bulan semasa hamil.
  • Dapat imunisasi rubella jika anda belum mendapatkannya – dan elakkan hamil selama 1 bulan selepas vaksin.
  • Bercakaplah dengan doktor atau kaunselor genetik jika ada sejarah penyakit keturunan di dalam keluarga anda.
  • Dapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mempunyai masalah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan epilepsi.
  • Periksa keselamatan apa-apa ubat yang anda ambil dengan doktor anda.
  • Berhenti meminum alkohol dan elakkan meminum terlalu banyak kopi, teh dan minuma-minuman lain yang berkafein di dalamnya.
  • Hentikan merokok dan pengambilan dadah yang tidak dibenarkan.
  • Dietlah secara sihat dan seimbang, dengan banyak vitamin dan mineral.
  • Jalanilah hidup dengan aktif.

Anda juga akan mahu memikirkan tentang hal-hal praktikal seperti hak cuti semasa bersalin, kewangan keluarga anda, rumah anda, kenderaan anda, dan bagaimana anda serta pasangan anda merancang untuk menguruskan penjagaan anak anda.

Penulis: Editor Bidadari.My

Avatar

Mencari post-post menarik di Facebook atau artikel bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca Bidadari.My. Semoga info yang dikongsi bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.