Hubungan suami isteri menjadi renggang apabila bersikap dingin dan jarang bersama. Bagi mengelakkan masalah tersebut berlarutan, jangan salahkan suami atau isteri dek kerana ghairah seksual mereka yang berkurangan.

Selain menambat hati suami dengan pelbagai cara, pemakanan memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan ghairah seksual antara suami isteri. Jom lihat 27 jenis makanan yang meningkatkan ghairah seksual anda!

ghairah seksual
Imej via [lifestyle]

1. Tiram

Tahukah anda, tiram mengandungi zink yang berfungsi meningkatkan ghairah seksual dan nafsu? Sama ada lelaki atau wanita, makan tiram dan seafood akan menambahkan ghairah seksual.

2. Strawberi Dan Rapsberi

Strawberi dan rapsberi mengandungi kandungan zink yang kuat bagi menghasilkan sperm untuk kaum lelaki, manakala kaum perempuan pula lebih bersedia untuk seks jika mengambil zink yang banyak. Zink akan digunakan oleh tubuh lelaki untuk mengawal hormon testosteron mereka menghasilkan sperm.

3. Bayam

Makan bayam menjadikan wanita lebih kuat, tenang dan sihat terutamanya pada bahagian miss V. Miss V akan lebih sihat dan mudah mencapai orgasme.

ghairah seksual
Imej via [pasar-express]

4. Ikan

Ikan adalah protein yang penuh dengan lemak omega 3. Ia menjadikan tubuh badan lebih segar dan bertenaga. Secara automatiknya, ia turut meningkatkan ghairah seksual seseorang.

5. Teh Hijau

Teh hijau mencantik dan melancarkan peredaran darah anda. Minum teh hijau setiap hari dengan kadar 2 cawan mampu meningkatkan ghairah seksual seorang wanita.

6. Bawang

Lebihkan bawang dalam masakan bukan sahaja memudahkan wanita untuk hamil, tetapi dalam merangsang ghairah seksual mereka. Ini adalah makanan wajib semua!

7. Oatmeal

Ramai tidak tahu bahawa oatmeal dapat meningkatkan hormon testosterone dalam darah. Ia menghasilkan sperm berkualiti dan meningkatkan libido.

Imej via [walnuts]

8. Kacang Walnut

Kacang walnut adalah makanan untuk meningkatkan ghairah seksual yang boleh diamalkan oleh wanita dan lelaki. Anda boleh makan kacang walnut sebagai kudap-kudapan.

9. Madu

Madu sangat tinggi khasiatnya terhadap suami mahupun isteri. Ia juga makanan sunnah yang mempunyai 1001 kebaikan harus anda amalkan.

10. Daging

kandungan yang terdapat dalam daging adalah protein, vitamin B dan juga zink. Kandungan ini membantu membekalkan zat kepada suami isteri sehingga libido serta ghairah seksual meningkat.

11. Coklat

Coklat menjadikan seseorang sangat gembira. Dengan coklat juga, mood dan perasaan akan menjadi lebih baik dan positif. Ghairah seksual suami isteri akan meningkat dan terjalin kesan kegembiraan yang dialami.

Imej via [damia9448]

12. Jeruk

Siapa sangka dengan memakan jeruk, ghairah seksual akan meningkat! Ya, jeruk membentuk metabolisme tubuh badan dan meningkatkan tenaga dalaman untuk anda dan pasangan.

13. Anggur Merah

Anggur merah kaya dengan sifat antioksidan yang berfungsi melancarkan peredaran darah. Tubuh menjadi rileks dan tenang serta bersedia untuk hubungan seks.

14. Kerang

Kerang mengandungi dopamin iaitu sejenis zat yang akan meningkatkan ghairah seksual dan nafsu anda. Di samping itu, ia juga kaya dengan zink yang memberikan tenaga dalaman dan luaran kepada kedua pasangan.

15. Avocado

Avocado yang turut dikenali dengan nama ‘buah zakar’ oleh masyarakat Aztec ini mengandungi asid folic dan vitamin B6. Ia sangat berkesan dalam meningkatkan ghairah seksual dan hubungan yang sihat.

ghairah seksual
Imej via [iluminasi]

17. Kopi

Kopi adalah perangsang nafsu seks! Minuman kopi menjadikan seorang lelaki lebih bertenaga, segar dan mempunyai keinginan seksual.

18. Tembikai

Tembikai dapat meningkatkan ghairah seksual kerana ia mengandungi citrulline. Citrulline akan membebaskan asid amino dan arginine di dalam badan serta bertangunggjawab bagi kesihatan vaskular.

19. Saffron

Ramai juga tidak tahu apa itu saffron, saffron juga dapat meningkatkan keinginan seks dan libido. Anda boleh dapatkan saffron di kedai-kedai makanan sunnah.

20. Pisang

Jangan salah anggap, pisang bukanlah gambaran seksual untuk lelaki. Tetapi ia juga adalah buah yang mengandungi brolemain yang dapat meningkatkan ghairah seksual lelaki.

ghairah seksual
Imej via [batam.tribunnews]

21. Bawang Putih

Bawang putih dapat melancarkan darah dimana terdapat allicin yang menstabilkan laluan darah ke organ seks. Anda dan pasangan juga boleh bertahan lebih lama lagi!

22. Buah Pelaga

Buah pelaga dapat merangsang sistem saraf pusat dan menyebabkan seseorang itu inginkan seks setelah mengambilnya. Anda boleh campurkannya di dalam masakan seperti gulai, kari, sup dan lain-lain lagi.

23. Daun Seleri

Selepas mengambil daun seleri, hormon pheromones anda akan dilepaskan. Anda akan tertarik pada pasangan dan terjaga untuk mereka. Anda boleh buat jus seleri atau letakkan daun seleri di dalam makanan seperti sup dan banyak lagi.

24. Buah Pala

Buah pala akan menyebabkan libido bertambah meningkat dan ghairah seksual anda semakin naik. Makanlah buah pala yang asli, bukan serbuk. Buah pala boleh didapatkan di mana-mana kedai buah atau pasar. Tidak susah untuk anda mencarinya.

25. Cengkih

Cengkih memberikan anda nikmat, fokus dan lebih selesa apabila berhubungan. Makanlah makanan yang mengandungi cengkih.

26. Kayu Manis

Sama juga seperti cengkih, makan makanan yang mengandungi kayu manis dapat meningkatkan ghairah seksual anda dengan mudah.

27. Biji Labu

Biji labu bersifat antioksidan dan mampu merangsang seseorang untuk berhubungan seks. Anda boleh amalkannya bersama pasangan.

28. Asparagus

Selain makanan kesihatan, asparagus juga menjadikan mood anda ceria sepanjang hari, serta hormon seksual anda dilepaskan.

Itulah dia 28 jenis makanan yang bakal meningkatkan ghairah seksual anda dan pasangan. Semoga bermanfaat! Jom baca juga Sebab erat silaturrahim, perkara perlu buat jika tawar hati dengan suami dan petua dapat anak kembar.

Rujukan:

  1. my.theasianparent
  2. mhetv.my
  3. sentiasapanas

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.