Asas makeup untuk dapatkan wajah yang cantik berseri adalah dengan menggunakan foundation. Ini sesuai dengan ciri foundation itu sendiri yang akan berperanan sebagai bedak asas. Foundation yang terbaik harus di cari supaya sesuai dengan keadaan kulit wajah masing-masing.

Paling bagus jika berjaya dapatkan foundation terbaik yang boleh bantu menutup sebarang cela di wajah. Selain itu foundation terbaik sebegini juga dapat mengurangkan masalah kulit wajah berminyak supaya kelihatan lebih normal dan flawless.

Foto Kredit : Bidadari.my

Barulah pakai makeup pun tahan lama sampai setengah hari! Ini tidak baru susah payah pakaikan makeup dengan lama, tak sampai setengah jam dah pun cair dek terkena pahanan matahari.

Antara 10 Foundation Yang Sering Dibeli Dan Diguna Oleh Para Wanita

Di sini akan dikongsikan 10 jenis foundation terbaik yang sering digunakan oleh para wanita terutama di kalangan wanita Asia. Senarai ini hanyalah sekadar perkongsian cadangan dan anda harus tahu yang foundation ini hendaklah juga di pilih supaya sesuai dengan kulit wajah masing-masing.

#1 – Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation

Image Via : LAZADA

Antara jenama yang sudah dipercayai ramai. Kini MAYBELINE hadir dengan faoundation yang terdiri dari 19 warna untuk dipilih. Foundation ini menjanjikan kemasan serbuk matte untuk hasilkan rupa kulit yang lebih licin. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama untuk kulit wanita Asia. Serasi untuk pengguna berkulit normal dan berminyak.

#2 – G9 BIOAQUA Super Wearing Water Flawless BB Cream

Image Via : LAZADA

Selesa dipakai, tidak berminyak dan tidak mudah luntur. Percaya ataupun tidak harganya hanyalah RM4.90! Didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Gading Putih, Kuning Cerah dan juga Warna Semulajadi. Kapasitinya adalah seberat 30ml. Ia berfungsi untuk menutup cela terutama pada kawasan dahi dan juga pipi.

#3 – L’Oreal Paris True Match Liquid Foundation SPF16

Image Via : LAZADA

Foundation dari L’oreal Paris ini pula dapat memberi liputan sederhana pada kulit wajah untuk tampal lebih semulajadi dan berseri. Ia turut dapat memberikan fungsi kelembapan dan perlindungan UV selama 24 jam selepas penggunaan. Terdapat pelbagai warna untuk di pilih yang sepadan dengan rona dan tekstur kulit.

#4 – L’Oreal Paris Infallible 24H Fresh Wear Foundation

Image Via : LAZADA

Memperkenalkan foundation dari L’Oréal Paris yang diberi nama Infallible 24H Fresh Wear Foundation. Foundation ini dihasilkan dengan misi untuk memberi perlindungan tinggi sekaligus untuk menyembunyikan penampilan wajah yang telah letih dan bernoda. Dengan pemakaian foundation dengan formula 24H ini, anda akan dapat merasa segar dari siang hingga ke malam dengan wajah yang lebih sempurna.

#5 – OKAYA Perfect Liquid Foundation Medium

Image Via : LAZADA

Sesuai untuk semua jenis kulit dengan tujuan untuk melembutkan, menyeimbangkan kulit, dan menghaluskan wajah tanpa meninggalkan kesan berminyak ketika dipakai. Ia turut boleh membaiki kerosakan pada permukaan kulit. Boleh digunakan pada semua jenis kulit (kering, berminyak dan sensitif).

Mengandungi kandungan asid lemak, minyak omega, vitamin E dan C yang dapat membantu memulihkan keanjalan pada wajah dan mengurangkan kedutan akibat penuaan. Ia turut dapat mencegah jerawat dan menghilangkan noda pada wajah.

#6 – BOURJOIS Healthy Mix Serum Foundation (#53 Beige Clair) productnation

Image Via : Ziella Mudev

Anda pernah dengan foundation jenama Bourjois? Jika nak tahu foundation dari jenama Bourjois ni dihasilkan dari bahan semulajadi. Ia berfungsi untuk memberi kelembapan pada kulit wajah agar tidak mengalami masalah kekeringan. Foundation jenis ini dalam bentul gel dan sangat ringan pada kulit.

Dihasilkan daripada ekstrak buah laici, goji beri dan delima, foundation ini memang sangat menarik dan berbeza dari foundation yang lain. Paling best, ia kaya dengan vitamin semulajadi untuk bantu wajah kelihatan lebih, anjal, kenyal dan awet muda.

#7 -SILKYGIRL Skin Perfect Liquid Foundation (02 Natural)

Image Via : Yettezkie’s

Foundation berbeza dengan fungsi yang pelbagai. Bukan semata di pakai untuk mahu nampak cantik saja. Untuk foundation keluaran dari Silkygirl ini, ia turut mempunyai kandungan Nano Seaweed Plus Vitamin E yang akan bertindak sebagai anti-oksidan terhadap radikal bebas.

Dalam erti kata lain ia akan dapat bantu lindungi kulit dari masalah garis halus. Selain itu, ia turut mengandungi SPF 30 dan PA +++ untuk melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB yang berbahaya. Dengan foundation ini wajah bukan saja dapat kelihatan lebih cantik dan glowing tapi juga dapat lindungi kulit wajah dengan lebih sempurna.

#8 – E.L.F Acne Fighting Foundation

Image Via : Shoppee

Foundation ini pula sangat bagus untuk dijadikan sebagai krim asas sebelum urusan makeup yang lain untuk melindungi jerawat dan menutup kesan parut jerawat. Tak hanya itu ia juga sangat bagus untuk menutup segala masalah pada kulit wajah sehingga tidak nampak cela. Bukan sahaja baik untuk kulit berjerawat malahan buat anda yang memiliki kulit sensitif juga. Selain itu foundation ini tidak akan menyebabkan kulit menjadi pedih atau iritasi selepas memakainya. 

Ia dihasilkan dengan bahan sesuai dan diperkaya dengan asid Salicylic, Witch Hazel, Camphor, Tea Tree dan Soothing Aloe. Foundation yang berfungsi sebagai full coverage ini juga mampu untuk mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat serta menghapuskan sel-sel kulit mati. Saiznya yang sederhana sangat senang untuk dibawa kemana sahaja, masuk je ke dalam handbag selesai masalah.

#9 – ELIANTO Whitening Stick Foundation (04 Classic Beige)


Image Via : Shoppee 

Untuk foundation dengan nama Elianto ini pula, ia sangat mudah dipakai dan juga sangat sebati pada permukaan kulit. Formulanya yang agak ringan tampak canggih dan berbeza. Ia turut memberikan rasa sangat halus dengan liputan tertinggi dan turut tidak melekit pada kulit selepas di pakai. Selain itu, produk ini juga turut mengandungi fungsi pemutihan dengan SPF60 + / PA +++ supaya kulit tampak lebih natural dan semulajadi.

Dengan menggunakan produk ini, ia dapat menutupi semua ketidak sempurnaan pada wajah seperti liang pori yang terbuka, garis halus dan , bintik-bintik gelap, parut jerawat dan sebagainya.

#10 – M.A.C Pro Longwear Nourishing Waterproof Foundation

Image Via : Ohayo

Ada tak foundation yang bersifat kalis air? Jawapannya ya ada! Untuk foundation dengan sifat kalis air dari jenama MAC ini, ia turut boleh digunakan sebagai concealer bagi menutup cela. Dan pemakaiannya boleh bertahan sehingga 24 jam paling maksimum.

Formula yang digunakan untuk penghasilan foundation ini dapat menggabungkan rasa liputan yang ringan dan penuh rasa satin semulajadi apabila dikenakan pada kulit. Sangat halus. Ia juga turut menyediakan penghidratan segera dan sesuai untuk pemakaian jangka panjang kerana sifatnya yang bebas minyak.

Cara Pantas Untuk Pemakaian Foundation Yang Betul Sempurna

Cara paling pantas untuk memudahkan urusan pemakaian foundation yang sempurna pada wajah adalah dengan menggunakan jari ataupun berus. Picitkan foundation sebesar syiling 10 sen ke bahagian belakang tapak tangan kemudian sapukan sedikit demi sedikit ke permukaan kulit wajah.

Setelah itu bolehlah di tepek sapu secara berulang kali dengan menggunakan dua jari mahupun berus. Pastikan foundation di sapu dengan betul-betul rata dan bolehlah mula kenakan produk makeup yang seterusnya.

Mana nak dapatkan foundation terbaik seperti yang ada di dalam senarai tersebut? Tak perlu susah payah kerana ada dapat buat pembelian secara terus dari Shopee dan juga LAZADA Malaysia. Shopee dan Lazada ni kan antara portal beli belah #1 di Malaysia jadi anda boleh jimat masa dan jimat tenaga dengan hanya shopping secara hujung talian.

Makeup itu tidak susah, yang penting anda tahu produk mana yang sesuai dengan diri. Tak salah mencuba tetapi jika ada sebarang kesan sila hentikan pemakaian kerana kesan ke atas setiap individu adalah berbeza. Selamat bershopping dan semoga niat anda untuk mendapatkan foundation terbaik untuk diri akan berhasil.

Tambahan :

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my

Sumber :

  1. Wanista

2. Cosmopolitan

3. Product Nation

Penulis: Siti Awadah

Avatar

Isteri dan ibu kepada 6 cahayamata. Berpendidikan di dalam bidang bisnes dengan kerjaya tetap sebagai penulis bebas. Gemar berkongsi mengenai sirah Islam, isu rumahtangga dan keibubapaan berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.