Fibroid merupakan mimpi ngeri buat seorang wanita. Ianya bukan sahaja boleh menjejaskan kesuburan malah jika ia dikesan semasa anda sedang mengandung, ia boleh menjejaskan kandungan dan menyebabkan risiko keguguran.

Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan petua hilangkan fibroid supaya anda tak perlu menjalani pembedahan.

fibroid

Sumber: Fibroidsecodnopinion

1. Jangan minum dari bekas plastik

Ini kerana plastik boleh meningkatkan hormon xenoestrogen yang menyebabkan fibroid semakin membesar.

2. Jangan gunakan bekas plastik di dalam microwave

Sekiranya anda ingin memanaskan makanan atau minuman di dalam microwave, jangan gunakan bekas plastik untuk mengelakkan risiko peningkatan hormon xenoestrogen dalam tubuh badan.

3. Elakkan makanan yang menyebabkan fibroid semakin membesar

Sesetengah makanan dikatakan boleh menyebabkan fibroid anda semakin membesar. Oleh itu, apabila anda disahkan mempunyai fibroid, sila elakkan daripada mengambil makanan-makanan berikut:

  • Produk tenusu. Produk tenusu di pasaran kebanyakannya mengandungi steroid yang sangat tinggi. Selain itu, produk tenusu juga mengandungi bahan kimia yang boleh mengubah hormon dan menggalakkan fibroid semakin membesar.
  • Daging yang diproses. Contoh daging yang diproses ialah daging burger, hotdog, koktel, dan sosej. Ianya bukan sahaja tinggi dengan lemak malah mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia yang boleh menyebabkan fibroid anda semakin membesar.
  • Gula yang diproses. Pengambilan gula diproses seperti gula putih akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon lalu menyebabkan fibroid anda semakin membesar.
  • Karbohidrat yang diproses. Selain gula,  karbohidrat yang diproses seperti bijirin segera, pasta, mee kuning, dan ramen juga perlu anda elakkan kerana ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan anda.
  • Kafein. Pengambilan kafein secara berlebihan akan mengganggu fungsi hati iaitu  menjaga kestabilan hormon dalam tubuh badan. Kafein juga meningkatkan tahap estrogen dalam badan lalu menyebabkan fibroid anda semakin membesar.
  • Alkohol. Pengambilan alkohol boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menurunkan imuniti badan.
fibroid

Sumber: Siraplimau

4. Pilih makanan organik

Makanan organik tidak terdedah kepada racun serangga yang menjadi punca ketidak seimbangan hormon. Hormon yang bercelaru dalam tubuh badan akan menyebabkan fibroid anda semakin membesar.

5. Sayuran hijau

Sayuran hijau seperti sawi, bayam, dan kailan kaya dengan Vitamin K yang membantu membekukan darah dan mengelakkan pendarahan teruk semasa anda haid.

6. Kobis

Kobis menggalakkan proses detoksifikasi hati dan membantu hati mengawal hormon dalam badan dengan lebih baik. Selain itu, kobis  mampu menyeimbangkan paras estrogen dalam badan anda. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan sayuran dari keluarga kobis seperti brokoli, kubis, kubis cina, dan bunga kobis mengurangkan risiko fibroid berulang.

7. Makanan kaya dengan beta karotin

Makanan seperti lobak merah, brokoli, bayam, lada benggala, dan labu membantu membaiki tisu yang rosak dan menggalakkan pertumbuhan tisu baru yang sihat untuk menggantikan tisu yang rosak akibat fibroid.

8. Makanan kaya dengan zat besi

Wanita yang mempunyai fibroid biasanya mengalami pendarahan yang teruk semasa haid. Kehilangan darah secara berlebihan boleh menyebabkan anemia. Oleh itu, pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti coklat gelap, labu, hati ayam, kekacang, daging merah, dan bayam.

9. Minyak ikan

Minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3 mampu menstabilkan hormon estrogen dalam badan lalu membantu mengelakkan fibroid anda daripada membesar.

10. Minyak flaxseed

Seperti minyak ikan, minyak flaxseed juga  mampu menstabilkan hormon estrogen dalam badan lalu membantu mengelakkan fibroid anda daripada membesar.

fibroid

Sumber: Healthymiss

11. Bijirin penuh

Bijirin halus seperti millet, beras perang, buckwheat, dan oat adalah sangat baik untuk anda yang disahkan mempunyai fibroid.

12. Herba untuk detoks

Herba seperti ginseng, akar likoris, dan raspberry merah membantu detoks hati bagi menggalakkan hati berfungsi untuk menyeimbangkan hormon dengan lebih baik. Selain itu, herba detoks membantu mengatasi masalah ketidak stabilan hormon dalam tubuh badan anda.

13. Minyak kastor

Minyak kastor menggalakkan detoks hati dan membunag toksin dari badan yang menjadi punca fibroid anda semakin membesar.

14. Bersenam

Senaman membantu menstabilkan paras insulin dalam badan dan membantu mengelakkan masalah ketidakseimbangan hormon. Bersenam juga membantu membunag toksin dari badan melalui peluh.

15. Lindungi diri daripada toksin

Toksin dari persekitaran dan barangan kegunaan harian boleh menyebabkan ketidakstabilan hormon. Di antara alatan biasa yang mendedahkan anda kepada toksin ialah:

  • Racun perosak
  • Baja sintetik
  • Bahan peluntur
  • Pengawet makanan
  • Pewarna makanan

16. Ikan laut dalam

Apabila anda disahkan mempunyai fibroid, elakkan daripada makan ikan biasa yang banyak dijual di pasar basah. Ini kerana ikan laut dalam terlindung daripada pencemaran yang boleh menyebabkan gangguan hormon. Contoh ikan laut dalam ialah ikan salmon.

fibroid

Sumber: Manettas

17. Kurangkan makan kerang-kerangan

Kerang-kerangan seperti kerang, lala, kepah, dan lokan biasanya mengandungi kandungan merkuri dan berkolesterol yang tinggi kerana ia laut yang tercemar.

18. Makanan tinggi fiber

Makanan tinggi fiber seperti beras perang, soya, roti wholemeal, kacang kuda, dan kacang dal dikatakan mampu menurunkan kadar estrogen didalam darah. Apabila hormon estrogen dalam darah berkurangan, fibroid anda juga tidak akan membesar.

19. Kekacang

Kekacang seperti soya, almond, badam, walnut, dan biji matahari kaya dengan asid lemak, protein, selenium, dan phytoestrogen. Phytoestrogen menghalang fibroid daripada membesar. Sementara selenium menjaga lapisan rahim anda.

20. Air kosong

Air kosong sangat penting bagi memastikan proses perkumuhan dan detoks untuk membuang toksin dari badan berjalan dengan lancar.

21. Bawang merah & bawang putih

Bawang merah & bawang putih mengandungi anti oksida yang tinggi dan bersifat anti radang. Ia membantu mengurangkan risiko fibroid anda semakin membesar.

fibroid

Sumber: Nandurwit

Itulah dia perkongsian kami tentang fibroid. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang tips cepat hamil, bahaya senggugut, dan tips mencegah endometriosis.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.