Ada yang bertanya saya tentang set kesuburan. Ada yang sudah 2 tahun, 6 tahun malah 9 tahun berkahwin dan masih belum direzekikan dengan zuriat, dan mereka meminta nasihat saya tentang soal yang melibatkan kesuburan.

Malahan banyak produk yang masuk ke dalam mesej inbox FB saya termasuk krim sapuan dan lain-lain untuk meningkatkan kesuburan, dengan harga yang mencecah hampir ribuan, bahkan dikepilkan sekali dengan testimoni yang begitu meyakinkan.

Saya tahu, orang yang sangat inginkan cahayamata sanggup berbuat apa sahaja dan sanggup belanjakan berapapun harganya.

Tapi duhai pembaca budiman, untuk ‘tackle’ masalah kesuburan bukanlah semudah itu. Sebagai seorang doktor, yang berkait soal kesuburan saya tidak akan terus mencadangkan apa-apa supplemen secara semberono, kerana saya tidak suka menjual harapan.

Buat apa belanjakan beratus-ratus untuk makanan tambahan/supplemen yang sebenarnya bukan keperluan? Ada wanita mengambil macam-macam ubat, supplemen, jamu, pergi berurut untuk ‘menaikkan peranakan’, dan pelbagai lagi usaha, sedangkan masalahnya pada si suami!

Jadi biasanya saya akan tanya dahulu tentang masalah kedua-dua wanita dan lelaki, untuk mencari punca. Masalah kesuburan terbahagi kepada dua faktor utama; “female factor” iaitu masalah kesuburan wanita dan “male factor” iaitu masalah yang disebabkan oleh lelaki.

masalah kesuburan wanita

Carta menunjukkan faktor yang menyumbang kepada ketidaksuburan. [Wikipedia]

Secara ringkasnya, sebuah kajian menunjukkan kira-kira satu pertiga kes infertility (ketidaksuburan) disebabkan oleh wanita sahaja, satu pertiga kes infertility disebabkan lelaki sahaja, dan satu pertiga lagi disebabkan oleh kedua-duanya atau tiada sebab yang boleh dikenalpasti.

Jadi mentaliti masyarakat perlu dibetulkan terutama bab ‘kemandulan’ yang sering ditujukan hanya kepada wanita semata-mata. Bahkan sebuah lagi kajian menyebutkan dalam kira-kira 40% suami isteri yang belum dikurniakan zuriat, pasangan lelakilah yang merupakan faktor penyebab atau faktor penyumbang kepada ketidaksuburan pasangan-pasangan tersebut.

Punca Lelaki Tidak Subur

Antara faktor disebabkan LELAKI adalah;

1) Sperma yang abnormal – dari segi jumlah, morphology, motility dan lain-lain (yang boleh disebabkan oleh infection, kencing manis tidak terkawal, perokok tegar dsbgnya)

2) Masalah mati pucuk, premature ejaculation, retrograde ejaculation dan lain-lain.

3) Terdedah kepada bahan kimia atau toksin berlebihan seperti kuat merokok, pengambilan alkohol atau dadah berlebihan dan lain-lain.

Punca Wanita Tidak Subur

Antara faktor disebabkan WANITA pula adalah;

1) Masalah ovary yang melibatkan proses ovulasi seperti polycystic ovarian syndrome (PCOS)

2) Masalah yang disebabkan rahim atau pangkal rahim seperti masalah anatomi rahim, fibroid yang menghalang proses penempelan dan lain-lain

3) Masalah tiub fallopio seperti tiub tersumbat atau mengalami radang

4) Masalah endometriosis

5) Masalah thyroid

6) Kencing manis tidak terkawal

7) Badan yang terlalu gemuk atau terlalu kurus

8) Dan lain-lain

Jika ada faktor di atas yang mungkin menyebabkan ketidaksuburan anda/pasangan, seeloknya cubalah atasi atau dapatkan rawatan.

Jika anda tiada sebarang masalah di atas, bolehlah saya syorkan supplemen tertentu untuk membantu meningkatkan kesuburan, di samping memberi konsultasi tentang hubungan kelamin ketika waktu subur dan sebagainya.

Kita sebagai hamba hanya mampu berikhtiar, doa dan tawakkal kepada Tuhan, dan Dialah sebaik-baik Pemberi Rezeki.

Penulis: Dr Hana

Dr Hana

Seorang doktor, isteri & ummi. Bekerja di klinik ibu & anak, sangat meminati dalam bidang kehamilan, penyusuan bayi & kesuburan suami isteri.. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.