Kesan lebam di tangan akan berlaku secara tiba-tiba tanpa kita sedar. Kadang-kadang kita tidak terlanggar apa-apa benda yang keras tetapi -tiba ada kesan lebam di tangan, kaki atau di anggota badan yang lain. Orang dulu-dulu kata, jika ada kesan lebam di anggota badan secara tiba-tiba maknanya kita terkena gigitan jin. Betulkah?

Mari kami kongsikan tentang info ini yang kami ambil dari artikel Dr. Suhazeli Abdullah. Beliau merupakan doktor pakar perubatan keluarga dan banyak memberi maklumat mengenai penyakit yang dihadapi oleh pesakitnya. Info sebenar mengenai faktor lebam di tangan.

kesan lebam di tangan
Image via Facebook

Menurut kajian yang dilakukan oleh pengkaji, ia berpunca daripada beberapa faktor yang mengakibatkan kulit kita ada kesan lebam. Bahasa perubatan sebut Senile Perpura.

2 faktor kesan lebam di tangan

  • Kolagen bawah kulit makin merosot. Apabila tersadung benda keras senang je perdarahan bawah kulit berlaku.
  • Kawasan lengan paling banyak terdedah cahaya matahari. Lagi cepat kolagen kulit mereput.

Langkah mengelakkan ada kesan lebam di tangan.

  • kurangkan persentuhan dengan benda keras.
  • Pakai krim perlindungan kulit seperti sunblock.

*Kesimpulannya, kesan lebam di tangan bukannya disebabkan gigitan jij yang dikata-katakan orang dulu-dulu. Ia disebabkan kolagen di bawah kulit semakin berkurang.

Maka, muncul kesan lebam di kulit. Jika kita terkena penyakit yang kita tidak pasti, berjumpalah dengan doktor pakar yang berdekatan dengan kawasan perumahan anda. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .