Apakah darah beku? Darah beku memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan tubuh badan. Namun darah beku boleh menjadi satu masalah jika terjadi di dalam vena dan arteri yang mengalirkan darah ke seluruh badan dan dari jantung.

Ibu mengandung adalah salah satu individu yang mudah mendapat darah beku. Darah beku amat serius jika terjadi pada ibu mengandung kerana ia boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat dengan segera. Jika berlaku darah beku, ibu mengandung tidak dapat menyalurkan nutrisi kepada kandungan.

Saat gumpalan darah terbentuk untuk menutup pembuluh darah yang terkoyak akibat luka pada kulit, maka hal itu dianggap normal dan jarang menimbulkan masalah. Namun, saat gumpalan darah terbentuk di dalam vena dan arteri, itu yang menjadi masalah. Ia disebabkan oleh kerosakkan pada lapisan dalam vena, aliran yang tidak normal dan lambat.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai faktor darah beku bagi ibu mengandung. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

faktor darah beku ibu hamil

Imej via Facebook

Punca ibu mengandung ada darah beku

Ikuti perjelasan lengkap dari Dr Muhammad Izzat

Darah orang mengandung ini Allah jadikan lebih pekat berbanding darah orang biasa dan secara normalnya darah ibu ini lebih mudah nak membeku bagi menyediakan proses bersalin. Jika berlaku pendarahan yang banyak, badan lebih bersedia mengurangkan pendarahan dengan cepat bagi mengaktifkan sistem pembekuan darah.

"

Hal ini kerana, rahim yang semakin membesar yang mengandungi bayi akan menekan saluran darah utama sekaligus menyebabkan aliran darah menjadi kurang lancar. Bila hal ini terjadi ditambah dengan ibu sifat semulajadi darahnya senang beku maka thrombosis dan darah beku senang terjadi.

Namun begitu, masalah darah beku ini boleh jadi lima kali ganda masa berpantang jika dibandingkan semasa hamil. Ini kerana terdapat perubahan komposisi air lepas bersalin yang mengakibatkan darah menjadi lebih pekat lantas risiko lebih meningkat pada tiga minggu pertama lepas bersalin.

Pada kebiasaannya, darah beku ini terbentuk pada saluran darah di bahagian kaki terlebih dahulu. Apabila ia membeku dengan lebih banyak sekaligus menyebabkan keadaan Deep Vein Thrombosis.

Atas sebab itu jugalah ibu dalam pantang akan mengadu sakit pada betis semasa berjalan. Jika masalah ini tidak diberikan rawatan segera lantas ia akan pecah kepada cebisan kecil pada bila-bila masa lalu bergerak ke peredaran darah peparu hingga menyebabkan saluran darah peparu tersumbat hingga boleh membawa maut.

Faktor meningkatkan darah beku selepas bersalin

🔹Ibu pernah mengalami masalah ini pada kehamilan sebelumnya

🔹Umur ibu melebihi 36 tahun dan ke atas

🔹Obesiti

🔹Anak sudah melebihi 3 orang

🔹Merokok

🔹Urat timbul pada kaki

🔹Pre eclampsia

🔹Kehamilan kembar

🔹Pembedahan czer

🔹Kelahiran guna forceps

🔹Proses bersalin jadi panjang

🔹Tumpah darah

🔹Kelahiran pramatang

🔹Kelahiran mata atau stillbirth

🔹Sebarang prosedur yang dibuat semasa hamil

🔹Muntah teruk ketika mengandung

🔹Jangkitan kuman yang teruk

🔹Ibu tidak bergerak

🔹Kurang minum air

Ibu dari kaum Melayu maut lebih tinggi

Menurut Dr Izzat, berdasarkan analisis kebanyakan ibu dari kaum Melayu selalu melarang ibu berpantang dari mengambil air masak terlalu banyak, disuruh banyakkan berehat atau baring saja kerana takut bentan.

Lebih-lebih lagi, ada di antara ibu yang tidak mengambil suntikan mencegah darah beku seperti Enoxaparin/ Clexane kerana bimbang adanya kandungan DNA khinzir.

Suntikan untuk cegah darah beku selepas bersalin

Walaupun Enoxaparin/Clexane mengandungi DNA khinzir yang sedikit namun pengunaannya telah difatwakan dan dibenarkan untuk tujuan perubaan dan tiada ubat lain setanding dengan ibu ini.

Suntikan heparin tidak memberikan kesan berkesan seperti Enoxaparin/Clexane terutama ibu yang beratnya melebihi 90kg. Jika mahu juga heparin ini, ia perlu dilakukan dua kali sehari berbanding Enoxaparin/Clexane yang diberi sekali saja sehari.

Sementara itu, Arixtra/Fondaparinux adalah sangat mahal. Arixtra tidak mempunyai kajian yg cukup untuk penggunaan terhadap ibu hamil kerana ia boleh bahayakan bayi semasa menyusu ibu.

*Ibu mengandung mempunyai risiko yang tinggi berbanding individu normal dalam menghadapi masalah darah beku. Oleh sebab itu, ibu mengandung dinasihatkan untuk makan makanan yang bernutrisi dan kurangkan angkat barangan berat. Rujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan nasihat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.