Di kala cuaca yang panas kini, pasti kita inginkan tempat yang sejuk dan boleh menghilangkan rasa hangat di badan ini. Di rumah, pasti aircond akan dibuka sentiasa, jika bukan 24jam pasti waktu malam akan dibuka untuk keselesaan semasa tidur. Bagi keluarga yang tiada anak kecil berumur bawah 2 tahun tidak mengapa tetapi bagi yang ada anak kecil ia boleh membahayakan kesihatan anak.

Mengapa aircond boleh membahayakan kesihatan anak berumur bawah 2 tahun?

Mari kami kongsikan info sebenar 5 faktor bayi tidak boleh duduk di tempat aircond terlalu lama. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Faktor bayi tidak boleh duduk di tempat aircond terlalu lama

faktor bayi tak boleh kene aircond

Imej via Facebook

1) Telinga berair, demam, selsema dan berhingus

Siang tadi semasa saya periksa seorang pesakit ini, dalam diam Tan Sri Profesor Amin datang dari belakang. Dia duk perhati saya bersihkan telinga seorang bayi ini. Pesakit ini berumur satu tahun dua bulan. Sudah hampir sebulan telinganya berair.

Bermula dengan serangan sakit tekak dan demam. Kemudian selesema dan hidung berair yang susah nak berhenti. Pada masa sama telinga pun mulai keluar cecair.

2) Telinga bernanah, rupanya gegendang bocor

Hari ini ibu bapanya membawa beliau ke klinik kami di PPUM. Selepas saya periksa, saya keluarkan dan sedut semua nanah yang ada dalam telinganya, rupa-rupanya gegendang telinga beliau sudah bocor.

3) Jangkitan telinga mudah berlaku kepada kanak-kanak

Keadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana pesakit terutama pada usia kanak-kanak. Jangkitan ke telinga lebih mudah berlaku kepada anak-anak berbanding kita-kita yang dah ‘tua’ ini. Saya berikan ubat titis antibiotik untuk diletak pada telinganya. InshaaAllah akan sembuh nanti.

4) Mandikan air suam waktu pagi

Prof Amin sempat pesan kepada ibu pesakit ini, kalau boleh waktu pagi itu mandikanlah dengan air suam-suam. Supaya gejala selesema ini mudah terkawal. Suam bukan panas ya. Ini petua orang tua yang tak salah kalau nak amalkan.

5) Habuk dan hama terkumpul dalam pendingin angin

Penghawa dingin juga perlu berpada-pada untuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya anak kita jadi selesema tak berhenti ini bukan sahaja sebab sejuknya aircond itu, tetapi juga sebab habuk dan hama yang terkumpul pada aircond tu melekat masuk pada hidung anak kita.

*Berikut adalah faktor-faktor bayi tidak boleh duduk di tempat aircond terlalu lama. Begitu juga di depan kipas. Bayi yang baru lahir lebih sensitif maka ibu bapa perlu menjaganya dengan baik. Dapatkan nasihat pakar jika ingin melakukan sesuatu. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.