Fibroid dalam rahim juga dikenali sebagai leiomyoma atau myoma adalah ketumbuhan benigna (bukan kanser) yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita. Saiz dan bentuk ketulan fibroid ini juga tidak sama dan boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim atau antara lapisan rahim atau melekat pada rahim seperti struktur akar.

Fibroid selalu berlaku di kalangan wanita yang berusia 30 sehingga 50 tahun. Fibroid ini mungkin masih ramai wanita di Malaysia yang tidak tahu mengenainya. Kadang-kadang mereka dapat tahu selepas melakukan ultrasound semasa mengandung.

Sesetengah fibroid boleh menjejaskan kesuburan, kehamilan dan kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, fibroid tidak menyebabkan apa-apa komplikasi utama kepada kehamilan atau kelahiran bayi.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta tentang fibroid. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Fakta tentang Fibroid

fakta fibroid
Imej via Facebook

Adakah fibroid punca komplikasi kehamilan?

🖌Disebabkan oleh paras hormon yang meningkat ketika hamil, fibroid sering boleh membesar.

🖌Sesetengah fibroid sebenarnya mendapat lebih kecil semasa hamil walaupun sebab-sebab ini masih tidak difahami sepenuhnya.

🖌Fibroid yang sangat besar dalam rongga rahim boleh membawa kepada kekurangan ruang untuk bayi berkembang dan kadang-kadang ini menjadikan persekitaran yang amat sukar untuk embrio untuk penempelan pada dinding rahim.

🖌Jika anda tahu bahawa anda mempunyai fibroid sebelum kehamilan anda, anda boleh meminta doktor anda untuk mendapatkan nasihat. Ibu mengandung dengan fibroid akan dipantau dengan lebih rapat melalui ultrasound.

🖌Masalah yang biasa seperti sakit perut dan pendarahan faraj yang ringan jarang menyebabkan sebarang risiko kepada bayi.

Fibroid Dan Kelahiran bayi :

✂️Terdapat beberapa bukti menunjukkan fibroid yang lebih besar boleh menyebabkan kelahiran bayi dimulakan 2-3 minggu awal daripada yang dijangka ataupun kelahiran pramatang.

✂️Ini tidak mendatangkan risiko kepada ibu atau bayi. Kadang-kadang fibroid yang lebih besar boleh menyebabkan bayi berada dalam kedudukan yang luar biasa pada masa bersalin.

✂️Jika kedudukan fibroid menghalang laluan bayi, bersalin secara cesarean adalah dicadangkan.

Fibroid dan Ketidaksuburan:

💞Fibroid tidak menjejaskan kesuburan majoriti pesakit wanita. Tetapi fibroid yang tumbuh di dalam rongga rahim cenderung menyebabkan lebih banyak masalah ketidaksuburan.

💞Sesetengah fibroid menghalang bukaan tiub fallopio atau membuat penempelan embrio pada dinding amat sukar.

💞Dalam keadaan tertentu, pembedahan digunakan untuk membuang fibroid. Secara umumnya pembedahan ini melegakan punca ketidaksuburan.

Bagaimana nak mengesan fibroid semasa kehamilan?

✅Pemeriksaan ultrasound yang kerap boleh memantau saiz fibroid dan perkembangan janin.Ibu yang mengalami fibroid ketika mengandung disarankan untuk melakukan pemeriksaan ultrasound berkala dengan lebih kerap untuk memantau saiz fibroid dan memastikan pembesaran janin boleh berlaku dengan baik.

Rawatan fibroid semasa kehamilan:

💠Pembedahan tidak mungkin akan dicadangkan semasa mengandung.

💠Pembedahan pada masa ini akan mungkin menyebabkan pendarahan yang teruk dan keguguran mungkin berlaku.

💠Kesakitan yang disebabkan oleh fibroid semasa kehamilan biasanya dirawat dengan ais pek, ubat kesakitan dan ibu hamil patut rehat di atas katil.

💠Gejala umumnya biasanya akan hilang selepas beberapa hari.

💠Secara ringkasnya, fibroid semasa kehamilan adalah sangat biasa. Fibroid jarang menyebabkan komplikasi atau keperluan untuk rawatan invasif.

💠Rawatan untuk melegakan kesakitan dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh fibroid adalah hampir serupa dengan apa yang dicadangkan seperti masalah kehamilan am.

💠Majoriti ibu hamil yang mengalami fibroid akan mengurangkan saiz atau hilang sama sekali selepas bayi dilahirkan.

*Fakta ini berasakan kajian yang telah dilakukan oleh pakar. Ramai wanita yang tidak tahu akan kewujudan fibroid ini. Jadi, ambil langkah berjaga-jaga. Jika mengalami senggugut yang teruk setiap bulan, baik pergi berjumpa doktor pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .