Artikel kali ni tidak memaparkan petua, isu-isu kekeluargaan, kesihatan dan kewanitaan. Penulis berbesar hati berkongsi beberapa fakta pelik tapi benar untuk memberi hiburan di samping menambah ilmu pengetahuan para pembaca.

Fakta-fakta yang dikongsikan ni adalah dari serata dunia yang mungkin anda baru pertama kali membacanya. Ada yang di luar jangkaan akal fikiran dan logik, namun semuanya tak mustahil jika Allah mengkehendakinya berlaku.

Jom baca fakta pelik tapi benar yang tak terjangkau akal fikiran kita.

1# Buku “Everything Men Know About A Women”

Hasil karya Dr. Alan Francis ni bukan buku biasa-biasa. Jika membacanya, anda pasti bersetuju dengan tajuk tu. Mana taknya, 120 muka surat dalam tu semuanya kosong. Begitulah peningnya kaum lelaki dengan orang perempuan!

2# Jangan menilai buku dari kulitnya

Ada sebuah kedai buku di Australia yang menjual buku-buku dengan cara yang paling unik. Semua buku yang dijual dibalut dengan kertas. Tajuk dan ringkasan ditulis di bahagian sampul. Jadinya pembeli tak boleh menilai kandungan buku dengan tengok kulit saja bak kata pepatah ‘don’t judge a book by it’s cover.’

3# Penguin si pencuri anak

Jika ibu penguin kehilangan anaknya, ia sanggup mencuri anak penguin yang lain untuk menggantikan anaknya yang hilang. Itulah namanya kasih sayang ibu kepada anaknya!

"

#4 Tak gayat naik kapal terbang

Tahukah anda mengapa kerusi kapal terbang berwarna biru? Warna biru dikatakan akan memberi ketenangan dan kurangkan rasa takut para penumpang. Sekurang-kurangnya hilanglah gayat bila terbang di langit.

#5 Air hujan kitar semula

Di Jepun, air hujan akan disimpan dan digunakan semula untuk membersihkan jalan raya. Teknologi yang canggih, mesra alam dan menjimatkan. Malaysia juga perlu gunakan kaedah ni nampaknya.

#6 Abu termahal di dunia

Sebuah syarikat bernama LifeGem telah mencipta berlian menggunakan abu mayat. Tujuannya supaya ia dapat dijadikan kenangan abadi kepada orang yang rapat dengan si mati. Untuk yang beragama Islam, haram hukumnya ye. Berapa harga berlian ni agaknya?

#7 Betul ke ada lebuh raya dalam bangunan?

Jepun memang terkenal sebagai negara yang termaju di dunia dari segi sains dan teknologinya. Bayangkan ada sebuah bangunan di negara itu yang mempunyai laluan lebuh raya yang merentasi bangunan tingkat 5, 6 dan 7. Tak bergegar ke kalau lori besar yang lalu?

#8 Coca-Cola VS Pepsi

Para pekerja di syarikat Coca-Cola akan diberhentikan kerja jika ditangkap meminum Pepsi semasa sedang bekerja. Musuh dalam selimut rupanya!

#9 Sekeras-keras logam…

Logam padat biasanya hanya boleh dicairkan dengan suhu yang tinggi. Berbeza pula dengan galium, jika anda memegangnya, ia akan mencair pada suhu bilik. Ini kerana logam ni akan mencair pada suhu 29.2 darjah celcius. Unik kan?

#10 Ketawa hingga saat akhir

Seorang ahli falsafah Athen yang bernama Chrysippus meninggal dunia dalam keadaan yang pelik. Lawaknya sendiri telah mengorbankan dirinya.

#11 Kerana kasihnya pada merpati

Legenda gusti yang dikagumi dunia, Mike Tyson ada sebab tersendiri menjadi seorang ahli gusti. Hanya kerana seekor burung merpati yang didera oleh orang yang tak berhati perut. Bayangkan apa pula yang berlaku kepada si penjahat tu?

#12 Pelukis bernama Congo

Siapa kata hanya manusia saja yang mempunyai bakat dalam lukisan? Buktinya seekor cimpanzi comel bernama Congo sangat suka melukis. Dah hampir 400 lukisan telah dihasilkan olehnya. Wow! Tapi, jangan pula pandai-pandai tarik lukisan yang sedang disiapkan. Memang pekak telinga kena jerit.

#13 Nak tak tengok semula mimpi kita?

Seorang saintis Jepun berjaya menghasilkan mesin MRI yang boleh merakam mimpi. Yang seronoknya, kita boleh menontonnya semula selepas bangun tidur. Kalau mimpi hantu, rasa-rasanya berani tak tengok?

#14 Sambil lukis boleh menulis

Pelukis terkenal Leonardo da Vinci mampu menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk membuat kerja dalam 1 masa. Ketika satu tangan sedang melukis, tangan yang satu lagi pula boleh menulis.

#15 Menjamu selera di angkasa

Pizza Hut pernah menghantar pesanan pizza ke Stesyen Angkasa Antarabangsa pada tahun 2001. Demi nak makan pizza sanggup mereka bayar kepada Pizza Hut di Rusia sebanyak $1 juta.

#16 Ni namanya jarak sekangkang kera

Jadual penerbangan paling pendek di dunia hanya mengambil masa 2 minit saja. Ia menghubungkan 2 buah pulau di United Kingdom dengan jarak 2.7 km. Baru duduk dah kena turun! 

#17 Namanya belajar dari kesilapan

Sebuah syarikat di Jepun bernama Clear Radar menghasilkan pemadam lut sinar. Pemadam itu membolehkan kita melihat apa yang kita nak padam dulu.

#18 Hotel besar bak istana

Hotel terbesar di dunia terletak di negara Arab. Khabarnya ia akan dibuka kepada umum pada tahun ni. Hotel yang bernama Abraj Kudai ni mempunyai 1000 buah bilik, 70 buah restoran dan 5 landasan helikopter. Semoga kita berpeluang menginap di situ.

#19 Uniknya mesin pengimbas kod bar

Bila nak semak harga barang yang dibeli di pusat membeli-belah, biasanya kita akan gunakan mesin pengimbas kod bar. Namun, tahukah anda yang memberi maklumat produk tersebut bukan pada garisan hitam tu tapi ruangan putih di antara garisan bar. 

#20 Manisnya madu

Madu ialah satu-satunya makanan yang tak akan rosak. Sebotol madu yang berusia lebih 3000 masih boleh dimakan tanpa rasa ragu-ragu. 

#21 Dalam kekurangan, ada kelebihan

Seorang lelaki autistik mampu melukis pemandangan New York dari arah langit. Yang hairannya, walaupun hanya pusing-pusing di situ menaiki helikopter selama 20 minit, dia mampu melukisnya sama seperti dalam realiti. Anugerah Allah kepada insan istimewa.

#22 Jika semua manusia di bumi bertemu

Ada hampir 7 bilion manusia di muka bumi ni. Jika kita bertemu dengan kesemua manusia selama 1 saat, masa yang diambil selama 224 tahun. 

#23 Bukan sebarang Uber

Di Dubai, perkhidmatan Uber bukan saja menyediakan kenderaan seperti teksi tapi juga helikopter. Nak ke mana tu naik helikopter?

Kesimpulan

Seronok tak baca fakta pelik tapi benar yang kami kongsikan ni? Macam-macam berlaku di sekeliling kita. Ada yang lucu, ajaib, canggih dan menakutkan. Jangan lupa kongsikan artikel ni dengan insan tersayang. Kalau nak tambah maklumat lain pun dipersilakan.

Jemput juga baca artikel menarik lain seperti cara lembutkan daging dan tips cili kisar

Rujukan

  • https://www.instagram.com/therealfactss/(link)

 

Penulis: Zuraidah Muhidden

Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.