Penyakit ulser perut disebabkan oleh kuman H.pylori. Ulser perut adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada keadaan persekitaran yang kotor dan tidak bersih. Ulser perut atau bahasa biasa masyarakat sebut adalah gastrik. Info sebenar mengenai gastrik atau bahasa lainnya adalah ulser perut.

Doktor pakar iaitu Dr. Suhazeli Abdullah merupakan doktor pakar perubatan keluarga di klinik. Beliau aktif dalam menjawab hal-hal perubatan termaksu isu berkenaan salah faham medikal dari sudut agama islam. Mari kami kongsikan info yang kami ambil dari artikel Dr. Suhazeli Abdullah mengenai gastrik.

gastrik
Image via “Baituljannah.com

Maksud kuman H.Pylori

Kuman H. Pylori adalah sejenis kuman yang paling banyak didapati dalam perut sebahagian besar manusia di dunia. Dicatatkan sebanyak 50 – 70% penduduk dunia dijangkiti dengan kuman H. Pylori ini. Jangkitan kuman H. Pylori ini mengakibatkan perut akan menjadi nipis atau “luka” (Peptic Ulcer).

Wujudnya kuman ini dalam perut kita boleh menyebabkan gejala sakit perut terutama ketika perut kosong, loya, kurang selera makan, selalu sendawa, perut sebu dan kurang berat badan mendadak. Istilah yang biasa digunakan oleh orang ramai adalah penyakit gastrik. Pengesahan hanya boleh dibuat dengan beberapa ujian khusus yang akan dilakukan oleh doktor pakar.

Faktor dijangkiti kuman H.Pylori

Kuman H. pylori ini merebak apabila makanan tercemar dengan najis. Bawaannya adalah sumber air serta makanan yang tidak bersih. Kaedah pembuangan najis juga amat penting. Bagi pengguna tandas lubang, risiko untuk jangkitan kuman HP ini amat tinggi. Kanak-kana mudah dijangkiti terutama apabila berada dalam masyarakat yang miskin, kepadatan penduduk yang tinggi disesatu kawasan seperti setinggan, kaedah pengurusan kumbahan dan najis yang tidak teratur dan seumpamanya.

Ulser perut boleh menyebabkan kanser

Bagaimana Ulser Perut ini boleh menyebabkan kanser? Pada tahun 1994, Agensi Kajian Kanser Antarabangsa mengklasifikasikan kuman H. pylori sebagai karsinogen atau bahan penyebab kanser. Pengkelasan dalam kumpulan 1 karsinogen ini sama taraf dengan bahan-bahan lain seperti rokok, daging proses, arak dan radiasi matahari.

5 amalan yang mengakibatkan jangkitan kuman H.Pylori

  • Penggunaan perigi.
  • Penggunaan tandas lubang.
  • Tidak memasak air minuman.
  • Tidak membasuh tangan selepas buang air besar.
  • Tidak membasuh tangan sebelum makan.

Kesimpulan

Ramai di antara masyarakat yang tidak mengambil serius mengenai hal kebersihan ini. Ingat, faktor utama mendapat penyakit seperti gastrik adalah disebabkan tidak menjaga kebersihan dan pemakanan yang tidak sihat. Ambillah langkah berjaga-jaga sebelum terkena seperti peribahasa melayu, sediakan payung sebelum hujan.

Begitu juga kita perlu bertindak sebelum terkena terhadap diri kita atau orang-orang sekeliling yang tidak bersalah terutama kanak-kanak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.