Bekerja dan menjadi suri rumah dalam satu masa yang sama memang memenatkan. Apabila di rumah, kita perlu mengemas rumah, masakkan untuk suami dan anak-anak dan didik anak. Manakala di tempat kerja pula, kita perlu menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

Begitulah kehidupan seorang ibu pada zaman kini yang bekerjaya dalam masa yang sama menjadi suri rumah. Jika diteruskan begini, si ibu akan kepenatan dan tidak berdaya untuk meneruskan aktiviti hariannya. Jadi untuk mengelakkan si ibu kepenatan, bawalah mereka pergi bercuti.

Bercuti ini bagus untuk merehatkan minda dan menimbulkan rasa gembira di hati si ibu. Terdapat beberapa fakta menarik jika si ibu dibawa pergi bercuti.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 fakta menarik wajib pasangan kita tahu tentang pergi bercuti. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting.

6 Fakta tentang pergi bercuti

fakta pergi bercuti
Imej via rotikaya

1. Kajian daripada American Psychological Association merumuskan bahawa bercuti ni menurunkan stres kerana bercuti ni membuatkan kita jauh daripada persekitaran yang mengingatkan otak kita kepada stres dan rasa cemas

2. Wanita yang bercuti sekali dalam 6 tahun mempunyai 8 kali ganda keberangkalian untuk terkena penyakit jantung berbanding wanita yang bercuti sekurang kurangnya 2 kali setahun

3. Satu kajian mengatakan seseorang yang bercuti lebih daripada 10 hari mempunyai kebarangkalian 2 kali ganda untuk mendapat bonus dan kenaikan gaji kerana prestasi kerja mereka lebih baik

4. Bercuti mampu menguatkan kembali ’emotional bonding’ sesama pasangan dan anak anak yang makin hari makin pudar dan lemah akibat kesibukan bekerja

5. Bercuti di tempat yang mempunyai elemen alam dan semulajadi mampu mengurangkan kesan ‘nature-deficit disorder’ pada anak anak, sebuah keadaan di mana anak kita jadi kurang gembira dan mengalami bermacam masalah dalaman akibat daripada kurang hubungan dengan alam semulajadi

6. Kajian daripada Netherlands ke atas 974 orang mengatakan merancang untuk bercuti sahaja pun dah boleh membuatkan seseorang itu bahagia walaupun belum pergi bercuti.

*Selepas ini, bolehlah rancang untuk pergi mana-mana tempat percutian untuk merehatkan minda. Tidak perlu pergi jauh-jauh, di Malaysia ada banyak tempat-tempat yang menarik. Sebagai contoh, Pulau Perhentian, Langkawi, Pulau Pangkor dan lain-lain lagi.

Tidak rugi jika kita ambil cuti semata-mata untuk meluangkan masa dengan keluarga yang tercinta. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .