Keadaan normal bersalin, kepala bayi dahulu yang akan keluar kemudian baru tubuh badan bayi. Pernah dengar bayi songsang dalam perut? Bayi songsang bermaksud bayi yang dilahirkan mengeluarkan kakinya dulu kemudian baru kepalanya. Keadaan ini tidak normal dan boleh membawa risiko tinggi kepada si ibu dan anak. Jika perkara ini berlaku, si ibu dinasihatkan untuk menjalankan pembedahan berbanding bersalin secara normal kerana ia lebih selamat.

Ibu dilarang untuk membetulkan bayi yang berkedudukan songsang dalam kandungan kerana ia tidak bagus dan boleh membawa risiko yang tinggi kepada si bayi. Beberapa keadaan dilarang memusingkan bayi songsang dalam kandungan.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 keadaan dilarang memusingkan bayi songsang dalam kandungan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

9 keadaan dilarang memusingkan bayi songsang

larang pusingkan bayi songsang

Imej via Facebook

Beberapa keadaan yang dilarang keras untuk pusing baby:

  1. Si ibu pernah dibedah czer
  2. Sudah berlaku perdarahan sebelum bersalin
  3. Sudah berlaku pecah air ketuban
  4. Kehamilan kembar
  5. Kedudukan baby tidak menentu
  6. Baby kecil atau besar tak ikut usia kandungan
  7. Baby cacat
  8. Air ketuban terlalu sedikit.
  9. Keadaan baby dan ibu tak stabil.

Jangan mudah-mudah je hulur perut tu kepada sesiapa yang bukan pakar bab ni. Saya beri nasihat ni sebab pernah dengar seorang ibu hamil yang nak pergi pusing baby songsang dia kat bidan. Sepatutnya dia jumpa doktor pakar sebab ada sejarah czer. Tetapi dia sengaja nak ngelat, tak nak jumpa pakar

Akhirnya baby dia mati sebelum sempat lahir. Dia beranak pramatang, kaki bayi keluar dulu. Lama juga nak sampai kat hospital. Menyesal tak sudah walau mungkin baby itu dijamin Syurga

*Ingat, jika bayi berkedudukan songsang dalam kandungan, jangan memandai-mandai pergi ke mana-mana bidan atau tukang urut untuk memusingkan bayi songsang dalam perut. Seeloknya bawa berjumpa doktor pakar kerana ia adalah jalan yang lebih selamat dan dijamin keselamatan si ibu dan bayi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.