Apabila kita sebut ketuat akan ada beberapa reaksi yang akan kita lihat. Sebagai contohnya, ada yang tidak ambil kisah tentang ketuat, diabiarkan sahaja ketuat begitu, tetapi ada juga yang begitu risau sehinggakan pergi ke seluruh klinik yang ada untuk mendapatkan rawatan segera.

Image via Facebook

Ada ketuat yang perlukan nasihat doktor dan ada ketuat yang akan baik sendiri dalam satu tempoh. Jika ingin tahu ketuat yang kita ada itu berbahaya atau tidak, pergilah berjumpa doktor untuk lihat tahap bahaya ketuat tersebut.

Mari kami kongsikan info mengenai ketuat daripada Dr. Suhazeli Abdullah.

Info Ketuat Yang Mungkin Kita Tidak Sedar

Imej via Bidadari

Statistik menunjukkan kanak-kanak dan umur belasan tahun adalah paling ramai di jangkiti ketuat. Ketuat boleh berjangkit antara satu sama lain kerana penyebab Ketuat adalah dari virus bernama Human Papiloma Virus (HPV).

Budak remaja dan kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan dan selalu bersentuhan antara satu sama lain berpotensi ketuat merebak. Bagi orang dewasa hanya 3-5% sahaja dijangkiti. Orang dewasa lebih pandai menjaga kebersihan.

Doktor yang melihat kes ketuat akan memberi keyakinan kepada pesakit bahawa ketuat itu akan ambil masa untuk sembuh dengan sendirinya. Kadangkala tidak perlu ubat pun dan tidak perlu dirisaukan sangat. Paling awal, ketuat akan hilang selama setahun. Manakala ada juga ambil masa 5 tahun untuk sembuh.

Tetapi ingat! Pastikan doktor yang mahir memeriksa dahulu ketuat anda. Jangan pula pandang ringan ketuat yang tumbuh di badan anda.

Pesakit yang diperiksa oleh doktor perlu dirujuk segera kepada pakar kulit atau sewaktu dengannya jika:

1. Sangsi ketulan seperti ketuat itu bukan ketuat. Bentuk nampak agresif dan lain dari biasa.

2. Ketuat terletak di muka atau kemaluan (genitalia). 

3. Anda mungkin pernah dengar HPV, ketuat yang terletak di genitalia dari HPV spesies 6, 11, 16, 18, dan 35 adalah punca kanser. Ianya boleh menjangkiti wanita dan juga perempuan. Terdapat vaksin HPV untuk mencegah virus ini menjangkiti manusia.

4. Terlalu banyak ketuat dan berangkai.

5. Ketuat yang sakit, gatal, rasa panas pedih atau berdarah tanpa sebab.

6. Ketuat bagi pesakit yang sistem imuniti badan rendah seperti pesakit HIV, Kencing Manis dan seumpamanya.

Jika anda dihinggapi ketuat, 5 nasihat berikut amat berguna :

1. Jangan cucuk dengan jarum menjahit, korek, cuba potong atau garu dengan kuat.

2. Tidak kongsi alatan awam selipar tandas awam, tuala kolam mandi awam dan kain lap muka. Jika nak guna, pastikan yang bersih.

3. Jangan sesuka picit atau sentuh ketuat orang lain kecuali pakai sarung tangan getah.

4. Ketuat senang berjangkit jika kulit anda basah atau lembab. Kulit kering boleh cegah ketuat merebak.

5. Tanya dulu doktor sepatah dua jika ingin “membunuh” ketuat anda samada nak bakar api, letak asid, letak getah betik, potong sendiri dengan pisau atau jerut dengan benang. Jika tidak kena cara, boleh berlaku jangkitan silang atau perdarahan.

*Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Boleh baca artikel di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .