Di dalam islam, lelaki mempunyai tugas yang besar dalam membimbing keluarga ke jalan yang benar. Wanita baik dijodohkan dengan lelaki baik, wanita yang kurang baik akan dijodohkan juga dengan lelaki baik. Di sini kita lihat, jika lelaki itu kurang baik, sebelum mendirikan rumah tangga, lelaki itu perlu perbaiki dirinya menjadi seorang yang lebih baik.

Lelaki adalah ketua keluarga. Sebagai ketua, lelaki perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab dan tahu bagaimana untuk mengurus sebuah keluarga seperti ketua kumpulan menguruskan kumpulannya. Jika, lelaki tidak menjadi ketua keluarga yang baik, bagaimana ingin membimbing sebuah keluarga ke arah yang benar?

Jawapannya, ibu bapa perlu mendidik anak lelaki mereka sejak kecil lagi untuk mengajar mereka menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Ada 5 perkara yang dididik kepada anak lelaki menurut Doktor ini.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai didik anak lelaki 5 perkara ini. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

5 Perkara perlu dididik kepada anak lelaki

didik anak lelaki 5 perkara

Imej via Facebook

1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri

– contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya & berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita

2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility

– ajar anak lelaki untuk simbah & cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak

3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness

– banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness

– personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ & berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing

didik anak lelaki 5 perkara

Imej via majalahpama

4. Ajar anak lelaki Coping Skills

– coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke

– Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak

5. Ajar anak lelaki tentang Empathy

– bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu

– amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita “Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? ”

– bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi.

*Jika kita dididik anak lelaki kita 5 perkara seperti di atas ini. Insyaallah, anak lelaki kita akan membesar menjadi seorang lelaki yang berbudi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai ketua keluarga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.