dekorasi rumah
Imej via [ecfeedback]

Dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik tidak mustahil! Ya, anda boleh melakukan perubahan untuk rumah anda dengan harga rendah dan bajet tanpa membazir. Terdapat banyak cara untuk anda melakukan dekorasi rumah yang bajet tetapi memberi kesan menarik bagi sesiapa sahaja yang melihat rumah anda.

Sebelum melakukan dekorasi rumah mengikut cara anda sendiri, penting untuk anda ketahui tips dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik. Anda juga boleh membandingkan harga sebelum membuat pilihan kedai dan barang yang akan anda gunakan. Jom lihat 10 tips dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik.

1. Tema Dekorasi Rumah

dekorasi rumah
Imej via [liputan6]

Tips pertama dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik adalah anda harus tentukan terlebih dahulu tema dekorasi rumah anda. Sebagai contoh, tema dekorasi rumah yang sering digunakan adalah tema taman, semulajadi, bunga dan lain-lain lagi. Dengan adanya tema dekorasi rumah, anda dapat menjimatkan wang daripada membeli barang yang tidak penting.

2. Warna Dekorasi Rumah

Pilih warna yang sesuai untuk disepadankan dengan dinding, lantai, langsir dan lain-lain barang yang terdapat dalam rumah anda. Warna dan barang-barang yang terdapat di dalam rumah boleh anda gunakan barang-barang bajet sahaja. Ia akan tampak mewah jika anda pandai padankan warna barangan dengan warna dekorasi rumah.

3. Letak Cermin Besar di Dinding

dekorasi rumah
Imej via [Dekoruma]

Anda boleh juga meletakkan cermin besar di bahagian dinding yang luas untuk menampakkan rumah lebih luas dan cantik. Perasan tak, kebanyakan rumah kecil yang kelihatan cantik dan besar adalah kerana terdapat cermin besar di dindingnya. Inilah tips dekorasi rumah yang ramai tak tahu!

4. Pilihan Warna Dalaman Rumah

dekorasi rumah
Imej via [Grid.ID]

Bagi menampakkan rumah anda berseri-seri dan cantik, gunalah warna yang pastel atau eksklusif. Anda boleh menggunakan warna yang sedikit gelap, tetapi rumah akan tampak gelap dan kusam. Ada waktunya ia kelihatan romantik juga. Namun, rumah adalah tempat yang anda selalu meluangkan masa, anda harus gunakan tips dekorasi rumah ini dengan tepat.

5. Barangan DIY Sebagai Hiasan Rumah

dekorasi rumah
Imej via [Greeners]

Tahukah anda, rumah-rumah cantik di luar negara kebanyakannya dihiasi dengan barang-barang yang diperbuat dari bahan DIY? Barangan DIY juga membantu dekorasi rumah anda untuk kelihatan lebih menarik walaupun sebenarnya ia adalah barang-barang bajet. Apa kata sekali-sekala anda pergi ke kedai DIY melihat barang-barang yang sesuai untuk digunakan.

6. Lampu Dan Pencahayaan Rumah Yang Bersesuaian

dekorasi rumah
Imej via [forum.rumah123]

Ramai orang salah memilih lampu untuk dekorasi rumah bagi menerangi kediaman anda. Tidak semestinya semua sudut rumah anda harus letakkan lampu yang terang benderang. Ada tempat yang boleh anda gunakan lampu bajet dan biasa sahaja, tetapi ia akan nampak lebih menarik dan sesuai. Tips dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik ini sangat penting untuk anda ketahui!

7. Kraftangan Dan Koleksi

dekorasi rumah
Imej via [kellyhomedesign]

Jangan lupakan hiaskan rumah anda dengan barang kraftangan atau koleksi kegemaran anda. Koleksi anda yang sedia ada akan dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik. Antara jenis koleksi adalah seperti buku, gambar-gambar, medal dan piala, koleksi motosikal mini dan lain-lain lagi. Pasti rumah anda tampak menarik walaupun menggunakan dekorasi bajet.

8. Karpet Atau Lantai Mozek Menarik

dekorasi rumah
Imej via [desain-minimalis]

Sekiranya anda tidak mahu keluarkan modal yang banyak tetapi ingin menggunakan bajet yang berpatutan, anda boleh dekorasi rumah anda di bahagian lantai dengan pelbagai karpet yang menarik.

Ada karpet yang sesuai dan menampakkan rumah anda tenang, hipster dan pelbagai emosi apabila tetamu melihatnya. Dekorasi rumah sebegini bajet tetapi menarik bukan?

9. Perabot Yang Ala Kadar

dekorasi rumah
Imej via [ndikhome]

Jangan gunakan perabot yang berlebihan untuk dekorasi rumah. Cukuplah anda gunakan perabot yang ala kadar dan tidak berlebihan. Perabot yang banyak menjadikan rumah anda sempit dan semak manakala perabot yang sederhana dan bajet pula akan mencantikkan rumah anda. Pasti ia akan nampak lebih eksklusif dan mewah!

10. Wallpaper Dari Kedai RM2

dekorasi rumah
Imej via [ndikhome]

Percaya atau tidak, anda juga boleh memilih wallpaper untuk dijadikan hiasan corak dinding. Anda boleh mendapatkan wallpaper murah dari kedai RM 2 sahaja. Terdapat pelbagai corak yang menjadi idaman dekorasi rumah boleh anda pilih. Semuanya berkualiti, cantik dan sangat menarik.

Anda boleh meletak wallpaper di bahagian dinding ruang tamu, bilik tidur, dapur dan lain-lain lagi. Ada juga pilihan wallpaper berupa corak sahaja di mana wallpaper objek seperti kucing, bunga dan sebagainya. Letaklah di mana sahaja yang anda inginkan mengikut kesesuaian rumah anda.

Tempat Yang Menjadi Pilihan Utama Bagi Dekorasi Rumah Yang Bajet Tetapi Menarik

  • Belilah perabot di IKEA atau mana-mana kedai perabot. Perabot di IKEA nampak lebih ringkas dan eksklusif.
  • Siapa sangka lampu rumah dan faktor pencahayaan dari rumah anda juga boleh anda dapatkan di IKEA. Namun, anda juga boleh mendapatkan barangan elektronik dan lampu rumah juga di Lazada.
  • Wallpaper untuk dekorasi rumah yang pelbagai pilihan boleh anda survey di kedai RM 2 yang murah, nak beli online di Lazada pun tiada masalah. Harganya tetap murah dari RM 1 ke RM 2.
  • Inginkan barangan yang ringkas atau menarik untuk menggayakan rumah anda? Jom ke kedai DIY juga.
  • Nak cari karpet murah-murah atau pelbagai corak pilihan, apa kata anda ke Nilai, Seremban untuk melihat-lihat. Seronok juga membeli-belah karpet di sana.
dekorasi rumah
Imej via [InteriorDesign]

Banyak lagi tempat yang boleh anda kunjungi untuk mencari barang bagi dekorasi rumah, terutamanya platform online. Ambillah masa dahulu untuk bandingkan harga dan kualiti barangan bajet untuk menjadikan dekorasi rumah anda sesuatu yang menarik.

Jemput baca juga 10 Smartphone Terbaik di Malaysia, 10 Power Bank terbaik dan Pilihan Bedak Compact Terbaik di Malaysia.

Rujukan

  1. The Vocket
  2. 100Comments
  3. Lazada

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.